Friday, January 15, 2010

ISAM , KPU TAMPIN


SIAPA kata Isam tak boleh bergaya ?

Di majlis meraikan mantan JKKK Tenai Air Gelugor di balairaya baru-baru ini , Isam duduk sebelah Tok Nal .

Kelihatan Isam begitu gagah dengan tutur kata yang lembut , berhemah dan muka yang berseri-seri .

Jauh keadaan nya berbanding dengan Isam semasa menjadi kontraktor kelas F atau semasa Isam belum menjadi ketua PPU Tampin .

Tok Nal bangga kerana Isam berjaya membawa diri mengikut rentak semasa dan perubahan itu memang di alu-alukan .

Tidak betul kalau melebelkan Isam sebagai budak hingusan dan tidak rapat dengan kepimpinan di peringkat Dun , daerah dan mukim .

Masa Isam nak bertanding KPU dulu , Tok Nal adalah antara yang begitu memberi peransang kepada beliau kerana Tok Nal lihat , Isam memang ada kelainan dari tokoh pemuda yang lain .

Terbukti Isam memang gagah dan berjaya mengemudikan PPU dengan baik .

Tok Nal akan terus bersama Isam dan mempertahankan beliau sebagai saorang rakan baik dan sedia bekerjasama jika diminta .

Teringin pulak Tok Nal nak rasa enaknya daging rusa piliharaan Isam yang sedang membesar sekarang ini .

MANTAN JKKK DIRAIKAN





BAYANGKAN lah , 35 tahun bertugas sebagai setiausaha JKKK dibawah 5 ketua kampung , Encik Zainal Ondot atau Odang masih setia dengan jawatan itu sahinggalah pertengahan tahun lalu bila nama beliau digugurkan atas sebab-sebab kesihatan.
Tidak terfikir untuk naik pangkat sebagai Ketua Kampung apa lagi melobi untuk jawatan itu sedangkan dari segi pengelaman , Odang memang mempunyai segala-galanya .
Di majlis meraikan beliau dan mantan JKKK lainnya di Kg Tenai Air Gelugor , Dato Mohd Kamil A Aziz , Adun Gemencheh menyanjung tinggi kesetiaan Odang kepada jawatan yang di pegangnya dan kesungguhan beliau melaksanakan tugas tanpa ada sebarang rasa tidak puas hati .
Katanya , di tempat lain setiausaha berlumba-lumba untuk naik pangkat sebagai ketua kampung tetapi di Tenai Air Gelugor , Odang tetap setia dengan jawatan setiausaha walaupun telah menjawat jawatan itu lebih 35 tahun .
Beliau berharap , JKKK lain menyokong kesungguhan dan sikap rendah diri Odang dan wajar menjadi amalan semua kerana apa pun jawatan yang dipegang dan selama mana pun jawatan itu di pegang , yang menjadi keutamaan ialah perkhidmatan yang diberikan .
Kenyataan Dato Kamil di sokong oleh Tok Baharudin , Ketua Kampung Tenai Air Gelugor yang menyifatkan Odang sebagai rakan yang paling setia dan tidak pernah sekali pun menentang arahan ketua .
Dimajlis itu , selain Odang , turut di raikan ialah Encik Md Din Yusor , Encik Mokha Buchik, Puan Kamariah Silin , Haji Ibrahim Maamor , Encik Abdullah Manap dan Encik Abd Jalil Md Dom .
Hadir sama ialah Mohd Isam Mohd Isa , ketua PPU bahagian dan Guru Besar SK Sungai Dua , Gemencheh .

Wednesday, January 13, 2010

PEPULORKAN PRODUK KITA



Apa benar lah daun getah , berlambak-lambak belakang rumah kita , pulak tu menyusahkan pulak kerana daun getah kering akan menyebabkan rumah kita jadi semak .

Tapi jika tahu caranya dan kena dengan cara memproses serta memasarkannya , daun getah boleh menjadi produk antarabangsa .

Sekarang ini , daun getah dari Gemencheh , Tampin , Gemas , Jelai semuanya telah berada di rumah-rumah orang kenamaan baik di negeri ini mahu pun di negeri lain .
Tuanku dan Tuanku Ampuan dah diberikan cenderahati daun getah semasa majlis menjunjung kasih di Gemencheh dulu , hadiah dari Dato Kamil dan Datin .
Dato Undang dan Tunku Besar juga dah menyimpannya di balai masing-masing , tinggal lagi , bila pulak kita semua .
MB , Ahli Parlimen dan Wakil Rakyat pun sama juga , dah ada dihati masing-masing produk ini .

Beli dan pamerkan lah di rumah kita sebagai menghargai produk daerah ini .
Tahu kah kita , produk SDSI Tampin , salah satu darinya ialah Hevea Kraf atau kraftangan daun getah .

Jadi tunggu apa lagi , sama-sama lah kita kembangkan produk kita ini .

Thursday, January 7, 2010

WAN KONTRAKTOR MENINGGAL DUNIA

Rasanya ramai yang mengenali Kontraktor Ridzuan atau lebih dikenali sebagai Wan Kontraktor yang tinggal di Felda Jelai 4 Gemas .

Rakan ini meninggal dunia pagi semalam dan jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan di kawasan Felda Jelai 4 .

Alfatihan untuk aruah Wan dan moga rohnya di tempatkan dikalangan mereka yang soleh .

Banyak kenangan bersama Wan terutama kelucuannya apabila berbual dengan rakan-rakan .

Alfatihan ....

Wednesday, January 6, 2010

BALASUNGKAWA

Alfatihah .......

TOK Nal nak ucapkan takziah kepada keluarga bekas Ketua Kampung Batang Rokan yang juga Imam Masjid kariah Batang Rokan Tok Atan atas kembalinya beliau kerahmahtullah semalam .

Tok Nal memang kenal sangat dengan Tok Atan kerana Tok Atan pernah menjadi menjadi ketua kampung dibawah kepimpinan Tok Nal .

Ketua kampung sekarang Tok Jamaludin Piee adalah bekas setiausaha JKKK semasa Tok Atan menjadi Pengerusi .

Beliau saorang yang baik hati , lemah lembut dan menjadi antara ketua kampung yang paling lama menjawat jawatan itu di Tampin .

Moga--moga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh .

Amin .

Tuesday, January 5, 2010

SDSI TAMPIN








Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) daerah Tampin telah banyak mencapai kejayaan .

Projek kraftangan bunga daun getah atau hevea kraf adalah satu contoh dimana program SDSI ini bukan sahaja telah menjadikan produk itu terkenal , berdaya saing malah mengangkat nama Tampin di peringkat negeri .

Jambangan bunga hevea kraf bukan sahaja disampaikan kepada pemimpin tempatan malahan kepada pemimpin pusat dan pelawat asing dan pada SUKMA 2004 dimana Negeri Sembilan menjadi tuan rumah , kraftangan hevea kraf telah dijadikan bunga rasmi yang disampaikan kepada semua pemenang pertandingan .

Terdapat 20 pengusaha bunga daun getah ini diseluruh daerah dan dua pengusaha dipilih sebagai anchor iaitu Puan Ramnah dan Siti Zainon Bahaman .

Penampilan bunga daun getah begitu memberangsangkan lagi dan usaha sedang dijalankan bagi mencari produk-produk lain untuk diketengah melalui program SDSI ini .

Herba Meladapahit , minyak herba Rembega , kuih bahulu dan banyak lagi sedang di groom untuk dibangunkan dibawah produk SDSI .

Satu mesyuarat peringkat tertinggi SDSI negeri telah diadakan baru-baru ini dimana semua wakil daripada Pejabat Daerah , agensi kerajaan dan Pejabat Pembangunan Negeri telah hadir di Bayview Hotel , Melaka .

Turut sama ialah usahawan SDSI terpilih dan hasil dari situ dirumuskan untuk membangunkan produk SDSi yang berdaya saing dan mempunyai harapan untuk maju .
Moga-moga usaha ini mencapai kejayaan .

Monday, January 4, 2010

TAHNIAH DATUK K GEMENCHEH


Belum terlambat rasanya bagi Tok Nal mengucapkan tahniah kepada Datuk Nasarudin Mahmud , orang kuat Umno Tampin dan juga bekas kempimpinan belia Tampin yang mendapat anugerah darjah kebesaran dari kerajaan Melaka , membawa gelaran DATUK baru-baru ini .

Bertambah lagi orang kenamaan yang bergelar Datuk di Gemencheh dan ini boleh mengambarkan bahawa kepercayaan pemimpin kepada tokoh Gemencheh semakin meningkat .

Mungkin salepas ini , akan ada lagi tokoh-tokoh dari Gemencheh yang menerima gelaran itu dan Tok Nal mengucapkan syabas dan tahniah kepada mereka kerana bukan mudah untuk menerima anugerah daripada kerajaan .

Anugerah itu diberikan berdasarkan sumbangan mereka dan tentunya dalam perkara ini sumbangan Datuk K memang besar dan mendapat penghargaan kerajaan negeri Melaka .

Moga salepas ini , akan ada pula anugerah daripada kerajaan Negeri Sembilan atas sumbangan Datuk K itu .

Jadi elok lah , kalau sebelum ini panggilan mesra Kudin digantikan dengan Datuk K kerana ianya lebih manis dan menggambarkan kemesraan kita kepada pemimpin .

Sekali lagi , TAHNIAH .

Thursday, December 31, 2009

DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH TAMPIN 2020

ORANG ramai di sekitar Gemencheh dijemput untuk hadir beramai-ramai ke majlis taklimat Publisiti dan Bantahan Awam , Draf Rancangan Kerajaan Tempatan Daerah Tampin 2020 pada 12 Januari 2010 di Dewan Seri Gemencheh untuk mengetahui perancangan pembangunan daerah ini menjelang tahun 2020 dan mengemukakan pandangan atau bantahan atas deraf yang disediakan MDT .

ADUN Gemencheh Dato Mohd Kamil A Aziz yang juga ahli majlis MDT berkata , orang ramai tidak patut melepaskan peluang untuk memeriksa deraf yang disediakan kerana ia adalah dokumen rasmi yang akan digunakan dalam merancang pembangunan untuk kemudahan penduduk di daerah Tampin .

Selain itu , mereka juga berpeluang mengetahui projek-projek yang yang akan dilaksanakan oleh kerajaan apabila deraf tersebut di luluskan dan orang ramai boleh merancang pembangunan mereka sendiri berdasarkan perancangan kerajaan itu .

Dengan slogan “ gerbang selatan “ daerah Tampin bukan sahaja bakal membangun seiring dengan pembangunan semasa tetapi juga bakal menjadi kawasan tumpuan kemasukan pelancung dan orang ramai dari kawasan selatan tanahair .

Gemas pula akan menjadi pintu masuk utama dari selatan dan perancangan pembangunan termasuk projek perumahan , perindustrian , pendidikan , ekonomi terdapat dalam deraf itu .
Sementara Gemencheh akan menjadi nadi utama pembangunan Tampin dimasa hadapan .

Tok Nal berharap usaha Dato Kamil ini bukan sahaja dapat memberikan peluang kepada penduduk Gemencheh untuk mengetahu perancangan pembangunan setempat disitu tetapi juga membolehkan penduduk juga merancang pembangunan diri mereka sendiri .

Sama-sama kita sokong usaha murni ini dengan hadir beramai-ramai tidak kira samaada kita berada diGemencheh atau tidak atau kita anak jati Gemencheh atau tidak kerana deraf ini terbuka kepada semua yang merasakan ada kepentingan di kawasan ini .

Semua Ketua Kampung telah diminta mewar-warkan perkara ini dan datang bersama-sama dengan jawatankuasa JKKK masing-masing supaya tiada yang ketinggalan dalam mendapatkan maklumat berkaitan .

Tahniah kepada Dato Kamil atas keprihatinan dan daya usaha yang telah diambil itu .

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010

Wednesday, December 23, 2009

USIM DI KG TENGAH




TAHNIAH kepada penduduk Kg Tengah kerana sudi menerima pelajar USIM atau Universiti Sains Islam Malaysia dibawah anjuran Kemas Negeri Sembilan .
40 pelajar Usim hadir dalam program keluarga angkat selama 5 hari dan mereka akan didedahkan kepada persekitaran kehidupan penduduk kampung .
Adalah diharapkan , banyak manfaatnya kehadiran pelajar Usim itu dan Tok Nal mahu ianya di gunakan sepenuhnya dalam membangunkan Kg Tengah .
Isya-Allah , Kg Tengah akan lebih berjaya salepas ini satelah suntikan semangat dari pelajar-pelajar Usim meresap kedalam sanubari penduduk .
Banyak kaji selidek akan dijalankan selain pendekatan musyawarah dikalangan ibu bapa angkat dengan anak angkat masing-masing .
Jamuan kampung secara gotong royong juga akan diadakan di masjid dan semoga usaha murni ini membuahlkan hasil yang memberansangkan .
Moga ianya dapat menjana kembali semangat penduduk kampung untuk berusaha lebih gigih bagi membangunkan kampung mereka .
Syabas ...








Mesyuarat agung Persatuan Ketua Kampung Daerah Tampin diadakan di rest house Tampin petang semalam .
YB Dato Mohd Kamil A Aziz , Tuan Razali Bakar , wakil Ketua Kampung Negeri Sembilan dan Tok Nal sendiri adalah antara jemputan yang hadir .
Biarpun mesyuarat agung itu adalah mesyuarat peringkat daerah , tetapi kehadiran ketua-ketua kampung begitu mengecewakan sekali .
Lebih sadikit dari separuh yang hadir , Tok Baharudin kecewa dan Dato Kamil juga kecewa .
Perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana mesyuarat agung tersebut adalah medan yang sewajarnya bagi mereka meluahkan apa yang terbuku dihati untuk dipanjangkan ke peringkat negeri .
Jika tak hadir macam mana mereka nak menyuarakan masaalah mereka dan juga masalah rakyat dibawah kepimpinan mereka .
Tok Nal setuju dengan saranan YB itu dan semuanya patut mengambil iktibar dan berusaha untuk hadir di lain kali .
Sementara Tuan Razali pula meminta supaya JKKK mengambil berat bagi mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 6 kali setahun .
Lapuran dihantar oleh Penghulu setiap bulan kepada kerajaan negeri dan jika ada yang tidak bermesyuarat , bagaimana Penghulu hendak membuat lapuran yang memuaskan hati JKKK itu .
Pandangan Tuan Razali Bakar itu juga Tok Nal setuju kerana bila tidak ada mesyuarat JKKK , bagaimana perancangan kemajuan dapat dibuat .
Jika ada pun laporan yang dihantar , laporan itu adalah dari perpekstif ketua kampung sendiri sahaja .
Masih ada satu dua JKKK yang tidak bermesyuarat sahinggi kini dan surat peringatan akan dihantar tidak lama lagi .