Saorang penduduk daripada Felda Bukit Jalor , Ayer Kuning yang kebakaran rumah nya baru-baru ini , menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Tuan Razali Bakar .
Rombongan dari Pejabat Daerah itu , di sertakan sama KPPD ( khidmat pengurusan) Anirwan Fauzi Mohd Ani dan Tok Nal sendiri selain daripada pegawai Jabatan Pertanian Tampin .
Rombongan kami disambut oleh Ketua kampung Felda Bukit Jalor dan juga penduduk yang terbabit dengan kebakaran itu .
Buat masa ini , mangsa ditempatkan dirumah jiran yang terletak bersebelahan sementara rundingan dijalankan bagi membina baru rumah yang terbakar .
Pihak JKKK sedang berusaha dengan waris mangsa untuk mencari jalan bagi membina sebuah rumah dengan kerjasama Felda , Pejabat Daerah dan juga Kerajaan Negeri .
Diharap mangsa kebakaran dapat bersabar dan menunggu dengan tabah proses membina rumah itu yang tentunya memakan sadikit masa .
No comments:
Post a Comment