Friday, September 30, 2011

BALASUNGKAWA - PENGHULU TAUFIK ABDULLAH

DALAM  sebulan dua ini , sudah dua rakan sekerja Tok Nal yang meninggal dunia .

Bulan lalu Penghulu Ridwan Jaafar dan sekarang Penghulu Taufik Abdullah .

Kedua-duanya rakan yang Tok Nal kenal sejak 16 Oktober 1996 dan kemudian bekerja bersama-sama di Pejabat Daerah Kuala Pilah .

Banyak yang berkata , Tok Nal dan Penghulu Taufik sering berlaga pawang , sebenarnya tidak , adat orang berkawan , ada pasang surutnya .

Begitu lah , Tok Nal maaf kan semuanya .

Tok Nal doakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh .

Amin .....

Tuesday, September 20, 2011

TAHNIAH TOK DIN

TOK Nal ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Tok Din Ketua Kampung Tenai Air Gelugor kerana menerima anugerah berganda sempena syawal ini .

Pertama , pada 1 oktober ini , Tok Din akan menerima menantu , kalau tak silap menantu kedua , moga berbahagia dan kekal sepanjang hayat .

Kedua , Tok Din salah saorang yang terpilih menunaikan fardu haji ke Makkah al mukaramah tahun ini dan yang paling syahdu sekali , pemergian Tok Din taja oleh IMD , siap dengan duit poket sekali .

Tahniah lah Tok Din , siapa sangka makin tua makin menjadi , makin bertuah badan .

Moga-moga Tok-Tok Ketua yang lain juga dapat menerima anugerah saperti yang Tok Din perolihi .

Lagi satu , sekarang ini jawatan no wahid dalam persatuan ketua kampung Negeri Sembilan dah kosong , Tok Din tak ingin ke nak naik pangkat ?

Thursday, September 8, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU

BEBERAPA bulan yang lalu , beberapa rakan kita termasuk Tok Mantai dan Tok Hamzah mendapat orang baru sebagai pasangan hidup mereka .

Hebat pemimpin kita ini , dah beruban pun masih bergayo lai dan masih umph..

Tak terlambat lagi rasanya Tok Nal nak mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan kita ni dan semoga kasih sayang yang dibina akan berpanjangan dan kekal sepanjang hayat .

Biarlah panas hingga ke petang , jangan hujan ditengah hari tapi kalau musim tu musim pojo , elok juga kerana lagi sojok , lai lah gomar duduk dokek-dokek .

Yang lain tu , sabar aje lah , jangan cuba-cuba nak pasang angan-angan kerana dari angan-angan akan jadi cita-cita dan dari cita-cita adalah punca bergeloranya perasaan untuk mencapai kejayaan .

Tok Anjang pun jangan cuba-cubo yo , kok ada yang rosah nanti ...

Gurau yo ...




Wednesday, September 7, 2011

17 SEPTEMBER,RUMAH TERBUKA PEGAWAI DAERAH TAMPIN

JANGAN lupa , 17 September ini , hari sabtu , kita bersama-sama ke kediaman rasmi Pegawai Daerah Tampin Tuan Haji Razali Bakar untuk sama-sama meraikan jamuan hari raya aidilfitri dan rumah terbuka Pegawai Daerah dan Yang Di Pertua Majlis Daerah Tampin .

Majlis akan bermula jam 2.00 petang sahingga jam 5.00 petang .

Jemputlah hadir , banyak juadah yang disediakan untuk semua tetamu , jangan lambat , cendol Pilah pun ada , makan lah puas-puas .

Datang , jangan tak datang terutamanya kepada penduduk Kampung Pasir Ambor , Juasseh Tengah , Kuala Pilah kerana Pegawai Daerah ini berasal dari kampung itu .

Selain meraikan sambutan hari raya , dapat berkenalan dengan orang kampung , Tok Nal bangga juga kerana ada juga orang Kuala Pilah yang menjadi DO di Tampin ini .

Kepada Tok Dubai , bawak lah sanak saudara ramai-ramai ya , meriahkan majlis di rumah DO tu .

Insya-Allah , Tok Nal akan hadir sama .

Monday, September 5, 2011

PERKHIDMATAN PERCUMA !!!

KEPADA rakan , sahabat taulan , anak buah dan penjengah blog ini , jika ada maklumat yang hendak dikongsi bersama dengan Tok Nal dan mereka yang lain , sila hubungi Tok Nal .

Boleh Tok Nal muatkan dalam blog ini .

Jamuan hari raya contohnya , percuma , u have pay no money .

Pada 10 September ini , mari kita bersama-sama ke Majlis Sambutan Hari Raya Ahli Parlimen Tampin Dato Haji Shaziman Haji Abu Mansor mulai jam 2.30 petang .

Beramai-ramai kita kesana , sambil menikmati jamuan raya kita memberikan sokongan kepada Tok Man .

Kemudian 19 September pulak ke Felda Bukit Rokan Utara , jamuan hari raya peringkat Dun Gemencheh , jangan lupa pulak tarikh tu  Dato Kamil menunggu kita disana .

Tapi ya lah , dah ramai yang buat jamuan hari raya , kita yang makan ini pun jadi resah kerana penyakit darah tinggi , jantung dan kencing manis mula nak attack kembali .

Makan berpada-pada lah ya .

Saturday, August 27, 2011

19 SEPT. JAMUAN HARI RAYA ADILFITRI DUN GEMENCHEH

PADA 19 September nanti , majlis sambutan hari raya aidul fitri peringkat Dun Gemencheh akan diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Rokan Utara mulai jam 2.00 petang .

Oang ramai terutamanya penduduk dari FBRU sendiri dan yang tinggal berhampiran dijemput datang untuk memeriahkan majlis sambutan hari raya itu .

Selain menikmati hidangan yang disediakan , artis jemputan saperti Ahmad Jais turut diundang sama untuk memeriahkan lagi majlis .

Adun Gemencheh Dato Mohd Kamil A Aziz berkata seramai kira-kira 2,000 tetamu dijangka akan menghadiri majalis sambutan hari raya peringkat dun itu dan inilah kali pertama beliau membuat jamuan hari raya di luar dari pekan Gemencheh .

" Kedudukan FBRU yang strategik dan mempunyai penduduk yang ramai serta mereka adalah penyokong kuat kerajaan , tidak salah kalau kali ini majlis sambutan hari raya peringkat dun diadakan dikawasan felda khususnya di FBRU .

" Semua yang berkesempatan dijemput hadir dan kehadiran orang ramai amat dialu-alukan ," katanya .

Tok Nal juga nak mengucapkan Selamat Hari Raya , maaf dhahir dan bathin  jika ada salah silap harap dimaafkan dan rumah Tok Nal di Kuala Pilah terbuka sepanjang masa , jemput lah datang .

Thursday, August 25, 2011

GENG KPPCNS , TENGOK MANO YANG KOSONG .....

Kali ini Tok Nal nak dedahkan sikit maklumat kepada Kesatuan Penghulu / Penggawa Cawangan Negeri Sembilan (KPPCNS) berhubung maklumat perjawatan yang wujud dan masih kosong serta yang sedang berisi bagi jawatan Penghulu di Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan .

Maklumat ini Tok Nal buat sendiri berdasarkan pemikiran brutal Tok Nal , kalau silap maafkan lah , tapi rasenya , lebih 90 peratus maklumat ini betul .

Tujuannya supaya penjengah bog ini tahu , ape keja yang KPPCNS buek , tido ke , main tolo ke atau menjadi pemimpin kesatuan yang berwibawa atau sekadar untuk mengjar jawatan tertentu aje .

Dah dapek , mulah lah nak blah , dan sekarang dah mula riuh semula kerana masih ada jawatan NP 36 yang masih kosong  dan dah mula pasang angan-angan nak isi pulak jawatan tu .

Maaf lah .

Kalau sedara di SUK tu ade lailah , mungkin markah tertinggi di perut dia maklumlah sepusat sepusing .

Tok Nal mulakan dengan di Tampin .

TAMPIN
NP 32 - kosong
NP 27 - Tok Nal sendiri
NP 27 - kosong bekas P Resul
NP 27 - kosong jawatan baru

GEMAS
NP 27 - P Khalid
NP 27 - kosong - aruah P Mail

REMBAU
NP 32 - kosong
NP 27 - kosong bekas P Z , last dapat NP 32 juge he,he,he,
NP 27 - kosong
NP 27 - kosong
NP 27 - kosong
NP 27 - kosong
NP 27 - kosong

KUALA PILAH
NP 32 -  P Resul
NP 27 - P Anan
NP 27 - P Hashim
NP 27 - kosong
NP 27 - kosong
NP 27 - kosong
NP 27 - kosong
NP 27 - kosong

SEREMBAN
NP 32 - P Nizar
NP 27 - P Mazly
NP 27 - P Yan
NP 27 - P Tarmizi
NP 27 - kosong bekas P Nizar
NP 27 - kosong bekas P Sanusi
NP 27 - kosong aruah P Ridzuan

PORT DICKSON
NP 32 - P Sanusi
NP 27 - P Nasir
NP 27 - P Zul
NP 27 - P Ibrahim
NP 27 - kosong

JEMPOL
NP 32 - P Nazri
NP 27 - P Sharif
NP 27 - P Taufik
NP 27 - P Rosdi
NP 27 -kosong bekas P Nazri

JELEBU
NP 32 -  P Naza - bakal kosong kerana bersara pilihan tidak lama lagi
NP 27 -  P Karim - juga telah mohon bersara awal , bakal kosong
NP 27 - P Taufed
NP 27 - P Azmi
NP 27 - P Fauzi
NP 27 - P Shah
NP 27 - kosong

Hah , tengok lah geng KPPCNS , NP 32 masih kosong dua( 2 ) dan NP 27 masih kosong 35 .

Yang berisi pulak ialah NP 32 - 5 dan NP 27 -  18 jawatan .

BANYAK YANG KOSONG DARI BERISI .

Kalau rabun , akan ada maklumat lain lagi ....

Tok Nal - tak mahu subahat untuk membesarkan tembolok SENDIRI aje

Wednesday, August 24, 2011

SOALAN UNTUK KESATUAN PENGHULU NSDK...

TOK Nal bangkitkan dalam blog ini beberapa soalan yang juga dibangkitkan oleh Penghulu-Penghulu lain terutamanya Penghulu Sheikh dari Jelebu .

1. Bagaimana dengan pengisian jawatan NP 32 yang masih kosong di Tampin dan Rembau , dah humbankan kemana jawatan tu ?

2. Perlantikan Penghulu baru masih belum dilaksanakan , apa tindakan KESATUAN dalam soal ini , lelap mata dan tido aje ke ?

3 . Bayaran bil telefon bimbit yang dah terhenti sedangkan beberapa jawatan lain dapat bayaran bil dan telefon sekali , banyak sangat duit ke tak nak minta kerajaan bayaran bil untuk urusan rasmi menggunakan telefon bimbit persendirian .

4 . Kenaikan bayaran elaun khas Penghulu dari RM 150 ke RM 200 dilaksanakan awal tahun 2010 , kenapa tidak bulan Julai 2009 sedangkan itu adalah tarikh pertukaran dari N ke NP , lupa ke atau dah rasa banyak duit sebab dah naik dari RM 150 ke RM 250 kerana naik ke skim NP 32 yang diidam-idamkan selama ini melalui pertolongan sedara sepusat sepusing di SUK dulu .

5 . Bagaimana dengan aktibiti sosial untuk ahli-ahli , dulu masa P Z jadi presiden , ada perjumpaan keluarga di PD , sekarang  habuk pun tarak .

6 . Bagaimana dengan persiapan mesyuarat agung KPPSM tahun ini , dulu masa di Selangor , tak ke bera muka kena belasah depan-depan kerana tak mampu nak anjurkan mesyuarat pada tahun 2010 , malu beb kalau kena sekali lagi .

7 . Apa sumbangan yang telah  dilaksanakan kepada rakan-rakan yang bersara atau ditimpa musibah , gentel telo aje ke ?

Soalan terakhir dari saorang Penghulu di KP , kenapa pegang jawatan di KPPSM sedangkan gagal di KPPNS ?

Buek kojo geng ....

Tuesday, August 23, 2011

BALASUNGKAWA - PENGHULU RIDZUAN

TOK Nal mengenali Penghulu Ridwan atau lebih dikenali sebagai Wan sahaja apabila melapurkan diri untuk bertugas sebagai Penghulu di bangunan SUK Seremban . Disana , Tok Nal berjumpa dengan Penghulu Wan dan 17 rakan yang lain dan kami bersama-sama mengikuti kursus induksi khusus selama tiga hari .

Kadang kala tu berbulu juga bila melihat Penghulu Wan begitu kerek sekali , maklumlah semua orang di SUK dia kenal dan kerana perwatakannya yang agak serius menjadikan kami rapat tetapi agak geram .

Pada hari terkhir kursus pada 18 Oktober 1996 , kami mendapat surat arahan melapurkan diri bertugas dan tanpa disangka , Tok Nal dan Penghulu Wan  diarahkan bertugas di Pejabat Daerah Kuala Pilah bersama-sama dua rakan yang lain iaitu Penghulu Mat dan Penghulu Taufik .

Dari situ lah mulanya , Tok Nal rapat dengan Penghulu Wan dan beliau sering memberikan pandangan yang biasanya selari dengan pendapat Tok Nal dan Tok Nal dapat rasakan Penghulu Wan adalah saorang yang kritis tetapi agak tegas pendiriannya .

Beliau aktif dalam sukan terutamanya bowling , bola tampar dan pernah menjadi setiausaha persatuan bola sepak Kuala Pilah sementara Tok Nal pernah menjadi bendahari PBSKP sekejap .

Kemudian pada tahun 2004 , Tok Nal dan Tok Wan diarahkan berpindah dimana Tok Wan ke Seremban dan Tok Nal ke Tampin tetapi hubungan kami tetap erat dan sering bertukar pandangan .

Dan apabila berjumpa kali terakhir pada majlis persukuan adat perpatih di Seri Menanti , Tok Nal dapat rasakan yang Penghulu Wan agak kurang sihat dan beliau memaklumkan bahawa pernah satu ketika beliau diserang penyakit angin ahmar yang menyebabkan sebelah tangannya tidak boleh diangkat tetapi pada ketika itu telah berasur-ansur baik .

Tok Nal doakan semoga roh Penghulu Wan di cucuri rahmat dan di ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh , Penghulu Wan adalah antara rakan-rakan yang sentiasa mendoakan keselamatan Tok Nal semasa hendak mengerjakan haji tahun sudah .

Ramai yanag tidak mengetahui bahawa Penghulu Wan adalah master mind di sebalik cita-cita Tok Nal untuk memimpin kesatuan dulu walaupun beliau jarang menghadiri mesyuarat agung tetapi banyak idea yang Tok Nal lontarkan adalah hasil perbincangan antara Tok Nal dan Penghulu Wan .

Semoga keluarga Penghulu Wan berada dalam kesejahteraan dan bersabar menghadapi dugaan Allah .

KESATUAN PENGHULU NS TIDO ?

TOK Nal tak nak membangkitkan perkara yang menyakitkan hati sepanjang bulan ramadhan ini dan buat dosa tetapi kerana keadaan sudah terlalu mendesak , Tok Nal sebutkan juga tambahan lagi Tok Din Tenai dah beberapa kali bangkit perkara yang sama dengan Tok Nal .

Apa sudah jadi dengan Kesatuan Penghulu Negeri Sembilan , wujud lagi ke atau pun pemimpinya tido kerana perjuangan untuk mengisi perjawatan Penghulu tidak lagi menjadi teras utama mereka .

Salepas dapat gred 32 terus senyap , jika tidak dulu tu saban hari bergelumang mengejar sedara untuk mendapatkan jawatan .

Di Tampin , dari 4 post , hanya ada saorang Penghulu , di Gemas dua jawatan tapi hanya ada Penghulu Khalid manakala di Kuala Pilah , dari 8 jawatan , cuma ada tiga orang sahaja Penghulu .

Seremban pula , ada dua kekosongan , satu yang di tinggalkan oleh Penghulu Sanusi dan satu lagi dengan kembalinya ke rahmatullah Penghulu Ridzuan baru-baru ini .

Di Rembau pula , lansung tak ada Penghulu salepas Penghulu Zainudin Amin bersara , ada kalau tak silap 6 jawatan disitu manakala di Jempol , masih kurang satu jawatan .

Manakala di PD pula khabarnya , masih kurang saorang Penghulu dan di Jelebu , bakal kosong dua jawatan apabila Penghulu Naza bersara pilihan dan Penghulu Karim sedang menunggu permohonan untuk bersara pilihan juga .

Penghulu Sheikh juga khabarnya sedang merancang juga untuk bersara pilihan , betul  ke ?

Begitulah keadaan perjawatan Penghulu dimana Kesatuan Penghulu NS macam tak nampak aje perkara ini .

Tak kan lelap sebab dah naik jawatan kot , tengok lah sikit anak buah ni , bincanglah baik-baik dengan Kerajaan Negeri tentu ada jalan penyelesaiannya .

Itu lah akibatnya kalau hendak jawatan kesatuan untuk mendapatkan jawatan yang lain , yang wajib tinggal , yang sunat pun tak buat .

Tok Nal - sedekahkan Alfatihah untuk arwah Penghulu Ridzuan Jaafar .