Friday, April 9, 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN CEK BANTUAN

BERTEMPAT di balairaya JKKK Jelawai , YB Dato Mohd Kamil A Aziz Adun Gemencheh telah menyampaikan sumbangan cek bantuan kepada JKKK dalam Dun Gemencheh , PIBG sekolah , persatuan-persatuan termasuk KRT bagi menampung pentadbiran dan mengadakan aktibiti-aktibit yang telah dirancangkan .

Dalam ucapannya , Dato Kamil meminta supaya semua Ngo's dan badan bukan kerajaan yang lain termasuk persatuan-persatuan supaya sentiasa menjadi mata dan telinga kerajaan dalam memantau dan menyalurkan maklumat semasa kepada ahli-ahli mereka .

Dengan cara itu , maklumat yang tepat dapat disampaikan kepada rakyat melalui aktibiti yang mereka adakan dan membantu mengurangkan kekeliruan disebabkan maklumat yang tidak tepat .

Katanya kerajaan sentiasa peka dengan keperluan rakyat dan sentiasa menyalurkana bantuan kepada mereka termasuklah bantuan kemiskinan , subsidi dan sebagainya .

Selain itu , Dato Kamil juga meminta perpaduan antara kaum dan dikalangan kaum mereka sentiasa di pertingkatkan sejajar dengan hasrat kerajaan mewujudkan 1 Malaysia  .

Katanya , negara akan hancur jika rakyat mengabaikan perpaduan disebabkan majoriti penduduk negara ini adalah terdiri dari berbilang kaum .

Dibawah ini sebahagian gambar-gambar di majlis tersebut

Sesiapa juga yang menjadi warganegara di iktiraf peranan mereka dan semangat perpaduan adalah kayu pengukur yang dapat melonjakan pembangunan di negara ini .

YB Dato juga meminta supaya bantuan kewangan itu dimanfaatkan sepenuhnya dan digunakan untuk urusan pentadbiran dan juga menampung perbelajaan mengadakan aktibiti-aktibiti .

Wednesday, April 7, 2010

MENDENGAR MASALAH DI KG PONDOI

VIVI ASNITA

INI gambar anak Tok Nal yang ke empat , Vivi"Asnita bersama ibu Sapura sedang asyik menonton Geng bahasa Arab di TV  .

Berumur 12 tahun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tunku Kursiah , Kuala Pilah dalam tahun 6 gemilang .

Saorang anak yang ceria , bijak , bercita-cita tinggi dan mahir dalam mengaji Al Quran .

Pernah menjadi mendapat tempat ketiga peringkat daerah dan berminat untuk memasuki sekolah aliran agama kerana bercita-cita nak belajar ke Mesir .

Tok Nal doakan supaya semua cita-cita Vivi menjadi kenyataan dan Tok Nal akan berusaha supaya apa yang dicita-citakannya tercapai .

Insya- Allah .



Friday, April 2, 2010

PERTEMUAN PENGHULU NSDK

MENDENGAR PERMASALAHN KERU

MENDENGAR PERMASALAHAN GEDOK

PERPISAHAN ADO PEMBANGUNAN



Majlis perpisahan  Penolong Pegawai Daerah (ADO) Penbangunan Nor Azreen Nazarudin ke Jabatan Pertanian Putrajaya pada 31 March 2010 yang lalu .

Pegawai Daerah Tuan Razali Bakar dan Ketua penolong Pegawai Daerah Encik Anirwan Fauzi turut hadir sama .


Semu kakitangan bahagian pembangunan hadir dalam majlis itu dimana Nor Azreen akan menjawat jawatan baru sebagai pegawai Pertanian .

Kita mendoakan agar beliau sentiasa dilindungi Allah dalam menjawat pekerjaan barunya itu .
Selamat bertugas .



Siapa yang paling gedik , Mak Datin ke atau Cik Datin ?

Thursday, April 1, 2010

TANAH TERBIAR

Simposium Tanah Terbiar peringkat negeri di PD awal minggu ini berjaya mencapai matlamat yang dirancangkan dimana penyertaan JKKK sangat baik dan sambutan sewaktu sessi mendengar juga memberansangkan .

Biarpun jumlah tanah terbiar di negeri ini tidak banyak lagi sementara kedudukanya pula berselerak serta dalam keluasan yang kecil , tetapi usaha mesti dijalankan supaya aktibiti pertanian dapat dilaksanakan bagi menyediakan tanaman makanan untuk rakyat negeri ini .

Sejajar dengan slogan Kebun Orang KL , pemilik tanah terbiar patut mengambil daya usaha memajukan tanah mereka dengan pelbagai tanaman  bagi menjana tambahan pendapatan selain menyediakan bahan makanan untuk mereka dan penduduk negara ini .

Peluang ini perlu direbut oleh semua pihak dan kerajaan  boleh membantu jika terdapat sebarang masalah , cuma yang penting ada kemahuan dan usaha sahaja .

MB Tok Mat berharap keluasan tanah terbiar ini akan berkurangan secara mendadak dan meminta kerjasama Dato Lembaga Adat bagi bersama-sama mencari jalan memajukan tanah-tanah terbiar terutamanhya tanah adat .

Tok Nal menyokong  penuh saranan Tok Mat itu dan akan berusaha keras melalui mesyuarat JKKK bagi meminta orang ramai memajukan tanah terbiar di kampung mereka baik secara individu mahupun berkelompok dengan pembabitan agensi tertentu .

Dimana ada ausaha , disitulah ada jalan .

Monday, March 29, 2010

MAJLIS MENDENGAR - JELAWAI


Gambar-gambar sekitar Majlis Mendengar Permasalahan Rakyat , JKKK Jelawai Gemencheh .

Ybgh Tuan Razali Bakar , Pegawai Daerah Tampin antara ketua-ketua jabatan kerajaan yang hadir dalam majlis itu .

Terima kasih kepada Tok Anjang yang berjaya mengadakan majlis itu dengan meriahnya .

GOTONG ROYONG TAMAN DESA MELANG


Sabtu lalu dengan kerjasama antara Majlis Daerah Kuala Pilah , Jawatankuasa penduduk , Taman Desa Melang dan Kawasan Rukun Tetangga Melang , satu gotong royong memberishkan kawasan Taman Desa Melang telah diadakan .

Sambutan yang diberikan agak baik juga cuma daripada kira-kira 1000 penduduk , yang hadir tak sampai pun 100 orang .

Komitmen MDKP amat baik dan kerjasama saperti perlu di teruskan dilain masa .

Tok Nal dapat bersama sekejap sahaja kerana terpaksa ke Masjid Desa Anggerik Batu Kikir kerana mengikuti kursus haji bersiri .

Jika tidak tu , Tok Nal pasti akan bersama-sama hingga tamat .

Kepada yang telah menyumbangkan tenaga , bagi Pihak KRT Melang , Tok Nal rakamkan ucapan terima kasih .