

UNGKAPAN Turun Padang memang biasa kita dengar dan pemimpin berjiwa besar dan juga pegawai dan kakitangan kerajaan memang di pertanggungjawabkan untuk tuan run padang , menjenguk kawasan lapangan mereka .
Jangan meneropong dari atas katil sahaja kerana maklumat yang disampaikan belum tentu kebenarannya berbanding jika turun sendiri menyiasat dan melapurkan hasil siasatan kepada pehak atasan .
Dato Kamil , Adun Gemencheh adalah antara pemimpin yang memang sentiasa turun padang tanpa mengira waktu .
Kalau siang berada di pejabat atau menghadiri mesyuarat , petang pasti berada di kampong atau majlis-majlis tertentu dan malamnya pula berada bersama rakyat dimasjid dan surau .
Begitu lah wakil rakyat tulin dan sewajarnya dibanggakan .
Hujung minggu lalu Dato Kamil meninjau sendiri kerja-kerja membaiki atap rumah saorang penduduk miskin dan memberikan pandangan dan komentar serta meneliti mutu kerja yang dijalankan kontraktor .
Nasib baiklah kerja-kerja yang dijalankan memuaskan , kerana jika tidak Dato Kamil adalah orang pertama yang akan memberikan komen pedasnya kepada kontraktor tersebut .
Tahniah lah Dato Kamil dari Tok Nal .
Teruskan usaha murni itu .