Friday, October 30, 2009

KOLEJ KOMUNITI TAMPIN







KOLEJ Komuniti Tampin sudah mula beroporasi , setakat ini kerja-kerja pentadbiran telah pun berjalan selain meningkatkan kemudahan di kolej itu .

Kolej yang terletak di Gemencheh ini bakal memberi peluang kepada penduduk Tampin untuk mendapatkan pendidikan formal salepas tamat belajar di sekolah .

Dua kursus ditawarkan iaitu Kursus Kejuteraan dan Kemahiran serta Kursus Sepanjang hayat dimana penyusunan kursus-kursus adalah mengikut keperluan penduduk setempat .

Tok Nal dimaklumkan , pengambilan pelajar akan dimulakan sessi kedua tahun 2010 dan buat masa ini iklan untuk pengambilan pelajar sedang dijalankan .
Mana yang berminat , sila berhubung dengan kolej tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut .

Ambil peluang ini untuk menimba ilmu , tiada ruginya dan ilmu yang bermanfaat ini tentunya akan membantu dalam kehidupan kita .

MUSEUM DI RAJA SERI MENANTI

RUMAH Tok Nal dengan Istana Besar Seri Menanti tak jauh , kira-kira 10 kilometer saja .

Boleh dikatakan saban bulan , Tok Nal akan berkunjung kesana , jalan-jalan , jumpa kawan atau paling kurang pun makan goreng pisang di gerai anak raja kat situ .

Atau pun , kalau ada masa Tok Nal ke Kelab Di Raja Seri Menanti (KDRSM) untuk main golf atau sekurang-kurangnya ke diriving range untuk pukul-pukul bola golf .

Seri Menanti sekarang sudah jauh berbeza , cantik , indah , terusun dan landskapnya juga menarik . Minggu lalu , Tok Nal dan isteri melawat ke Meseum Seri Menanti di Istana Lama SM bagi melihat pameran raja kita .

Seronok melihat istana lama itu dijaga dengan sempurna , ruang pamerannya luas dan bahan yang dipamerkan juga bermaklumat .

Tak hairanlah ramai yang mahu mengunjunginya , kalau belum silalah kesana .







Jangan lupa , istana lama ini mempunyai 99 batang tiang dengan satu tiang seri dan bangunan itu tidak mempunyai sebarang paku pun manakala kayunya adalah dari kayu keras yang terbaik macam kayu berlian dan sebagainya .
Kalau tidak kita yang membanggakan sejarah kita , siapa lagi .
Sambil itu , boleh lah kita melihat sekitar Seri Menanti yang sememangnya meraik untuk dikunjungi .
Tok Nal pernah menjadi Penghulu disitu dan dianugerahkan pingat PJK oleh DYMM Yang Di-Pertuan Besar Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku A Rahman .

Tuesday, October 20, 2009

RUMAH TERBUKA DATO SHAZIMAN

TOK Nal nak ucapkan tahniah kepada Dato Shaziman kerana rumah terbuka aidilfitri yang diadakan baru-baru ini mendapat sambutan yang menggalakan .

Mungkin antara 5,000 hingga 10,000 yang hadir .

Berdasarkan sambutan itu , bermakna rakyat Tampin memang bergembira dengankepimpinan Dato Shaziman dan tidak betullah kalau ada yang mengatakan Dato Shaziman tidak pepulor di Tampin . Buktinya , majlis yang diadakan mendapat sambutan hebat dan tentunya ini petanda baik kepada kepimpinan Dato Shaziman sendiri .

Harap Dato Shaziman dapat terus mengekalkan keyakinan rakyat dan Tok Nal memang sentiasa berdoa , agar Dato Shaziman sentiasa berjaya dan bidang politik .

Setidak-tidaknya Dato Shaziman ingat dengan Tok Nal sebagai salah saorang penghulu di Tampin ini .


MB Negeri Sembilan , KM Melaka dan ramai lagi pemimpin yang dapat Tok Nal lihat hadir sama dalam majlis itu . Tahniah lah kepada barisan AJK bahagian , wanita , pemuda dan puteri yang bekerja keras menjayakan majlis itu .

Tok Nal lihat tak menang tangan pemimpin utama saperti Encik Nasharudin Mahmud , Ujang @ Encik Shamsudin Adam , Encik Isam dan Encik Malek dari FBR .

Tok Jo pun kerja keras juga , begitu lah kalau dah jadi AJK bahagian .




JAMUAN HARI RAYA JKKK FBRU

JKKK Felda Bukit Rokan Utara mengadakan majlis sambutan hari raya aidil fitri dan mendapat sambutan yang menggalakan dari penduduk tempatan .

Antara yang hadir ialah Ujang , Isam , Pengurus , Tok Nal sendiri dan OCS Balai Polis Gemencheh .








Monday, October 19, 2009

DEEPA RAYA RELA KUALA PILAH

MAJLIS sambuatan hari raya aidilfitri dan Depavali RELA Kuala Pilah malam sabtu lalu mendapat sambutan yang begitu menggalakan sekali .



Semua kaum , dari anggota Rela dan permimpin masyarakat hadir .



Tahniah lah kepada semua petugas yang menjayakan majlis itu .

Tak menang tangan kakitang Rela dan anggota yang lain melayan tetamu yang hadir .


Moga tahun akan datang , sambutan sebegini ada ada lagi .















TAHNIAH .







Tuesday, October 13, 2009

GAMBAR DI LANGKAWI

Tok Nal dan anak bongsu ke Langkawi hujung minggu lalu .


Sebahagian gambar-gambar tu dirakamkan dalam blog ini .


Sekadar untuk kenangan saja.









































Wednesday, October 7, 2009

GAMBAR-GAMBAR DI BAGAN PINANG







Tok Nal ke Bagan Pinang petang semalam sempena sambutan Aidil Fitra AADK Negeri Sembilan .

Sempat juga jenguk-jenguk perkembangan PRK Bagan Pinang , ini antara gambar yang berjaya dirakamkan .

Gambar ini sekadar untuk menunjukan suasana di Bagan Pinang saaja , tidak lebih dari itu .

Monday, October 5, 2009

SELAMAT BERSARA TOK ZAINUDIN




SEMASA Tok Nal di Pejabat bahagian penguatkuasa KDNHEP di Seremban 2 bagi tujuan memperbaharui kad kuasa KPDNHEP , Tok Nal dapat berjumpa dengan rakan-rakan penghulu seluruh NS yang diberikan kad kuasa kali kedua oleh kementerian .
Ramai kawan Tok Nal hadir dan dapatlah kami saling bertanya khabar dan kedudukan masing-masing .Saorang kawan Tok Nal Zainudin Alias akan bersara hujung tahun ini dan ini mungkin peluang terakhir beliau berjumpa kawan-kawan secara serentak .
Tahniah lah Tok Zainudin atas persaraan itu , ada kawan kita yang tak sempat nak bersara jadi manfaatkan lah tempoh persaraan tersebut .
Khabarnya Tok Zainudin bersara wajib dan bagi pihak diri , Tok Nal ucapan selamat bersara dan selamat menempuh alam baru .
Bukan orang kahwin saja yang ada tempoh alam baru , orang bersara pun tempoh alam yang sama .
Kepada rakan-rakan yang lain , selamat bertugas , selamat berjuang dan selamat hari raya .
Maaf zahir dan batin .
Posted by pejun at Monday, October 05, 2009 Links to this post