VV menunjukan keputusan PMR nya pada Tok Nal |
Gambar VV sewaktu graduasi tingkatan 3 MRSM Serting |
Keputusan PMR VV |
TOK NAL mengucapkan syukur kehadrat Allah swt atas kurniannya , satu-satunya anak perempuan Tok Nal VV Asnita berjaya memperilihi pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan PMR nya .
VV yang bersekolah di MRSM Serting berjaya memperolihi 8 A dimana sebelum itu semasa bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tunku Kursiah , VV mendapat 5 A dalam peperiksaan UPSR .
Pada mulanya kecut juga perut Tok Nal bila ada yang beritahu keputusan anak mereka kurang baik tambahan lagi bila VV sendiri pun kelihatan risau sekali .
Alhamdulillah , berkat usahanya VV berjaya memperolihi kejayaan selain sentiasa berdoa supaya diberikan kebaikan kepadanya .
Abang VV sebelum ini mendapat 5 A dalam PMR dan ini keputusan terbaik buat keluarga Tok Nal .
Mudah-mudahan bintang VV akan sentiasa bersinar sahingga mencapai kejayaan .
TOK NAL - tumpang gembira