Nadzeem dengan Pak Longnya Haji Ahmad Janor |
Cincin tanya yang juga cincin tanda .. |
Ibu Nadzeem menunjukan cincin yang dibawa |
Rombongan Tok Nal |
Keluarga Roza Athirah - Ibu dan Bapanya |
Kek hadiah dari keluaraga Roz Athirah |
Sebagai bapa , Tok Nal telah menjalankan tanggungjawab Tok Nal bagi menguruskan kerja merisik gadis yang diminatinya sahingga berlansunganya majlis pernikahan .
Perhubungan yang direstui keluarga kedua belah pihak bakal memudahkan perjalanan pasangan itu dalam melayari bahtera perkahwinan
Tok Nal bersyukur kepada Allah swt kerana memudahkan perjalanan dan urusan yang dilaksanakan dan berdoa mudah-mudahan jodol anak Tok Nal dengan pasangannya - ROZA ATHIRAH - kekal sepanjang hayat dan dikurniakan anak-anak yang soleh .
Kepada Encik Rosli dan keluarga , Tok Nal ucapkan terima kasih dan semoga kebaikan beliau akan dibalas ganjaran yang berlipat kali ganda .
Kalau tiada aral melintang , majlis pertunangan akan dijalankan bulan March tahun depan dan majlis akad nikahnya 6 bulan salepas itu .
Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar saperti yang dirancangkan .
Amin ....
TOK NAL - ini kali pertama Tok Nal nak menerima menantu , ada 4 lagi yang masih menunggu .