Wednesday, May 12, 2010

MAJLIS MENDENGAR PERMASALAHAN RAKYAT FBRU

Gambar-gambar sekitar Majlis Mendengar Permasalahan Rakyat di Felda Bukit Rokan Utara .

Kehadiran orang ramai , mak oii hebat , lebih 200 orang hadir , yang teramai setakat ini di Tampin .

Ketua Kampung Tok Talib senyum manjang kerana jemputan JKKK menghadiri majklis itu mendapat sambutan baik .

Tahniah dari Tok Nal , teruskan usaha ...

Monday, May 10, 2010

RAKAN ALAM SEKITAR

Pelancaran Rakan Alam Sekitar parlimen Tampin penuh dengan warna warni .

Selain melepaskan anak ikan di kolam Taman Rekreasi Tampin , ada juga penyerahan anak pokok hutan kepada pengerusi-pengerusi taman .

Menteri Kerjaraya yang juga Ahli Parlimen Tampin Dato Shaziman Abu Mansor begitu begaya sekali merasmikan majlis itu yang dihadiri tidak kurang 600 ke 800 hadirin .
.
Slogan satu pokok satu rakyat menjadi teras utama ucapan beliau dan diharapkan semua penduduk Tampin beramai-ramai menanam pokok bagi mewujudkan suasana persikatan yang sihat kepada kita semua .

Hadir sama dalam majlis itu ialah Exco Kerajaan Negeri , Dato Zainab Nasir , Adun Gemencheh Dato Mohd Kamil A Aziz , Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri dan Pegawai Daerah Tampin , Tuan Razali Bin Bakar.


PENGERUSI JKKK REPAH HEBAT

Pengerusi JKKK Repah , Tok Mat Hassan adalah antara Ketua kampung yang hebat .

Apa tidak , hari ahad lalu , satu muka keluar kisah beliau dalam Sinar , apa lagi menyinar sakan lah Tok Mat sampai habis akhbar Sinar di tampin kena borong

Bukan sekadar dapat pujian daripada Wakil Rakyat dan Tuan DO malahan dapat sanjungan dari rakan-rakan ketua kampung yang lain .

Yang gelinya , cerita Tok Mat sendiri , menggigil tengok bom , macamana ni , askar takut dengan bom , walau bagaimana pun bekas RSM ini memang orang yang berani .

Kalau tak tak kan , misai melenting sakan masa dulu .

Friday, May 7, 2010

MESYUARAT BAHAGIAN PEMBANGUNAN PDT

Mesyuarat Unit Pembangunan , Pejabat Daerah Tampin di pengerusikan buat kali pertama oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah ( Pembangunan ) yang baru Encik Zahirin Bin Adnan .

Sebelum ini , Encik Zahirin adalah Timbalan Pentadbir Tanah Tampin dan pernah beberapa kali meanggung kerja sebagai KPPD (Pm) , dan sejak awal bulan lalu , beliau telah dilantik secara tetap sebagai KPPD (Pm) dan menanggung kerja sebagai TPT .

Saorang yang peramah , mesra dan mudah untuk bekerja dengan beliau .

Bapa Encik Zahirin adalah rakan Tok Nal dan juga saorang Penghulu di Pejabat Daerah Kuala Pilah .

Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi .

Sama-sama lah kita berikan sokongan padu kepada Encik Zahirin dalam melaksana dan menjalankan tugas sebagai boss di bahagian pembangunan PDT .

Hadir sama dalam mesyuarat itu ialah ADO Cik Darisha , TA , Juruteknik , CC , Efa yang tengah sarat mengandung , PT dan lain-lain kakitangan di bahagian yang sama .

Efa dengan Kama bukan boleh nampak kamera , mula nak bergaya sakan , maklumlah agak iras-iras model sikit .

Gurau aje ..


PERJUMPAAN TNB

SATU majlis perjumpaan antara Tenaga Nasional Bhd (TNB) dari peringkat negeri dan daerah bersama-sama dengan pemimpin komuniti terutamanya Penghulu dan Pengerusi JKKK telah diadakan di Dewan Seri Gemencheh , 5 Mei yang lalu .

Boleh dikatakan hampir semua Pengerusi JKKK atau Ketua Kampung dari Dun Gemencheh , Repah dan Gemas termasuk Penghulu Mukim Gemencheh , hadir dalam majlis itu .

Pemberita Sinar yang cun tu pun hadir sama , itu yang buat kebanyakan Pengerusi JKKK naik gian , mana lah tahu ada gambar terpampang dalam akhbar .

Tok Nal pun ingin juga , tetapi malu lah sebab dah ada uban sikit kek rambut .

Pegawai Daerah Tuan Razali Bakar hadir dalam majlis tersebut dan meminta supaya semua permasalahan berkaitan dengan TNB dibangkitkan dalam majlis ini .

Jika masa tidak mencukupi , mereka yang hadir boleh membangkitkannya semula di majlis yang serupa pada 13 Mei ini di dewan MDT supaya dapat dijawab oleh pihak TNB .

Secara keseluruhannya , Tuan Pegawai Daerah amat berpuas hati dengan sambutan yang diberikan oleh ketua kampong yang hadir dan berharap majlis saperti itu dapat diadakan lebih kerap supaya masalah rakyat dapat dimabil tindakan .

Wednesday, May 5, 2010

BATU BATA PASANG SIAP

KALAU susah sangat nak bina seni taman atau pagar rumah , gunakan sahaja batu bata pasang siap yang ada dijual dipasaran sekarang .

Mudah sahaja , beli dan pasang sendiri , tak payah nak ikat dengan simen tetapi jika buat pagar rumah , ikatlah dengan simen , mana tahu kalau ada kereta terbabas , tak lah hancur semuanya , kereta remuk pagar pulak terburai .

Jika ada yang berminat nak beli , hubungi lah kontraktor kelas F yang ramai dan minta mereka buatkan spek kerja dan beli sahaja , kemudian pasangkan dirumah masing-masing .

Jika tak dapat , Tok Nal sedia bantu untuk cari alamat syarikat tu , free aje tapi kalau nak belanja minum , OK juga lah .

MENDENGAR PERMASALAHAN KG ULU ROKAN

Gambar-gambar sekitar majlis mendengar permasalahan penduduk Kampung Ulu Rokan , Gemencheh pada 6 Mei 2010 yang lalu , kenapa monong tu , banyak masalah ke ?

MOTORSIKAL ELETRIK

DAYA innovasi membolehkan manusia mencipta pelbagai produk yang bukan sahaja menjimatkan malahan juga mesra pengguna .

Motorsikal tenaga solar yang dipamerkan sempena pameran innovasi peringkat negeri di Dewan MPS semalam adalah satu contoh dimana daya cipta menjadikan satu produk itu berdaya maju dan mampu bersaing .

Bukan sahaja produk ini tidak memerlukan bahan api untuk menggerakannya , malahan untuk mengcas bateri yang digunakan bagi menggerak motorsikal tersebut di perolihi daripada tenaga matahari yang memang mudah didapati dinegara ini .

Justeru itu , sama-sama lah kita tingkatkan daya innovasi kita supaya lebih banyak produk baru dapat dihasilkan dan dapat memberikan manfaat kepada orang ramai .

PROGRAM TADARUS NEGERI SEMBILAN

PROGRAM tadarus sekolah-sekolah Negeri Sembilan diadakan di Sekolah Menengah Bukit Jalor , Gemencheh baru-baru ini .

Menteri Besar Tok Mat telah hadir menyampaikan hadiah dimajlis itu .

Turut hadir ialah Adun Gemencheh Dato Mohd kamil A Aziz , Adun Gemas Dato Zainab Nasir , Pengarah JPNNS dan Pegawai Daerah Tuan Razali Bakar .

Tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya dan kepada yang kurang berjaya , cuba lagi dilain kali .




Monday, May 3, 2010

KURANGKAN GUNA GULA

Gambar-gambar sekitar majlis Hal Ehwal Pengguna berhubung pengurangan penggunaan gula di Dewan Majlis Bandaran Tampin .

Ybgh Tuan Razali Bakar , Pegawai Daerah Tampin telah merasmikan majlis itu yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah KPDNKK