Wednesday, May 5, 2010

BATU BATA PASANG SIAP

KALAU susah sangat nak bina seni taman atau pagar rumah , gunakan sahaja batu bata pasang siap yang ada dijual dipasaran sekarang .

Mudah sahaja , beli dan pasang sendiri , tak payah nak ikat dengan simen tetapi jika buat pagar rumah , ikatlah dengan simen , mana tahu kalau ada kereta terbabas , tak lah hancur semuanya , kereta remuk pagar pulak terburai .

Jika ada yang berminat nak beli , hubungi lah kontraktor kelas F yang ramai dan minta mereka buatkan spek kerja dan beli sahaja , kemudian pasangkan dirumah masing-masing .

Jika tak dapat , Tok Nal sedia bantu untuk cari alamat syarikat tu , free aje tapi kalau nak belanja minum , OK juga lah .

MENDENGAR PERMASALAHAN KG ULU ROKAN

Gambar-gambar sekitar majlis mendengar permasalahan penduduk Kampung Ulu Rokan , Gemencheh pada 6 Mei 2010 yang lalu , kenapa monong tu , banyak masalah ke ?

MOTORSIKAL ELETRIK

DAYA innovasi membolehkan manusia mencipta pelbagai produk yang bukan sahaja menjimatkan malahan juga mesra pengguna .

Motorsikal tenaga solar yang dipamerkan sempena pameran innovasi peringkat negeri di Dewan MPS semalam adalah satu contoh dimana daya cipta menjadikan satu produk itu berdaya maju dan mampu bersaing .

Bukan sahaja produk ini tidak memerlukan bahan api untuk menggerakannya , malahan untuk mengcas bateri yang digunakan bagi menggerak motorsikal tersebut di perolihi daripada tenaga matahari yang memang mudah didapati dinegara ini .

Justeru itu , sama-sama lah kita tingkatkan daya innovasi kita supaya lebih banyak produk baru dapat dihasilkan dan dapat memberikan manfaat kepada orang ramai .

PROGRAM TADARUS NEGERI SEMBILAN

PROGRAM tadarus sekolah-sekolah Negeri Sembilan diadakan di Sekolah Menengah Bukit Jalor , Gemencheh baru-baru ini .

Menteri Besar Tok Mat telah hadir menyampaikan hadiah dimajlis itu .

Turut hadir ialah Adun Gemencheh Dato Mohd kamil A Aziz , Adun Gemas Dato Zainab Nasir , Pengarah JPNNS dan Pegawai Daerah Tuan Razali Bakar .

Tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya dan kepada yang kurang berjaya , cuba lagi dilain kali .