Thursday, August 27, 2009

MANFAATKAN KEMUDAHAN INTERNET

TOK Nal harap semua JKKK dalam mukim Gemencheh khususnya supaya memanfaatkan kemudahan internet dan komputer yang mereka miliki supaya dapat membantu JKKK dalam menguruskan pembangunan kampung .

Bukan setakat untuk membuat minit mesyuarat atau menaip surat sahaja , kemudahan itu perlu di pertingkatkan termasuk membina laman web sendiri , mempunyai blog kampung atau pun mengadakan blog peribadi Pengerusi JKKK .

Banyak maklumat yang boleh dimuatkan dan dimanfaatkan oleh rakyat , diberitahu melalui media masa ini iaitu BLOG .

Tok Nal rasa bangga dengan JKKK Batang Rokan Gemencheh yang mempunyai blog sendiri iaitu kampungbatangrokan.blogspot.com , dan isi kandungannya di update kan sepanjang masa .

Setidak-tidaknya kita tahu apa aktibiti yang dijalankan oleh JKKK itu dan tidak ada lagi tohmahan bahawa JKKK sering tidur dan tidak buat kerja .

Paparkan projek-projek pembangunan yang berjaya dikampung masing-masing siap dengan gambar sekali yang tentunya mampu untuk menarik perhatian orang ramai serta dapat menyebabkan maklumat kepada mereka .

Diharap akan ada JKKK dalam mukim Gemencheh yang mencontohi JKKK Batang Rokan itu .

SELAMAT BERBLOG ....

Wednesday, August 26, 2009

TAHNIAH JKKK GEDOK , GEMENCHAH

KALAU kita berusaha , disitu ada jalan , macam JKKK Gedok yang berusaha untuk mendapatkan peruntukan pembangunan kampung melalui INFRA , disitulah jalan yang terbuka luas untuk JKKK itu memajukan kampung mereka .

Sebagai Penghulu Mukim Gemencheh , Tok Nal rasa bangga dengan komitmen dan semangat juang mereka dalam membangunkan kampung .

Dibawah Pelan Tindakan Desa Bimbingan , INFRA atau Institut Kemajuan Desa , Bangi meluluskan peruntukan sejumlah RM 179,200 bagi tujuan membuat pusat tuisyen cemerlang RM 20,000 , projek bengkel peladangnita RM 40,000 , gelanggang futsal RM 36,000 , kebudayaan RM 13,200 , ternakan lembu RM 60,000 dan tanaman kontan RM 10,000 .

Khabarnya Infra juga akan meluluskan peruntukan bagi tujuan landskap kampung dalam usaha menceriakan Kampung Gedok dari espek penaman pokok bunga dan hiasan lainnya .

Tok Nal adalah salah saorang pemegang amanah bersama-sama penggerak Kemas Encik Anuar dan Pengerusi JKKK Ustaz Pahim .

Harapan Tok Nal segala perancangan akan mencapai kejayaan dan menjadi contoh kepada kampung-kampung lain tidak sahaja di daerah ini tetapi juga di seluroh negara .

Tahniah .

Monday, August 24, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK .

TOK NAL dan keluarga mengucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak kepada semua kaum muslimin dan muslimat samaada yang mengenali Tok Nal atau tidak .

Memandangkan lagi beberapa minggu akan raya , Tok Nal juga nak mohon kemaafan atas segala keterlanjuran , kesilapan samada disedari atau tidak .

Sebagai manusia , Tok Nal pastinya tidak lepas dari melakukan kesilapan dan untuk itu elok kalau sama-sama bermaaf-maafan .

Tok Nal sedia memaafkan kesalahan siapa juga jika ada pada Tok Nal .

Thursday, August 20, 2009

ANUGERAH DESA CEMERLANG




Tiga JKKK menyertai Anugerah Desa Cemerlang (ADC) peringkat daerah Tampin tahun ini dan yang cantiknya ketiga-tiga JKKK itu dari Mukim Gemencheh , mukim Tok Nal bertugas .

Tahniah lah kepada JKKK terbabit yang bersedia untuk dinilai dan diberikan markah berhubung pencapaian mereka dalam menguruskan kampung .

JKKK Kg Tengah , JKKK Gedok dan JKKK Felda Bukit Rokan Utara yang mengambil bahagian dan keputusannya JKKK Kg Tengah telah terpilih sebagai JOHAN dan akan mewakili daerah Tampin ke pertandingan ADC peringkat negeri , tidak lama lagi .

Sekali lagi , tahniah dari Tok Nal , ada lagi 15 JKKK dalam mukim Gemencheh dan kemenangan ini diharap dapat mencabar JKKK lain supaya berusaha keras membangunkan kampung masing-masing .

Tok Nal juga nak ucapkan tahniah kepada ADUN Gemencheh Dato Kamil yang selama ini memang memberikan perhatian kepada pembangunan kampung-kampung dalam DUN Gemencheh dan bukan sahaja tumpuan diberikan kepada pembangunan fizikal tetapi juga pembangunan spiritual .

Kepada JKKK yang kurang berjaya , cuba lagi dimasa akan datang dan kalau boleh Tok Nal mahu , lebih banyak JKKK dari DUN Gemencheh menyertai anugerah ini dimasa akan datang .

Syabas JKKK Kg Tengah , Gemencheh yang menjadi Johan ADC peringkat daerah Tampin tahun ini.

Monday, August 17, 2009

RELA TAMPIN





KURSUS pengenalan Rela siri 03/09 telah diadakan di Kampung Ulu Rokan , hujung minggu lalu .

Tidak kurang 50 ahli baru Rela yang kebanyakannya adalah terdiri daripada generasi muda menyertai kursus sehari suntuk itu .

Sekurang-kurangnya sambutan itu sudah telalu baik memandangkan Rela bukan saperti pasukan berunifom yang lain , yang serba lengkap dan mewah .

Rela adalah mata dan telinga kerajaan dan fungsinya telah begitu luas sekali termasuk membantras pendatang tanpa izin atau PATI .

Jangan ada anak muda yang tidak menyertai Rela kerana selain bertanggung jawab menjaga keamanan di tempat mereka , Rela juga mempunyai kuasa untuk memeriksa , menahan dan membuat tangkapan keatas mereka yang bersalah .

Tetapi hanya mereka yang diberi kuasa sahaja yang boleh bertindak begitu , ahli Rela yang diarahkan oleh PRD atau PPRD , boleh melaksanakannya dibawah pengawasan pegawai masing-masing .

Bagi ahli biasa , kuasa tersebut tidak diturunkan kepada mereka .

Tapi tak apa lah kerana sebagai mata dan telinga kerajaan , tugas mereka sudah terlalu besar kepada negara ini .

Jadi teruskan lah perjuangan itu .

BENDERA HARI KEBANGSAAN


TAHUN ini sambutan kibar Jalur Gemilang nampaknya belum berapa meriah lagi .

Mungkin kerana sambutan itu berlaku semasa bulan Ramadhan dah nak hampir benar , tapi di pihak perpaduan khususnya KRT , sambutan gilang gemilang di peringkat daerah Kuala Pilah telah bermula .

Semua 17 pengerusi KRT dalam daerah ini menerima bendera masing-masing dari exco perpaduan , Dato Razi Kail .

Yang dah dapat tu , pasang dan kibarkan lah bendera masing-masing , yang belum , boleh beli sendiri .

Kita kena ada jati diri dan semangat cintakan negara , dan salah satu darinya ialah mengibarkan bendera Jalur Gemilang .

Selagi hayat di kandung badan , selagi itu , Tok Nal akan tetap kibarkan Jalur Gemilang di rumah Tok Nal sendiri .

Jangan ada yang cuba merendah-rendahkan bendar Jalur Gemilang , kerana bendara itu lah Tok Nal dan rakyat negara ini dapat hidup amat damai .

Kalau tak kita yang sokong , siapa lagi .

MERDEKA , MERDEKA , MERDEKA .

Monday, August 10, 2009

GOLF PIALA SHAZIMAN


PERMAINAN golf bukan asing pada Tok Nal , biar pun handycap agak tinggi tetapi Tok Nal sudah main sejak lebih 10 tahun lalu .

Kerana kesempitan masa dan kerja yang tidak putus-putus , permainan itu sekejap lupa , sekejap main , sebab tu tak pandai-pandai .

Baru-baru Tok Nal menyertai golf tournament Piala Saziman anjuran Persatuan Golf Tampin di A Famosa Resort .

Tok Shaziman , Tengku Besar Tampin dan mantan MB Tan Sri Isa pun main sama .

Hebat lah tournament tu kalau tak tak kana pemimpin besar hadir sama .

Boleh lah tahan main , dalam flight Tok Nal , tiga daripada 4 pemain menang hadiah manakala Tok Nal sendiri dapat saguhati aje .

Tak apa lah kerana Tok Nal hanya social golfer , jadi tak ada masalah kalau tak menang .

Kepada Sharif MDT , tahniah lah , dapat oven , orang rumah pasti suka kerana menang dan lesen pun besarlah .

Kalau ada pertandfingan lagi di sini , Tok Nal akan sertai dalam usaha untuk memperkukuhkan permainan Tok Nal sendiri .

Tak kisah lah kaalah asalkan dapat bergaul dengan golfer lain .

Mungkin ada masa , Tok Nal menang juga .

Friday, August 7, 2009

KURSUS PENGURUSAN PERSATUAN BELIA MAYC TAMPIN




Belia hari ini terdedah dengan berbagai sumber maklumat dan salah satu darinya adalah internet dan sehubungan itu , wajar jika belia-belia memahami cara menggunakan dan mendapatkan maklumat tersebut .

Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Tampin dengan kerjasama MID atau Medan Info Desa Tampin di Kampung Tengah telah menganjurkan kursus kepada seramai 110 belia dari pertubuhan itu .

Mereka bukan sekadar didedahkan kepada teknologi komputer tetapi juga cara bagaimana untuk menguruskan seuah persatuan dan bagaimana untuk membuat kertas kerja bagi mendapatkan peruntukan .

Wakil Rakyat Gemencheh Dato Kamil A Aziz telah menutup dan menyampaikan sijil kepada belia-belia terbabit .

Tok Nal pun turut sama mewakili Dato Pegawai Daerah dan Tok Nal dapati , ramai belia ini adalah terdiri daripada mereka yang baru lepasan sekolah menengah .

Ini adalah satu yang menarik kerana generasi muda tahu memanfaatkan kemudahan yang ada bukan sekadar menggunakan komputer untuk bermain game sahaja .

Tok Nal berharap , ianya dapat diteruskan bukan sahaja kepada belia-belia tetapi juga generasi yang lebih berumur kerana mereka juga perlu tahu kemudahan semasa yang ada .

Tok Nal sentiassa menyokong usaha sebegini .

Wednesday, August 5, 2009

PERANAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK)

Dibawah ini Tok Nal salin semula keputusan MMK pada 17 Jun 2009 yang menerangkan maksud saperti diatas untuk makluman dan tindakan semua Pengerusi dan AJK Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung (JKKK) berhubung dengan peranan mereka saperti yang diarahkan kerajaan negeri .

Peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)

YAB Menteri Besar Negeri Sembilan memaklumkan sekali lagi bahawa Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) adalah bertanggungjawab kepada Penghulu Mukim selain kepada ADUN Kawasan . Sehubungan dengan itu , Pengerusi JKKK perlu membuat laporan dan menghantar laporan berkenaan kepada Penghulu dan ADUN Kawasan . Seterusnya laporan berkenaan dihantar kepada Pegawai Daerah untuk dikemukakan kepada sebelum dibawa kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan .

Thursday, July 30, 2009

SYABAS ..AGRO BIOTEC EXPO / HPPN PALING BERJAYA



AGRO Biotec Expo / Hari Peladang Penternak dan Nelayan 2009 sudah melabuhkan tirainya .

Tahun ini sambutan yang diberikan oleh orang ramai amat gah sekali , tidak kurang 150,000 mengunjungi expo tersebut .

Tahniah lah kepada JK Induk yang diketuai oleh Exconya Dato Yunus Rahmat dan juga urusetia jabatan Pertanian Negeri .

Tahun hadapan , khabarnya , akan dirancang untuk diadakan dengan lebih meriah lagi .

Berbalik kepada expo tahun ini , semuanya kelihatan sempurna , tempat sesuai , tarikh tepat , pameran dan jualan menjadi , sambutan baik , penyertaaan menggalakan , kerjasama jabatan baik dan yang paling uatamanya kehadiran DYMM ke pameran itu .

Tok Nal tumpang gembira dengan sambutan baik dan menggalakan ini , sebagai salah saorang wakil JK Induk Tok Nal memang merasai perbezaannya dalam mengendalikan HPPN sejak lebih 15 tahun lalu .

Ini lah buktinya , jika diusahakan secara bersungguh-sungguh dan terancang , kejayaannya juga akan menjadi bualan ramai .


Tahniah , tahniah , tahniah kepada semuanya termasuk kerajaan negeri .