TUAN Razali Bakar berpesan kepada kakitangan kerajaan termasuk pemimpin tempatan dan JKKK supaya sentiasa memahami segala dasar yang dibawa kerajaan supaya memudahkan mereka untuk menjelaskannya kepada orang ramai .
Sekiranya mereka kurang paham , mereka perlu mendapatkan maklumat dari sumber yang sahih dan tidak membuat ulasan atau kupasan tersendiri yang mungkin menyebabkan isi kandungan dasar itu menyimpang jauh .
Dasar 1 Malaysia contohnya memberi penekanan kepada penyatuan dan perpaduan dalam kaum dan diantara kaum dalam negara ini dan bukannya memberi hak samarata saperti yang digembar gemburkan sasatengah pihak .
Justeru itu , jangan pulak ada yang menjadi nasi tambah untuk mengeruhkan suasana kerana sebagai penjawat awam , mereka bertanggung jawab melaksanakan dasar yang di bawa oleh kerajaan .
Tok Nal setuju benar dengan saranan Tuan Pegawai Daerah itu dan berharap JKKK dibawah kepimpinan Tok Nal di Repah dan Gemencheh , melihat saranan ini sebagai satu yang penting .
Jangan lupa , JKKK adalah badan yang ditubuhkan kerajaan dan dibahu mereka lah terletaknya imej kerajaan yang memerintah hari ini .
No comments:
Post a Comment