

KOMANDO Hanapiah Shahman atau Komando Reput memang terkenal di KP .
Sebutlah dimana jua , semua kenal komando yang menjadi anggota Rela sejak tahun 1980 an dan sangat aktif dalam pertubuhan itu malahan orang lebih kenal Komando dari Hanapiah sendiri .
Banyak kelebihan Pak Yeop ini antaranya beliau mempunyai satu pasukan kompang yang kebanyakan anggotanya ialah perempuan dan anak beranak beliau .
Dari isteri , anak hinggakan ke cucu , semuanya menjadi ahli pasukan kompang komando ini .
Punyalah hebat , sampaikan satu KP terkenal pasukan kompang ini .
Kadang kala pasukan ini main juga di luar KP dan bertambahlah koyoknya koemando dengan jemputan itu .
Upahnya pun alah kadar sahaja , asal cukup makan tetapi janganlah percuma kerana hasilnya dibagi dengan ahli-ahli yang lain .
Sesuai sebagai anggota Rela teraktif didaerah ini , komando juga sering menggunakan bakat kumpulannya di majlis-majlis anjuran pasukan Rela .
Cuma komando ini malu sikit , tapi kalau berhajat juga nak gunakan pasukan kompang ini dimajlis-majlis perkahwinan atau majlis rasmi , hubungi saja Tok Nal di talian 019 - 2711858 .
Tok Nal - sedia jadi orang tengah , harap dapat komisen , kah..kah .. kah