Dalam ucapannya , Dato Kamil meminta supaya semua Ngo's dan badan bukan kerajaan yang lain termasuk persatuan-persatuan supaya sentiasa menjadi mata dan telinga kerajaan dalam memantau dan menyalurkan maklumat semasa kepada ahli-ahli mereka .
Dengan cara itu , maklumat yang tepat dapat disampaikan kepada rakyat melalui aktibiti yang mereka adakan dan membantu mengurangkan kekeliruan disebabkan maklumat yang tidak tepat .
Katanya kerajaan sentiasa peka dengan keperluan rakyat dan sentiasa menyalurkana bantuan kepada mereka termasuklah bantuan kemiskinan , subsidi dan sebagainya .
Selain itu , Dato Kamil juga meminta perpaduan antara kaum dan dikalangan kaum mereka sentiasa di pertingkatkan sejajar dengan hasrat kerajaan mewujudkan 1 Malaysia .
Katanya , negara akan hancur jika rakyat mengabaikan perpaduan disebabkan majoriti penduduk negara ini adalah terdiri dari berbilang kaum .
Dibawah ini sebahagian gambar-gambar di majlis tersebut
Sesiapa juga yang menjadi warganegara di iktiraf peranan mereka dan semangat perpaduan adalah kayu pengukur yang dapat melonjakan pembangunan di negara ini .
YB Dato juga meminta supaya bantuan kewangan itu dimanfaatkan sepenuhnya dan digunakan untuk urusan pentadbiran dan juga menampung perbelajaan mengadakan aktibiti-aktibiti .
1 comment:
eh2..ado gambar wartawan sinar yang baru la..pandai tok nal ambil angle gambar..hehehee..
Post a Comment