Sambuta Hari Raya Aidil Fitri KRT Melang akan diadakan pada 25 September 2010 jam 2.30 petang di Dataran Desa Melang , Kuala Pilah .
YB Tuan Haji Adnan Abu Hassan Adun Pilah adalah tetamu kehormat dalam majlis itu .
Orang ramai di sekitar Taman Desa Melang , Taman Desa Aman , Taman Nesa dan Kampung Melang dijemput hadir dalam majlis itu .
Pengerusi-pengerusi KRT dalam DUN Pilah juga turut dijemput hadir sama dalam majlis itu .
Tok Nal berharap , semoga majlis yang akan diadakan itu berjalan dengan lancar .
Amin .
Monday, September 20, 2010
Sunday, September 19, 2010
BERKELAH BERSAMA KELUARGA DI PD
![]() |
Kudin semasa dalam kereta untuk ke PD |
![]() |
Nadzeem pun turut sama |
![]() |
Vivi dan Kudin |
Tok Nal dan Isteri dan kesemua anak-anak ke PD minggu lalu sempena cuti hari raya .
Tujuannya hanya hendak berkelah bersama semua ahli keluarga , semua anak-anak Tok Nal ada bersama .
Rasa gembira bila melihat anak-anak gembira .
Tak selalu dapat bersama macam ini kerana kadang kala ada yang tidak dapat balik beraya sama kerana kerja atau bersekolah .
Doa Tok Nal semoga semua anak Tok dilindungan Allah jua .
Amin .
![]() |
Tok Nal dan dua anak Nadzir dan Nami |
![]() |
Ibu dan Vivi bawa bekalan ke pantai |
![]() |
Nami dan Nadzir |
![]() |
Sedang membersihkan badan salepas mandi laut |
![]() |
Nadzir sedang memerah pakain yang basah |
Friday, September 10, 2010
RAYA BERSAMA KELUARGA
RAYA tahu ini , Tok Nal beraya di kampung Tok Nal sendiri di Kg Chachar .
Lepas tu baru balik ke kampung isteri di Batu Pahat , Johor dan hari ahad bercadang nak beraya di Pontian pula .
Begitu lah selalunya Tok Nal beraya .
Gambar-gambar dibawah semaa Tok nal beraya di rumah ibu Tok Nal .
![]() |
Bersama-sama adik beradik , ibu dan anak-anak di kampung |
Thursday, September 9, 2010
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
TOK Nal dan keluarga mengucapkan Selamat Hari raya Aidil Fitri kepada semua pembaca blog ini .
Kalau ada kesalahan yang Tok Nal lakukan , Tok Nal mohon maaf .
Juga kepada semua kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Tampin , Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK daerah Tampin , pimpinan politik dan masyarakat termasuk sesiapa juga yang mengenali Tok Nal atau keluarga .
Sama-sama lah kita bermaaf-maafan dan semoga kita bertemu lagi di Aidil Fitri tahun yang akan datang .
Amin ....
Tuesday, September 7, 2010
LAWATAN BERSAMA SAINS
![]() |
Tok Nal dan Tok Kamil bersama-sama keluarga Encik Ruslan di Kg Batang Rokan |
![]() |
Pam bagi mempertingkatkan tekanan air di Air Kuning Selatan |
![]() |
JT Sains bergaya sakan dengan aair yang memancut keluar |
![]() |
Tok Dolah , Ketua Kampung Mantai yang turut menerima kemudahan itu |
Langkah kerajaan negeri menambahkan pam tekanan air di Felda Bukit Rokan Utara dan Air Kuning Selatan setidak-tidaknya memberikan cahaya kegembiraan kepada mereka semua .
500 rumah di FBRU dan kira-kira 50 rumah di sekitar Air Kuning Selatan dan Mantai mendapat nikmat dari projek kerajaan itu .
Dengan menambahkan tekanan air , tempat-tempat tinggi yang selama ini sukar dinaiki air akan mendapat limpahan air sejak semalam lagi .
Tok Nal bersama dengan Adun Gemencheh YB Dato Mohd Kamil A Aziz meninjau kemudahan yang disediakan itu dan berharap nikmat yang di perlolihi penduduk terbabait menjelang syawal ini di manfaatkan sepenuhnya .
Sementara itu di Kampung Batang Rokan , sebuah rumah mesra rakyat yang sudah dua tahun tidak mendapat bekalan air , berjaya memperolihinya dengan sambungan 30 batang paip keluli dari paip utama dengan kos melebihi RM 8,000 yang di tanggung kerajaan negeri melalui sumbangan Menteri Besar .
Raya tahun ini bagi Encik Ruslan amat indah dan beliau bersyukur atas keprihatinan kerajaan membela nasibnya dan keluarga .
Tok Nal berharap , mereka yang telah mendapat kemudahan yang disediakan kerajaan ini tahu bagaimana untuk membalas jasa kerajaan yang membanmtu mereka .
Sunday, September 5, 2010
JUMAAT RAYA
Mengikut kiraan falak , hari raya aidilfitri tahun ini akan jatuh pada hari jumaat .
Maknanya , pada hari itu kita akan ada dua kali kutbah , pertama kutbah hari raya dan kemudiannya kutbah sembahyang jumaat .
Betapa indahnya raya tahun ini kerana ianya jatuh pada hari Jumaat , Penghulu segala hari .
Mudah-mudahan raya tahun ini memberikan banyak kebahagian dan kesejahtraan kepada Tok Nal dan keluarga .
Jika ada yang hendak berhari raya kerumah Tok Nal , sila lah datang salepas 4 hari raya di Taman Desa Melang , Kuala Pilah .

Tuesday, August 31, 2010
GAMBAR MAJLIS BERBUKA PUASA DENGAN MB
MAJLIS berbuka puasa dengan MB di masjid kariah Kg Pulau Air Rawa malam tadi mendapat sambutan yang diluar jangkaan .
500 kerusi yang disediakan untuk tetamu , penuh terisi tidak termasuk dengan mereka yang terpaksa berdiri kerana tidak mendapat duduk .
Di majlis itu MB bukan sahaja berbuka puasa dengan orang ramai , tetapi juga menyampaikan sumbangan kepada nazir-nazir masjid dari seluruh daerah di Tampin , fakir miskin dan juga bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat .
Ramai yang hadir termasuk YB SU Kerajaan Negeri , Pegawai Daerah , Ketua Jabatan Negeri dan Daerah , Dato Kamil dan Tok Nal hadir sama .
Moga-moga majlis ini memberikan impak yang besar kepada penduduk tempatan .
MB juga menghulurkan sumbangan RM 25,000 kepada majid untuk menampung aktibiti yang dijalankan oleh masjid kariah itu .

MB sedang menyampaikan bantuan raya ke fakir miskin |
![]() |
Penerima bantuan dikalangan nazir-nazir masjid |
![]() |
MB sibuk bersalaman dengan hadirin |
![]() |
KPPD Tampin dan Gemas bersama dengan JD JKR Tampin |
![]() |
Tok Dolah Mantai adalah antara hadirin yang hadir dimajlis itu |
![]() |
JD dan KPPD Gemas sedang asyik berbual |
Monday, August 30, 2010
BANTUAN HARI RAYA
HARI ini Tok Nal dan rombongan yang terdiri dari Dato Kamil , Encik Fidi dari PPN dan PPD Pejabat Daerah Tampin bersama-sama menyampaikan sumbangan hari raya untuk peserta E Kasih bagi Mukim Gemencheh .
Seramai 10 peserta E Kasih menerima bantuan yang berupa beras , tepung , susu , gula dan lain-lain makanan rengan .
Ada penerima dari Taman Dato Taha , Jelawai , Ulu Rokan , Geduk , Tenai dan Parit Buloh .
Kesemua yang menerima nampaknya sangat berterima kasih kepada kerajaan, harapnya begitu lah .
Tok Nal cuma berharap , jangan pula nanti bila dah senang , lupa pulak jasa kerajaan .

Tuesday, August 24, 2010
MAJLIS BERBUKA DITANGGUH KEPADA 31 OGOS
TOK Nal dimaklumkan sekali lagi oleh Pentadbiran Daerah , majlis berbuka bersama MB di Kampung Pulau Air Rawa ditangguhkan lagi kepada 31 Ogos 2010 bersamaan hari RABU minggu hadapan .
Maaflah kerana terpaksa ditangguhkan dua kali , khabarnya MB ada tugas lain yang lebih penting .
Sila ambil perhatian terhadap tarikh baru ini .
Datang , jangan tak datang .
Maaflah kerana terpaksa ditangguhkan dua kali , khabarnya MB ada tugas lain yang lebih penting .
Sila ambil perhatian terhadap tarikh baru ini .
Datang , jangan tak datang .
Monday, August 23, 2010
MAJLIS BERBUKA DENGAN MB DITANGGUHKAN KEPADA 27 OGOS 2010
TOK NAL MENERIMA MESEJ DARIPADA DATO KAMIL BAHAWA MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MB DI MASJID KAMPUNG PULAU AIR RAWA PADA 24 OGOS INI ( SELASA ) DI TANGGUHKAN KEPADA 27 OGOS 2010 ( JUMAAT )
DIHARAP SEMUA YANG TELAH MENDAPAT JEMPUTAN MAKLUM AKAN PERUBAHAN INI DAN BERSAMA-SAMA LAH KITA HADIR HARI TERSEBUT .
TERIMA KASIH .
DIHARAP SEMUA YANG TELAH MENDAPAT JEMPUTAN MAKLUM AKAN PERUBAHAN INI DAN BERSAMA-SAMA LAH KITA HADIR HARI TERSEBUT .
TERIMA KASIH .
Subscribe to:
Posts (Atom)