SATU majlis perjumpaan antara Tenaga Nasional Bhd (TNB) dari peringkat negeri dan daerah bersama-sama dengan pemimpin komuniti terutamanya Penghulu dan Pengerusi JKKK telah diadakan di Dewan Seri Gemencheh , 5 Mei yang lalu .
Boleh dikatakan hampir semua Pengerusi JKKK atau Ketua Kampung dari Dun Gemencheh , Repah dan Gemas termasuk Penghulu Mukim Gemencheh , hadir dalam majlis itu .
Pemberita Sinar yang cun tu pun hadir sama , itu yang buat kebanyakan Pengerusi JKKK naik gian , mana lah tahu ada gambar terpampang dalam akhbar .
Tok Nal pun ingin juga , tetapi malu lah sebab dah ada uban sikit kek rambut .
Pegawai Daerah Tuan Razali Bakar hadir dalam majlis tersebut dan meminta supaya semua permasalahan berkaitan dengan TNB dibangkitkan dalam majlis ini .
Jika masa tidak mencukupi , mereka yang hadir boleh membangkitkannya semula di majlis yang serupa pada 13 Mei ini di dewan MDT supaya dapat dijawab oleh pihak TNB .
Secara keseluruhannya , Tuan Pegawai Daerah amat berpuas hati dengan sambutan yang diberikan oleh ketua kampong yang hadir dan berharap majlis saperti itu dapat diadakan lebih kerap supaya masalah rakyat dapat dimabil tindakan .
No comments:
Post a Comment