



Kolej yang terletak di Gemencheh ini bakal memberi peluang kepada penduduk Tampin untuk mendapatkan pendidikan formal salepas tamat belajar di sekolah .
Dua kursus ditawarkan iaitu Kursus Kejuteraan dan Kemahiran serta Kursus Sepanjang hayat dimana penyusunan kursus-kursus adalah mengikut keperluan penduduk setempat .
Tok Nal dimaklumkan , pengambilan pelajar akan dimulakan sessi kedua tahun 2010 dan buat masa ini iklan untuk pengambilan pelajar sedang dijalankan .
Mana yang berminat , sila berhubung dengan kolej tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut .
Ambil peluang ini untuk menimba ilmu , tiada ruginya dan ilmu yang bermanfaat ini tentunya akan membantu dalam kehidupan kita .