Tuesday, March 16, 2010

PENGHULU ABAD 21

SEMAKIN hari , tugas Tok Nal nampaknya makin bertambah dan sukar .

Sebagai Penghulu , Tok Nal bertugas di mukim Gemencheh , kemudian bila Penghulu Rasul berpindah ke Kuala Pilah , kerja-kerja dia terpaksa Tok Nal yang buat di mukim Repah , Keru , Tampin Tengah dan Pondoi .

Mesyuarat JKKK satu tahun 6 kali bagi setiap JKKK , kalau ada 22 JKKK di seluruh mukim Gemencheh dan Repah , makna nya ada 132 kali mesyuarat JKKK setahun .

Sekarang , Tok Nal di arahkan untuk menganjurkan Majlis Mendengar Permasalahan Rakyat dimana setiap JKKK di minta mengadakannya sekurang-kurangnya sekali setahun bagi membolehkan rakyat menyampaikan masalah mereka kepada kerajaan .

Kemudian mesyuarat di peringkat daerah , paling kurang 10 atau 12 kali sebulan , sudah 120 kali setahun saperti mesyuarat fokus group membasmi kemiskinan 2 X sebulan , mesyuarat pertanian dan MPPP , SDSI , usahawan , sosial , keselamatan , aduan awam dan banyak lagi .

Kemudian mesyuarat mewakili Tuan DO di peringkat negeri , paling kurang pun 7 atau 8 kali sebulan saperti mesyuarat SDSI di Upen , di PPN , mesyuarat JK bertindak pertanian , usahawan , kerjaraya , perlancungan , belia dan lain-lainnya .

Selain itu , ada juga sekali sekala mesyuarat di Putrajaya atau di Mines dibawah KKLW dan jika di jumlahkan semuanya , tidak kurang 300 kali mesyuarat .

Bayangkanlah , setahun ada 365 hari , jadi berapa hari sebenarnya Tok Nal benar-benar cuti dan tak buat kerja .

Itu belum masuk jemputan ke majlis yang dianjurkan badan tertentu , wakil rakyat , Ngo atau jemputan peribadi JKKK atau ketua kampung .

So , jika sekiranya ada jemputan atau mesyuarat atau majlis yang Tok Nal tidak dapat hadir atas sebab tugas , maafkan lah .

Semua kena paham tugas Penghulu di abad ke 21 ini sama saperti kakitangan kerajaan yang lain , penjawat awam , bukan macam dulu , boleh duduk di balai , pakai kain pelikat dan tunggu orang ramai datang untuk dapatkan tanda tangan atau mohon bantuan .

Tok Nal tak rasa ianya satu beban kerana ini adalah tugas dan tanggungjawab Tok Nal , kalau tak mahu buat semua itu , lebih baik Tok Nal tidak jadi Penghulu .

Tok Nal redha dan sedia menghadapinya dan berdoa moga tugas dan amanah itu berjaya disempurna kan seiklas-ikhlas nya .

Tok Nal bersyukur kerana kepimpinan di Tampin , Gemencheh dan Pejabat Daerah semuanya baik-baik belaka termasuk kepimpinan politik .

Moga kehidupan Tok Nal di rahmati Allah .

Amin ...

Sunday, March 14, 2010

KEMUDAHAN TELEFON SELULAR DI ULU ROKAN

USAHA sedang dijalankan oleh kerajaan bagi mendirikan pusat pemancar dan penerimaan gelombang telefon selular di Kampung Ulu Rokan , Gemencheh bagi memberi kemudahan kepada kira-kira 500 penduduk disitu .

Rata-rata penduduk di kampong itu mempunyai telefon selular di rumah masing-masing tetapi hanya dapat menggunakan kemudahan tersebut bila berada di luar kampong kerana penerimaan gelombang telefon di kampong itu terlalu rendah .

Usaha ini dirintis oleh Adun Gemencheh Dato Mohd Kamil A Aziz kerana menyedari betapa pentingnya sistem perhubungan kepada anggota masyarakat walaupun mereka terletak dikawasan luar Bandar .

Kawasan Ulu Rokan biarpun terletak kira-kira 10 kilometer dari Gemencheh dan 5 kilometer dari Pekan Dangi ketinggalan dari segi perkhidmatan telefon selular kerana keadaan sekeliling yang berbukit-bukit dan terletak agak jauh dari stesen pemancar di Felda Bukit Rokan .

Tambahan lagi , di kampung itu , hanya sebahagian kecil yang mempunyai telefon talian tetap sedangkan di bahagian hujung kampong , perkhidmatan itu tidak dapat disediakan kerana ianya membabitkan kos yang sangat tinggi .

Sama-sama lah kita berdoa , semoga usaha Dato Kamil dan Exco Kerjaraya Dato Ismail Lasim untuk menyediakan kemudahan talian telefon selular itu menjadi kenyataan .

26 March ini , satu tinjauan secara menyeluruh yang membabitkan pihak dari SKKM , Exco , Adun , Pejabat Daerah dan pengendali Rangkaian Minang akan hadir untuk membuat penilaian kesesuain projek tersebut .

Amin .

Saturday, March 13, 2010

SERI GEMENCHEH

Diatas ialah gambar-gambar yang diambil sempena majlis mendengar permasalah rakyat di Kg Seri Gemencheh , Gemencheh petang khamis lalu .

Seramai kira-kira 20 penduduk kampung hadir menyampaikan masalah mereka kepada kerajaan .

Masalah utama ialah pemilikan geran kekal , tanah terbiar , longkang dan masalah perizaban tanah kepada Tanah Rizab Melayu yang masih ada belum selesai .

Timbalan Pentadbir tanah Encik Zahirin Adnan berjanji , segala permasalahan itu akan diambil tindakan segera untuk diatasi .

Friday, March 12, 2010

DESA E KASIH , LONDAH


LIMA puloh lot banglo Sekim Pembangunan Rakyat Termiskin (SPKR) Tampin di kampong Londah mungkin adalah salah satu penempatan paling tersusun dan indah buat keluarga termiskin didaerah ini kerana selain dilengkapi kemudahan perumahan , bekalan air dan eletrik , jalan raya malahan mempunyai kemudahan taman permainan kanak-kanak .

Terletak diatas sebidang tanah kerajaan , kesemua lot perumahan itu akan menjadi tempat tinggal paling selesa untuk mereka kerana berdekatan dengan jalan utama Passir Besar – Gemas , selain bersebelahan dengan rumah rakyat Londah .

Dibina dengan peruntukan kerajaan , peserta di pilih dari senarai E Kasih dan senarai SPKR daerah dimana mereka yang benar-benar layak dan tersenarai sahaja di tempatkan disitu .

Di kenali sebagai Desa E Kasih , bakal di rasmikan oleh YAB Menteri Besar sadikit masa lagi , dibina semasa Tuan Razali Bakar , Pegawai Daerah Tampin menjadi KPPD Gemas .

Buah tangan Tuan Razali begitu indah sekali dan wajar menjadi kebanggaan bukan sahaja kepada rakyat Tampin dan Gemas malahan penduduk Negeri Sembilan sendiri .

Moga penempatan ini akan menjadi satu contoh keprihatinan kerajaan membela nasib rakyat terutamanya dari gulongan termiskin untuk memperbaiki kehidupan mereka .

Peserta yang di tempatkan disitu wajar berterima kasih kepada kerajaan atas daya usaha itu dan menjadikan kawasan Desa E Kasih sebagai tapak kekuatan utama menyokong kerajaan .

Thursday, March 11, 2010

SESSI MENDENGAR REPAH DAN KG BARU REPAH

Gambar-gambar sekitar sessi mendengar di Kg Repah dan Kg Baru Repah .

Di Kg Repah , kira-kira 80 orang penduduk hadir manakala di Kg Baru Repah pula , hampir 180 orang hadir .

Sebahagian besar ketua-ketua jabatan kerajaan hadir dalam sessi  mendengar itu dimana kebanyakan soalan berkisar kepada MDT , PDT dan beberapa agensi kerajaan lain .

Tuan Razali Bakar , Pegawai Daerah mengetuai sessi mendengar itu dan setakat ini sambutan yang diberikan oleh orang ramai sangat baik sekali .

Secara keseluruhannya , setiap JKKK yang mengadakan sessi mendengar mengemukakan kira-kira 30 soalan setiap sessi dan kesemua soalan itu akan dijawab oleh jabatan yang berkaitan .



Jika ada ketinggalan untuk mengemukakan soalan , sila ajukan kepada Pengerusi JKKK masing-masing untuk di panjangkan kepada jabatan yang terbabit .

Semoga dengan cara itu , semua masalah rakyat dapat didengar dan diselesaikan .

Wednesday, March 10, 2010

MRSM GEMENCHEH

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gemencheh adalah salah satu sekolah berasrama penuh yang sentiasa mendapat perhatian disini .

Tidak ramai anak Gemencheh yang dapat belajar disitu kerana khabarnya , anak Gemencheh yang bijak-bijak di hantar ke MRSM di tempat lain .

Alasannya mudah , pendedahan dan mengelakan timbul banyak masalah kalau duduk diasrama yang dekat dengan rumah .

Baru-baru ini , sempena sambutan maulid Dun Gemencheh , Tok Nal berpeluang masuk ke MRSM .

Punya lah kagum dengan infra yang dibina , dewannya besar dan cantik , kautersnya indah-indah belaka , padang permainan terletak di bawah bukit , cuma kurang rumput aje tetapi secara keseluruhan , Tok Nal lihat amat memuaskan sekali .

Naib baik Tok Nal dah berumur , kalau tak hendak juga belajar kat situ .

Mudah-mudahan dapat Tok Nal datang kesitu lagi untuk menghantar anak atau cucu belajar kat situ .

Tuesday, March 9, 2010

ISAM DAN MIMI

MOHD Isam Mohd Isa atau MIMI sangat sinonim dengan Gemencheh .

Ketua Pemuda bahagian ini sangat aktif dan berjiwa besar .

Semasa perarakan maulid Dun Gemencheh baru-baru ini , Isam menghantar pekerja nya atas nama syarikat MIMI menyertai perarakan .

Ini bukan kali pertama MIMI menyertainya kerana hampir saban tahun , Isam akan berbuat begitu .

Dengan baju korporat dan bersongkok dengan lilitan kepala Alluahakbar , MIMI bergaya menyertai perakan tersebut .

Semua yang hadir kagum dan berharap di lain masa pasukan MIMI akan menyertai lagi perarakan maulid dan juga sambutan hari kebangsaan .

Penyertaan MIMI itu juga menunjukan sokongan padu Isam kepada kepimpinan Dato Kamil sebagai Adun Gemencheh yang cemerlang dalam mengemudikan Dun Gemencheh .

Tok Nal berharap semoga semua mempunyai semangat saperti Isam yang begitu setia dengan kepimpinan yang ada terutamanya di peringkat Gemencheh sendiri .

Amin ....

Monday, March 8, 2010

YDP MDT BARU

SAH .

Tuan Razali Bakar , Pegawai Daerah Tampin dilantik sebagai Yang Di Pertua (YDP) Majlis Daerah Tampin  yang baru .

Teka teki siapa yang bakal menjadi YDP telah lama kedengaran , akhirnya pegawai kanan kerajaan yang dilantik kejawatan itu .

Tok Nal nak ucapkan TAHNIAH kepada Tuan Razali dan juga kakitangan MDT kerana mendapat saorang YDP yang tidak asing kepada mereka .

Semoga MDT akan berjaya berkembang maju seiring dengan perkembangan semasa dibawah kepimpinan YDP barunya .

Syabas Tuan Razali .

DATO KUDIN

SIAPA kata Dato Kudin atau Nasarudin Mahmud saorang yang tidak mesra dengan masyarakat .

Buktinya dalam banyak acara kemasyarakatan yang diadakan di Gemencheh , Dato Kudin tetap akan turut sama , samaada sebagai tetamu kehormat atau sebagai jemputan biasa .

Itu lah keistimewaan Dato Kudin .

Tok Nal kagum dengan kesungguhan Dato Kudin itu terutamanya bila beliau sanggup mengeluarkan wang saku bagi membina pondok menunggu bas di Kg batang Rokan .

Sekali sekala tu , bila berkesempatan , Tok Nal memang mengambil peluang untuk berbual dan bergambar dengan beliau .

Menyelami hati saorang tokoh memang sukar tetapi tidak dengan Dato Kudin .

Moga Dato Kudin akan terus berbakti kepada masyarakat .

Sunday, March 7, 2010

MAJLIS MENDENGAR MASALAH KG ULU YUH

HASRAT kerajaan negeri supaya pegawai dan kakitangan kerajaan turun kebawah mendengar masalah rakyat  di dengar dan dipatuhi oleh pegawai dan kakitangan kerajaan daerah Tampin .

Jumaat lalu salepas sembahyang Jumaat , Pegawai Daerah Tuan Razali Bakar dan rombongannya seramai 28 orang yang terdiri dari ketua-ketua jabatan kerajaan dan wakil mereka hadir di balairaya Kg Ulu Yuh bagi mendengar masalah rakyat di kampung tersebut dan menyalurkan masalah tersebut kepada jabatan-jabatan yang hadir untuk membantu menyelesaikan masalah yang disampaikan .

Rata-rata yang hadir memuji usaha Pegawai Daerah itu termasuk Tuan Haji Zakaria , ketua Umno cawangan yang turut hadir dan memantau perjalanan majlis mendengar permasalahan rakyat itu .

Antara jabatan-jabatan yang hadir ialah Pejabat Daerah dan Tanah Tampin , polis , JKM , Rela , Mara , Veterinar , Jabatan Pertanian , Penerangan , Alam Sekitar , Kesihatan , Belia , Felcra  dan beberapa jabatan lagi .

Pegawai Daerah juga memuji usaha jabatan-jabatan yang menghantar wakil mereka dan meminta supaya semua ketua jabatan mengambil berat tentang perkara ini dan menghadirkan diri dalam setiap majlis yang diadakan atau sekurang-kurangnya menghartar wakil ke majlis itu .

Salepas ini , majlis yang sama akan diadakan di Repah , Kg Baru Tampin , Seri Gemencheh dan Tampin Tengah .

Peringkat seterusnya ialah di setiap JKKK dalam daerah Tampin termasuk JKKK dalam Daerah Kecil Gemas sekali .

Syabas dari Tok Nal dan Tok Nal akan cuba hadir dalam setiap majlis yang diadakan jika tidak ada tugas lain yang lebih penting .