Friday, January 15, 2010

MANTAN JKKK DIRAIKAN





BAYANGKAN lah , 35 tahun bertugas sebagai setiausaha JKKK dibawah 5 ketua kampung , Encik Zainal Ondot atau Odang masih setia dengan jawatan itu sahinggalah pertengahan tahun lalu bila nama beliau digugurkan atas sebab-sebab kesihatan.
Tidak terfikir untuk naik pangkat sebagai Ketua Kampung apa lagi melobi untuk jawatan itu sedangkan dari segi pengelaman , Odang memang mempunyai segala-galanya .
Di majlis meraikan beliau dan mantan JKKK lainnya di Kg Tenai Air Gelugor , Dato Mohd Kamil A Aziz , Adun Gemencheh menyanjung tinggi kesetiaan Odang kepada jawatan yang di pegangnya dan kesungguhan beliau melaksanakan tugas tanpa ada sebarang rasa tidak puas hati .
Katanya , di tempat lain setiausaha berlumba-lumba untuk naik pangkat sebagai ketua kampung tetapi di Tenai Air Gelugor , Odang tetap setia dengan jawatan setiausaha walaupun telah menjawat jawatan itu lebih 35 tahun .
Beliau berharap , JKKK lain menyokong kesungguhan dan sikap rendah diri Odang dan wajar menjadi amalan semua kerana apa pun jawatan yang dipegang dan selama mana pun jawatan itu di pegang , yang menjadi keutamaan ialah perkhidmatan yang diberikan .
Kenyataan Dato Kamil di sokong oleh Tok Baharudin , Ketua Kampung Tenai Air Gelugor yang menyifatkan Odang sebagai rakan yang paling setia dan tidak pernah sekali pun menentang arahan ketua .
Dimajlis itu , selain Odang , turut di raikan ialah Encik Md Din Yusor , Encik Mokha Buchik, Puan Kamariah Silin , Haji Ibrahim Maamor , Encik Abdullah Manap dan Encik Abd Jalil Md Dom .
Hadir sama ialah Mohd Isam Mohd Isa , ketua PPU bahagian dan Guru Besar SK Sungai Dua , Gemencheh .

No comments: