Tuesday, January 5, 2010

SDSI TAMPIN








Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) daerah Tampin telah banyak mencapai kejayaan .

Projek kraftangan bunga daun getah atau hevea kraf adalah satu contoh dimana program SDSI ini bukan sahaja telah menjadikan produk itu terkenal , berdaya saing malah mengangkat nama Tampin di peringkat negeri .

Jambangan bunga hevea kraf bukan sahaja disampaikan kepada pemimpin tempatan malahan kepada pemimpin pusat dan pelawat asing dan pada SUKMA 2004 dimana Negeri Sembilan menjadi tuan rumah , kraftangan hevea kraf telah dijadikan bunga rasmi yang disampaikan kepada semua pemenang pertandingan .

Terdapat 20 pengusaha bunga daun getah ini diseluruh daerah dan dua pengusaha dipilih sebagai anchor iaitu Puan Ramnah dan Siti Zainon Bahaman .

Penampilan bunga daun getah begitu memberangsangkan lagi dan usaha sedang dijalankan bagi mencari produk-produk lain untuk diketengah melalui program SDSI ini .

Herba Meladapahit , minyak herba Rembega , kuih bahulu dan banyak lagi sedang di groom untuk dibangunkan dibawah produk SDSI .

Satu mesyuarat peringkat tertinggi SDSI negeri telah diadakan baru-baru ini dimana semua wakil daripada Pejabat Daerah , agensi kerajaan dan Pejabat Pembangunan Negeri telah hadir di Bayview Hotel , Melaka .

Turut sama ialah usahawan SDSI terpilih dan hasil dari situ dirumuskan untuk membangunkan produk SDSi yang berdaya saing dan mempunyai harapan untuk maju .
Moga-moga usaha ini mencapai kejayaan .