Monday, August 8, 2011

POLITIK DAN KEPIMPINAN KETUA KAMPUNG

Mengikut Sigmund Freud , politik adalah satu cara bagaimana mengatur ekonomi dan sosial mengikut acuan tertentu tetapi kaedah politik di sini ialah bagaimana untuk menjadi pemimpin , mencari pengaruh dan kuasa serta mengumpulkan kekayaan .

Tak kira lah partai mana , hala tuju politik hampirsemuanya kearah itu , dan asas kepada politik ialah demokrasi .

Demokrasi berasal daripada perkataan latin iaitu demos untuk rakyat dan kratin untuk kuasa tetapi sistem ini bukan sistem yang terbaik , sistem ini banyak yang boleh dimanupulasi  serta sering mengundang banyak permasalahan .

Katakan lah saorang yang rajin bekerja , jujur , mendapat sokongan rakyat , bijak dan berhemah dalam melaksanakan tanggungjawabnya tetapi kerana tidak pandai berpolitik kepartaian tetapi tidak disokong dalam partainya , maka pemimpin ini tidak akan dipilih kerana demokrasi menentukan , satu undi lebih adalah menang dan satu undi kurang , adalah kalah .

Sistem terbaik ialah cara Islam , yang halal tetap halal dan yang halal , tidak menjadi haram disebabkan pengundian .

Jika kumpulan yang mempunyai 10 anggota mengatakan sesuatu yang haram itu halal berasakan undi dimana yang menyokong ianya halal lapan berbanding yang mengatakan haram , tidak menjadikan yang haram itu halal kecuali berasaskan hukum Allah dan nas-nas yang ada .

Begitu lah , dalam pekerjaan juga banyak politiknya , dalam kepimpinan sukarela lagi kuat politiknya apatah lagi dalam partai politik , tentulah kena berpolitik .

Cuma Tok Nal harapkan , dalam kepimpinan Ketua Kampung , tiada yang berpolitik didalamnya , jalankan tanggungjawab secara jujur dan kerana Allah swt dan disitulah letaknya keberkatan tanggungjawab dan amanah yang disempurnakan .

Banyak pahalanya jadi Ketua Kampung sebagaimana imam di masjid , Ketua Kampung adalah tonggak kepada kampung mereka .

Tok Nal doakan kesejahteraan semua Ketua Kampung Tok Nal .

Moga-moga Allah memberikan hidayat dan keberkatan kepada perjuangan dan tanggungjawab semua Ketua Kampung .

Amin ............

Friday, August 5, 2011

BILA TOK DIN BERKATA ....

TOK Nal paste kan apa yang di tuliskan oleh Tok Din dalam blog Kampung Tenai , sekadar untuk mencambahkan fikiran . Baca lah ya .

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia ....

Tok din harap pembaca blog tok din semuanye berada dalam keadaan sihat dan gembira selalu hendaknya.. Kali ni tok din nak sentuh sikit tulisan Tok Nal .... Pertama bila sebut pasal JKKK membelakangkan Penghulu Mukim dalam melaksana sesuatu aktiviti Tokdin rasa ad 3 sebab ... Yang pertama ,, ada dikalangan Pengerusi JKKK tak faham kedudukan JKKK dalam Jentera Kerajaan ( Berdasarkan arahan No 1 , Majlis tindakan Negara ) garis panduan yang dikeluarkan oleh KPLW ... Yang kedua ... tak sengaja atau sengaja ... Yang ketiga .. Sengaja ... Apa pun terima kasih pada Tok nal sebab ingatkan Tok din .. Insyaallah .. Dalam perjumpaan dengan ketua-ketua kampung ,, Tok din akan ingatkan rakan-rakan tok din .. Naik bulu roma tokdin bila tok nal puji tok din .. hehehehe.. Ikhlas tok din cakap , taklah sehebat mana kampung tok din . Tok din selalu ingatkan diri tok din, kerjaya tok din satu ibadat , ini pesanan arwah ayah tok din ,, " ibarat kain yang koyak inilah penampalnya .." .. tok din akui kelemahan tok din bila berkata-kata agak "laser" .. ni yang kadangkala orang tak seberapa suka .. Dalam tampin ni ada 41 buah JKKK .. Setiap JKKK mempunyai permasalahan yang berbeza .. Tok din rase belum terlambat pentadbiran daerah memperbaiki dan mengenal pasti puncanya ... Bagi tok din kaedah '3P' - Perancangan , Perlaksanaan , Pernilaian sangat-sangat penting .. Tok din rase Tuan DO , pemimpin-pemimpin lebih arif hal ni .. sebelum tok din undur diri .. tok din nak berpantun ...


Jangan dibuka pintu lukah ,


Kalau dibuka ikan meluru ,


Jangan suka mencari susah ,


Salah sendiri dicari dahulu ..


Sekian salam sayang dari tokdin .. insyaallah sehingga kita berjumpa lagi ......................

JANGAN LUPA 18 0GOS...

KEPADA penduduk Repah dan kawasan sekitarnya termasuk penduduk Tampin , jangan lupakan tarikh 18 Ogos 2011 ini kerana pada masa itu YAB MB akan berbuka puasa dan menyampaikan bantuan kepada penduduk dikawasan itu .

YB Dato Shaziman juga akan hadir sama , meriahlah majlis itu bila dua pemimpin besar hadir dalam satu majlis dan penduduk Repah yang beruntung , dapat jumpa pemimpin , dapat berbuka puasa bersama-sama mereka dan dapat pula menerima sadikit sebanyak sumbangan hari raya tahun ini .

Tok Nal tumpang gembira dengan kehadiran tokoh besar kita itu , moga majlis akan berjalan dengan lancar dan mengembirakan semua pihak .

Yang dah terima bantuan tu , jangan pulak salepas berbuka , ambil bantuan dan terus balik rumah , selesaikan dulu sembahyang magrib dan isya' serta solat tarawikh .

Yang sudah-sudah , orang tengah sembahyang maghrib , mereka berebut-rebut mengambil bantuan yang diberikan dan kemudian cabut begitu saje , banyak yang tak sembahyang di situ .

Tok Mat Hasan , Ketua kampung tolong beri perhatian kepada perkara ini , masa berbuka ada 1000 orang , tapi masa moreh salepas solat tarawikh , tinggal 200 orang aje , mana yang lain , ngelat ke .

Semua ketua kampung daerah Tampin juga dijemput hadir sama , jangan tak datang kerana kehadiran mereka amat penting bagi menunjukan kasih sayang mereka kepada kerajaan negeri .

Sama-sama kita meriahan hari 18 Ogos nanti .

Jangan di lupakan .

Sunday, July 31, 2011

RAMADHAN AL MUBARAK





TOK Nal mengucapkan selamat berpuasa kepada semua penjengah blog ini .

Tidak lupa juga kepada sanak saudara , rakan-rakan serta anak buah di kawasan pengendalian Tok Nal .

Moga ramadhan tahun ini akan memberikan lebih keberkatan dari sebelumnya .

Wednesday, July 27, 2011

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN KETUA KAMPUNG TAMPIN

TOK Nal nak ucapkan tahniah kepada persatuan ketua kampung daerah Tampin yang berjaya mengadakan mesyuarat agung persatuan mereka di Pejabat Daerah dan Tanah Kecil Gemas petang semalam .

Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Encik Zahirin Adnan merasmikan mesyuarat agung itu mewakili  Pegawai Daerah Tuan Haji Razali Bakar .

Antara lain , Encik Zahirin mengingatkan ketua-ketua kampung supaya menjalankan tugas dengan jujur , beramanah dan beretika selain bekerja keras sebagai mata dan telinga kerajaan .

Katanya , ketua kampung menjadi penggerak utama pembangunan di peringkat kampung dan wajar jika ketua kampung mengutmakan intergriti masing-masing .

Beliau mengingatkan bahawa amanah sebagai ketua kampung adalah satu tangungjawab yang mesti ditunaikan dan dilaksanakan dengan penuh berhemah selain tanggungjawab terhadap diri sendiri .

Katanya , kerajaan sentiasa peka dengan kebajikan ketua kampung dan sering memberikan perhatian kepada kebajikan mereka .

Beliau berkata , pentadbiran daerah sendiri sentiasa merancang untuk mempertingkatkan ilmu dan jati diri ketua kampung dengan menganjurkan kursus dan latihan dalam usaha melahirkan ketua kampung yang berwibawa .

Hadir sama dalam majlis itu ialah Penolong Pegawai Daerah Kecil Gemas Encik Khatib , Penghulu Khalid dan wakil persatuan ketua kampung Negeri Sembilan .

Tok Nal yang hadir sama merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan ketua kampung dan kesanggupan mereka menunaikan tanggungjawab dan amanah kepada bangasa dan agama .

Wednesday, July 20, 2011

TOK DIN MENGAMOK SAKAN

ORANG kuat Persatuan Ketua Kampung Tampin  Baharudin Rashid yang lebih dikenali dengan panggilan Tok Din mengamuk sakan dalam mesyuarat fokus group mukim petang semalam .

Habis diserangnya sampaikan Tok Nal pun tak menang mulut nak memintas serangan Tok Din .

Tapi Tok Nal cuba buat rilek aje , cool maklumlah Tok Nal tahu , mulut Tok Din laser tapi Tok Din bercakap berdasarkan bukti , siapa makan cili dialah yang rasa pedasnya , Tok Nal  sekali sekala aje makan cili , jadi tak lah pedas sangat .

Sebenarnya , catatan diatas adalah main-main aje , sekadar nak bergurau dengan Tok Din , mana boleh Ketua Kampung mengamuk dengan Penghulu Mukim ?

Sorry lah Tok Din , acah aje tu , Tok Din bila bercakap nadanya memang keras tetapi isinya hebat , kalau tak tak kan terpilih sebagai Ketua Kampung Daerah Tampin , besar jawatan tu .

Kena respek bro .

Sebagai Penghulu Mukim , Ketua Kampung adalah rakan sejawat Tok Nal , banyak jasanya pada Tok Nal , siapa yang bagikan maklumat kampung kalau tak ketua kampung dan siapa yang jaga kemajuan dan keselamatan kampung kalau tak ketua kampung .

Khabarnya , ahad ini ada mesyuarat agung persatuan ketua kampung Tampin di Gemas , bagus juga , dapek makan nasi ayam gemas dan Tok Nal harap Tok Din berjaya lagi memimpin persatuan yang berprestige tu .

Tok Nal tumpang gembira aje .

MAJLIS BERBUKA PUASA MB NSDK

TAHUN ini majlis berbuka puasa YAB Menteri Besar NSDK bagi daerah Tampin akan diadakan di Dun Repah dan masjid kariah Repah telah dipilih untuk tujuan itu .

Majlis akan diadakan pada 18 Ogos 2011 , hari khamis malam jumaat dimana seramai 1,000 jemputan termasuk anak yatim , penerima bantuan Mains , JKM , penduduk setempat dan orang ramai akan bersama-sama hadir selain tetamu kehormat yang terdiri daripada barisan exco kerajaan , SUK dan pemimpin  tempatan .

Mesyuarat penyelarasan berhubung perkara itu telah pun diadakan dan segala perancangan mengadakan majlis tersebut sedang giat diatur .

Sebagai Penghulu Gemencheh yang juga Penghulu Repah , Tok Nal harap , mereka yang berkesempatan untuk hadir , datang lah beramai-ramai .

Ini majlis pemimpin kita bersama rakyat , sepatutnya lah kita hadir beramai-ramai dan memberikan sokongan kepada pemimpin kita tidak kira samada kita pemimpin tempatan , daerah mahu pun negeri .

Kepada Pengerusi JKKK dalam daerah Tampin , ini peluang untuk kita bersama-sama dengan pemimpin kita dan berikanlah komitmen sepenuhnya dalam menjayakan majlis ini .

Saturday, July 16, 2011

HPPN 2011

MULAI 23 Julai ini hingga 30 Julai 2011 , hari peladang , penternak dan nelayan peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus akan  diadakan di tapak bekas kem Paroi , Seremban .

Pesta yang berlansung selama 7 hari ini akan menampilkan pameran , jualan dan demonstrasi berbagai bidang yang berkaitan dengan pertanian , ternakan dan juga perikanan .

Orang ramai di jemput untuk bersama-sama hadir memeriahkan HPPN tersebut .

Banyak acara yang disediakan termasuk pameran dan jualan hasil pertanian , pertandingan masakan daging puyoh , karaoke , ceramah perdana , persembahan kebudayaan , explorace dan berbagai-bagai lagi termasuk durian party iaitu pesta memakan buah duriah sahingga muntah-muntah dengan bayaran hanya RM 15 bagi dewasa dan RM 5 untuk kanak-kanak .

Selain itu , DYMM Tuanku Yang DiPertuan Besar dan Tuanku Ampuan akan turut bercemar duli ke majlis itu pada 26 Julai selain HPPN dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan .

YB Menteri Pertanian akan menutup rasmi majlis itu pada 30 Julai manakala pada 26 Julai diadakan majlis pelancaran Hari Vaterinar Negeri .

Sama-sama kita meriah HPPN tahun ini .


Tok Nal - bertindak sebagai urusetia bgi daerah Tampin je .

Wednesday, July 13, 2011

MAJLIS PEMBANGUNAN LUAR BANDAR (MPLB)

MPLB alias majlis pembangunan luar bandar peringkat daerah Tampin di tubuhkan dimana mesyuarat pertamanya diadakan di bilik gerakan Pejabat Daerah Tampin dan di pengerusikan oleh Encik Zahirin Adnan KPPD(Pm) mewakili Pegwai Daerah Tampin .

Majlis ini ditubuhkan atas arahan Jemaah Menteri dimana Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Dato Seri Shafie Apdal telah melantik Dato Shaziman Abu Mansor sebagai pengerusi MPLB .

Urusetia MPLB di peringkat daerah Tampin ialah Pegawai Risda Daerah dimana Pegawai Daerah menjadi Pengerusi Bersama dengan Ahli Parlimen .

Keanggotan MPLB ialah Adun Bn dalam kawasan parlimen Tampin , agensi dibawah KKLW , ajensi lain yang terbabit dengan pembangunan luar bandar termasuk Pejabat Daerah , Penghulu-penghulu Mukim , pengerusi JKKK yang difikirkan sesuai  serta ngo yang berkaitan dengan pembanguan luar bandar .

Menurut surat perlantikan yang diedarkan , peranan MPLB ialah mencadangkan input kepada pembentukan dasar kerajaan selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PIPLB) , mencadangkan projek-projek luar bandar yng memberikan impak yang tinggi , menjadi pemudah cara dalam menyelaras isu-isu pembangunan , membantu mempertingkatkan sistem penyampaian dan mengawal serta memantau pembangunan luar bandar secara bersepadu .

Mesyuarat MPLB akan dijalankan secara berkala sebanyak 4 kali setahun dan minit mesyuarat ihantar terus kepada Ketua Setiausaha kementerian kemajuan luar bandar dan wilayah .

Di peringkat JKKK , Tok Din dilantik mewakili JKKK Tampin manakala Tok Nal dan Tok Khalid mewakili Penghulu di Pejabat Daerah Tampin dan Daerah Kecil Gemas .

Tutur dilantik ialah pengerusi-pengerusi parti komponen BN saperti mca,mic,gerakan dan PPP .


Tok Nal - terima kasih kepada kerajaan kerana melantik Penghulu menduduki jawatankuasa majlis MPLB .

NASIHAT YTM TUNKU BESAR TAMPIN

SEMASA di majlis YTM Tunku Besar Tampin bersama asnaf fakir dan miskin menjelang ramadhan al mubarak di dewan Pejabat Agama Islam Tampin pagi ini , Tunku Syed Razman Bin Tunku Syed Idrus Al Qadri bersabda menasihatkan fakir miskin yang menerima bantauan dari Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) supaya mengamalkan budaya yang sesuai dengan taraf ekonomi mereka dan bukannya untuk menunjuk-nunjuk dan berbuat sesuatu yang tidak sesuai dengan taraf mereka .

Mengambil contoh , YTM bersabda , ada penerima dan juga mereka yang memohon bantuan Mains memasang saluran astro dirumah masing-masing sedangkan saluran itu berbayar dan wang sewa boleh digunakan untuk tujuan lain .

Menurut YTM , mereka perlu paham bahawa bantuan diberikan kerana keadaan mereka yang fakir dan miskin , jadi membayar kepada sesuatu keperluan yang mengatasi kedudukan kewangan mereka amat tidak sesuai sekali .

YTM meminta supaya mereka jujur dan tidak menjadikan kemiskinan sebagai alasan sedangkan mereka mampu untuk membayar sewa astro sahingga RM 80 sebulan .

Fakir miskin dari kariah masjid dalam kawasan Tampin menerima bantuan kewangan dalam majlis itu .

Tok Nal rasa nasihat YTM memang wajar diambil perhatian kerana ada fakir miskin yang bukan sahaja menggunakan wang yang ada untuk membayar bil astro malahan memiliki sahingga dua talifon bimbit saorang .

Bagi mereka ini satu keperluan semasa dan memohon bantuan kepada Mains dan kerajaan atas alasan miskin sedangkan mereka mampu untuk membayar segala keperluan mewah yang lain .

Jika ada yang sebegitu , Tok Nal cadangkan supaya permohonan mereka dihentikan sahaja atau yang baru memohon di tolak kerana mereka mengutamakan kepentingan yang tidak utama sahingga menjadikan mereka miskin .



Tok Nal - biar miskin harta agar kaya budi .