Monday, March 8, 2010

YDP MDT BARU

SAH .

Tuan Razali Bakar , Pegawai Daerah Tampin dilantik sebagai Yang Di Pertua (YDP) Majlis Daerah Tampin  yang baru .

Teka teki siapa yang bakal menjadi YDP telah lama kedengaran , akhirnya pegawai kanan kerajaan yang dilantik kejawatan itu .

Tok Nal nak ucapkan TAHNIAH kepada Tuan Razali dan juga kakitangan MDT kerana mendapat saorang YDP yang tidak asing kepada mereka .

Semoga MDT akan berjaya berkembang maju seiring dengan perkembangan semasa dibawah kepimpinan YDP barunya .

Syabas Tuan Razali .

DATO KUDIN

SIAPA kata Dato Kudin atau Nasarudin Mahmud saorang yang tidak mesra dengan masyarakat .

Buktinya dalam banyak acara kemasyarakatan yang diadakan di Gemencheh , Dato Kudin tetap akan turut sama , samaada sebagai tetamu kehormat atau sebagai jemputan biasa .

Itu lah keistimewaan Dato Kudin .

Tok Nal kagum dengan kesungguhan Dato Kudin itu terutamanya bila beliau sanggup mengeluarkan wang saku bagi membina pondok menunggu bas di Kg batang Rokan .

Sekali sekala tu , bila berkesempatan , Tok Nal memang mengambil peluang untuk berbual dan bergambar dengan beliau .

Menyelami hati saorang tokoh memang sukar tetapi tidak dengan Dato Kudin .

Moga Dato Kudin akan terus berbakti kepada masyarakat .

Sunday, March 7, 2010

MAJLIS MENDENGAR MASALAH KG ULU YUH

HASRAT kerajaan negeri supaya pegawai dan kakitangan kerajaan turun kebawah mendengar masalah rakyat  di dengar dan dipatuhi oleh pegawai dan kakitangan kerajaan daerah Tampin .

Jumaat lalu salepas sembahyang Jumaat , Pegawai Daerah Tuan Razali Bakar dan rombongannya seramai 28 orang yang terdiri dari ketua-ketua jabatan kerajaan dan wakil mereka hadir di balairaya Kg Ulu Yuh bagi mendengar masalah rakyat di kampung tersebut dan menyalurkan masalah tersebut kepada jabatan-jabatan yang hadir untuk membantu menyelesaikan masalah yang disampaikan .

Rata-rata yang hadir memuji usaha Pegawai Daerah itu termasuk Tuan Haji Zakaria , ketua Umno cawangan yang turut hadir dan memantau perjalanan majlis mendengar permasalahan rakyat itu .

Antara jabatan-jabatan yang hadir ialah Pejabat Daerah dan Tanah Tampin , polis , JKM , Rela , Mara , Veterinar , Jabatan Pertanian , Penerangan , Alam Sekitar , Kesihatan , Belia , Felcra  dan beberapa jabatan lagi .

Pegawai Daerah juga memuji usaha jabatan-jabatan yang menghantar wakil mereka dan meminta supaya semua ketua jabatan mengambil berat tentang perkara ini dan menghadirkan diri dalam setiap majlis yang diadakan atau sekurang-kurangnya menghartar wakil ke majlis itu .

Salepas ini , majlis yang sama akan diadakan di Repah , Kg Baru Tampin , Seri Gemencheh dan Tampin Tengah .

Peringkat seterusnya ialah di setiap JKKK dalam daerah Tampin termasuk JKKK dalam Daerah Kecil Gemas sekali .

Syabas dari Tok Nal dan Tok Nal akan cuba hadir dalam setiap majlis yang diadakan jika tidak ada tugas lain yang lebih penting .

PERARAKAN MAULID DUN GEMENCHEH

HEBAT .

Lebih seribu umat Islam dari pelbagai latar belakang dan umur , hadir mendengar ceramah dan berarak dari Sekolah Kebangsaan Sungai Dua ke Maktab Rendah Sains Mara Gemencheh sejauh kira-kira 2.5 kilometer dalam majlis sambutan Maulidur Rasul DUN Gemencheh , sabtu lalu .

Perarakan itu diketuai oleh YB Dato Kamil sendiri di sertai segenap lapisan masyarakat termasuk wakil pegawai daerah Encik Zahirin Adnan , Timbalan Ketua Bahagian Datuk Nasarudin Mahmud , Pengetua MRSM Gemencheh , Ketua Pemuda Mohd Isam Mohd Isa serta ketua-ketua kampung dan pemimpin masyarakat ,

Turut sama dalam perarakan itu ialah Datin Siti , isteri Dato Kamil serta barisan kepimpinan wanita dari seluruh ceruk kampung di Gemencheh .Tok Nal dan Tok Khalid pun ikut juga .

Biarpun bahang mentari pagi agak panas waktu itu , tetapi ianya tidak mematahkan semangat peserta yang mengambil bahagian terutamanya Tok Rejab yang menjadi tenaga penting dalam menyampaikan selawat melalui van Jabatan Penerangan .

Pembabitan semua rakyat termasuk pemimpin , kakitangan kerajaan dan remaja membuktikan bahawa semangat 1 Malaysia sangat kut dalam Dun Gemencheh ini .

Semoga acara saperti ini yang membangbitkan semangat kekuatan dalam diri wajar diteruskan di masa akan datang supaya penyatuan umat Islam sentiasa mendapat sokongan semua pihak .

Wednesday, March 3, 2010

MAJLIS MENDENGAR PERMASALAHAN RAKYAT

MULAI 5 March 2010 ini , kerajaan melalui Pejabat Daerah Tampin akan hadir bersama-sama dengan ketua-ketua jabatan kerajaan dalam majlis mendengar permasalahan rakyat .

Orang ramai dijemput hadir dalam majlis yang dianjurkan itu dimana setiap JKKK dalam daerah Tampin diminta menganjurkan dan menjemput rakyat dikawasan masing untuk menyampaikan masalah mereka kepada kerajaan untuk didengar dan dicari jalan mengatasinya .

JKKK Ulu Yuh telah dipilih menjadi JKKK pertama dalam menganjurkan majlis tersebut dimana wakil kerajaan akan di ketuai sendiri oleh Pegawai Daerah Tampin Tuan Razali Bin Bakar .

Majlis akan diadakan jam 3.00 petang di balairaya Kg Ulu Yuh dan salepas itu JKKK Repah pada 9 Mac , JKKK Kg Baru Tampin ( 10 March ) , Kg Seri Gemencheh  pada 11 March dan JKKK Tampin Tengah pada 12 March 2010 .

Jadual di lain-lain JKKK sedang disusun dan adalah diharapkan , majlis yang serupa akan dapat diadakan keseluruhannya menjelas Mei 2010 .

Thursday, February 25, 2010

TAHNIAH DATO KAMIL

Tok Nal nak merakamkan ucapan tahniah kepada YB Dato Kamil yang selamat pulang ke tanahair salepas menunai umrah ke makkah al mukaramah hujung minggu ini .

Pemergian Dato Kamil ini bersempena dengan lawatan beliau bersama kerajaan negeri melalui MAINS ke Mesir bagi meninjau-ninjau perkembangan pelajar-pelajar Negeri Sembilan di Mesir .

Semoga pelajar-pelajar kita di Mesir akan lebih rajin untuk menimba ilmu di tempat orang dengan adanya kunjungan rasmi kerajaan negeri tersebut .

Selain menunaikan tanggungjawab sebagai ahli majlis MAINS , YB Dato dan Datin mengambil kesempatan untuk menunaikan umrah dan diharapkan YB Dato  dan Datin akan mendapat umrah yang mabrur .

Mudah-mudahan ...

Amin .

Wednesday, February 24, 2010

SESSI MENDENGAR JKKK


Semua JKKK dalam daerah ini telah diarahkan supaya mengadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun majlis dialog atau sessi mendengar dengan penduduk kampong dibawah pengendalian mereka .

Arahan ini wajib di patuhi dan semua penduduk tanpa mengira fahaman politik dan keturunan , perlu dipanggil supaya permasalahn mereka dapat di dengar oleh JKKK , dan tindakan mengatasinya dapat dibuat .

Disamping itu , majlis tersebut juga boleh digunakan bagi menjelaskan isu-isu semasa yang bermain di fikiran mereka supaya tidak timbul lagi kekeliruan dikalangan mereka .

JKKK saperti Seri Gemencheh , Ulu Rokan , Tenai telah pun mengadakan masjlis yang serupa dan sambutan yang diterima amat baik dimana banyak permasalahan dapat diselesaikan dalam majlis itu .

Tok Nal nak ucapkan tahniah kepada JKKK terbabit kerana bersedia mematuhi arahan kerajaan dan banyak isu telah Berjaya diselesaikan .

Tidak ada sebab untuk JKKK takut mengadakan majlis tersebut kerana tujuannya bukan untuk mencari salah JKKK tetapi adalah bagi mengenal pasti permasalahan orang ramai yang mungkin tidak di ketahui oleh JKKK sendiri .

Di Seri Gemencheh , soal pengukuran sempadan lot-lot tanah berjaya diselesaikan melalui majlis itu walaupun kes itu tertangguh begitu lama .

Buat jangan tak buat ...

Tuesday, February 23, 2010

FOKUS GROUP PERINGKAT MUKIM

MULAI tahun 2010 , kerajaan akan menubuhkan pasukan petugas membasmi kemiskinan di peringkat akar umbi dengan penubuhan Mesyuarat Fokus Group peringkat mukim yang dianggotai oleh semua pengerusi JKKK dalam mukim itu .

Pegawai Daerah Tampin Tuan Razali Bakar berkata , mesyuarat itu nanti akan di pengerusikan oleh Penghulu Mukim dan semua permohonan bagi penyenaraian peserta E Kasih atau SPKR , akan melalui mesyuarat JK itu dahulu sebelum dibawa dalam mesyuarat Fokus Group peringkat daerah .

Pengerusi JKKK atau Ketua Kampung perlu mengadakan saringan awal pemohon dan memperakuinya dalam mesyuarat di peringkat mukim , sebagai satu keyakinan kerajaan kepada kemampuan mereka di peringkat akar umbi .

Katanya , tidak timbul lagi adanya keluh kesah dikalangan pengerusi JKKK bahawa mereka tidak mengetahui senarai E kasih atau SPLR di kampong masing-masing kerana mereka lah orang yang pertama menyiasat , menyaring dan memperakukan samada menerima atau penolak pemohonan dari kalangan mereka yang miskin .

Pengerusi perlu mengambil kira pendapatan isi rumah (PIR) yang kurang dari RM 420 sebulan atau pendapat perkapita satu keluarga yang kurang dari RM 100 sebulan , sebelum boleh di pertimbangkan untuk disenaraikan dalam daftar E Kasih .

Ketelusan di perlukan dalam menyediakan maklumat yang perlu dihantar ke peringkat daerah dan keputusan penyaringan didaerah , adalah keputusan muktamad yang akan dimajukan keperingkat negeri .

Monday, February 22, 2010

MAAL HIJRAH TAMPIN

SAMBUTAN umat Islam terhadap program Maal Hijrah peringkat daerah Tampin malam jumat lalu di ITQAN begitu menggalakan sekali .

 Kira-kira 800 orang hadir dan semuanya terpegun mendengar Pegawai Daerah Tuan Razali Bakar menyampaikan ucapan dimajlis itu .

Penceramah dari PERKIM juga memuji ucapan Tuan Pegawai Daerah dan menyifatkannya sebagai ucapan yang amat memberansangkan .

Rupanya Tuan Razali bukan asing dengan bidang keagamaan kerana beliau memang mempunyai asas pendidikan formal dalam bidang itu .

Elok lah jika majlis saperti ini mendapat sambutan yang baik kerana ianya menggambarkan bahawa umat Islam sentiasa dahagakan majlis-majlis ilmu .

Tambahan lagi , tidak lama lagi ITQAN baik dinaik taraf kepada Kolej Universiti dan sudah tentunya sebuah lagi pusat pengajian tinggi akan wujud di Tampin .

Sama-sama kita doakan kejayaan ITQAN .

Amin .

NKRA JKKK

NATIONAL KEY RESULT AREA (NKRA)



KERAJAAN menetapkan 6 National Key Result Area (NKRA) atau Bidang Keberhasilan Utama Nasional yang perlu dicapai .

Semua JKKK mesti memahami kesemua 6 NKRA itu dan ditambah lagi dengan 3 State Key Result Area (SKRA) menjadi 9 bidang utama dan perlu menjadi teras dalam setiap aktibiti JKKK .

6 faktor NKRA itu ialah Mengurangkan kadar jenayah , memerangi rasuah , meningkatkan kualiti pendidikan , mempertingkatkan taraf hidup rakyat , meningkatkan pasarana luar bandar dan meningkatkan kemudahan pengangkutan awam .

Manakala tiga SKRA ialah mempertingkatkan bidang pertanian , mempertingkatkan produktibiti dan mempertingkatkan aktibiti belia .

Setiap perancangan pembangunan baik pembangun material mahupun insan , perlu merangkumi kesemua NKRA dan SKRA tersebut .

Tok Nal harap salepas ini tidak ada lagi JKKK yang memohon projek pembangunan di kampong masing-masing dari kerajaan mengikut sesedap rasa mereka sahaja tanpa mengambil kira kesembilan-sembilan faktor KRA diatas .

Kemudahan yang dipohon mesti dirancang sepenuhnya supaya ianya dapat memberikan manfaat kepada seberapa ramai penduduk dikawasan itu , bukan sekadar memenuhi tuntutan sasatengah pihak sahaja .

Untuk itu , adakan mesyuarat JKKK dan jadikan mesyuarat JKKK sebagai landasan yang betul untuk kepentingan penduduk setempat .

Mana-mana yang belum bermesyuarat atau bermesyuarat tidak mengikut jadual , peringatan telah diberikan dan perlu di patuhi .

Tok Nal harap , harapan kerajaan itu akan menjadi harapan kita semua tidak kira samada kita kakitangan kerajaan , pemimpin masyarakat atau masyarakat di kawasan itu .