Thursday, April 29, 2010

FIDLOT SPKR TAMPIN

Program Fodlot SPKR Tampin iaitu ternakan lembu dalam kandang di Gemas telah membuahkan hasil .

Seramai 42 peserta SPKR dari seluruh dawerah menerima dividen bulanan RM 430 saorang dan mula dibayar sejak awal tahun ini

Adalah diharapkan dengan adanya pemberian dividen itu , membolehkan mereka ini menyara hidup disamping terkeluar daripada PGK iaitu RM 420 sebulan bagi satu keluarga .

Sumbangan disampaikan oleh MB sempena program juara rakyat di Kg Batang Rokan Gemencheh baru-baru ini .

Pegawai Daerah Tuan Razali Bakar menerima dividen yang disampaikan syarikat pengurusan projek fidlot tersebut untuk diagihkan kepada peserta terbabit .




Wednesday, April 28, 2010

HARAPAN MALIK , HARAPAN TOK NAL

SAHABAT Tok Nal , Malik dari FBR mempunyai harapan yang tinggi baik dalam kerjaya mahu pun politik .

Sebagai rakan , Tok Nal doakan kejayaan Malik dalam mengejar impiannya .

Moga Malik akan berjaya dan cemerlang dalam kehidupan .

Jika Malik berjaya , Tok Nal tumpang gembira dan kejayaan Malik adalah juga kejayaan Tok Nal .

Bintang Malik sedang di gilap dan moga bersinar-sinar di Tampin .

Syabas .....

Tuesday, April 27, 2010

SEGAKNYA KETUA KAMPONG GEMENCHEH


MUNGKIN antara ketua kampong tersegak di NSDK datangnya dari Gemencheh .

Apa tidaknya , bila Tok Anjang dan rakan-rakannya Ketua Kampong memakai baju putih yang di sumbangkan oleh Adun Gemencheh , bukan main bergaya lagi .

Ngalahkan pemimpin yang hadir pada majlis juara rakyat di Kg Batang Rokan hari itu .

Tok Din sebagai Pengerusi Ketua Kampong Tampin patut bangga kerana anak buah nya segak- segak belaka , bergaya dan handsome walaupun ada sebahagianya tu , gigi pun dah tak banyak lagi .

Bila dah segak tu mula ngusik-ngusik Siti Nor dari Pejabat Daerah .

Ingat , orang rumah tengah jeling , nanti kok Ketua Kampong tidor diluar .

Maaf , Tok Nal bergurau aje ....

.

JUARA RAKYAT BATANG ROKAN

Gambar-gambar sekitar pelancaran program Juara Rakyat di Kg Batang Rokan Gemencheh .

Menteri Besar , Adun Gemencheh , Pegawai Daerah , Ketu-Ketua Jabatan Kerajaan , Pemimpin Politik dan Masyarakat serta orang ramai adalah antara yang hadir .

Majlis yang amat meriah dan cemerlang sahinggakan MB macam tak mahu balik kerana ingin lebih lama bermesra dengan penduduk Kampung batang Rokan .

Terima kasih Dato

PUSAT KOMUNITI PENDUDUK

Tok Nal bercadang nak jadikan balai Penghulu Keru sebagai Pusat Komuiti Penduduk .

Buat aktibiti penduduk disitu , ajak belia bersama-sama , Ngos lain pun turut serta dan Tok Nal pula datang sekali sekala jenguk apa yang mereka buat .

Itu cadangan Tok Nal , Topk Nal dah maklumkan pada Tuan DO dan Tuan DO setuju .

Nanti Tok Nal nak minta anggota Rela tolong sama jayakan hasrat murni itu ,.

Buat masa ini biarlah Tok Nal bersihkan dulu balai Penghulu tu , biar jadi cantik .


Bro sedang terjerit-jerit  kerana di gigit kerengga , mungkin kerengga betina kot ?

Bro monong panjang , ngelat nak kerja ke atau ingat awek kat PDT ?

BAJU MERAH BERKAMPUNG DI BATANG ROKAN

Semasa program Juara Rakyat di padang Sekolah Kebangsaan batang Rokan , sekumpulan " baju merah " kelihatan memeriahkan suasana di tempat itu .

Mereka bukan sahaja rajin bekerja , smart , handsome , cantik malahan begitu bergaya sekali menjalankan tugas saolah-olah majlis itu di kongker oleh kumpulan ini .

Tidak hairan lah kalau pasukan baju merah ini sentiasa menjadi perhatian dan menjadi kemegahan PDT .


 Boss " baju merah " sedang memberikan taklimat kepada Tuan DO dan YB Adun Gemencheh berhubung perjalanan majlis petang itu .

Saorang pemakai baju merah tersosek dikalangan baju merah yang lain .

Friday, April 16, 2010

BALAI PENGHULU KERU


Bro dan rakannya Suhaimi sedang sibuk membuka pintu pagar Balai Penghulu Keru .

TOK NAL bercadang nak membaikpulih dan menaiktarafkan semula Balai Penghulu Keru yang terbiar tidak digunakan .

Perkara ini  telah dibangkitkan dalam majlis mendengar permasalahan rakyat di Kg Keru baru-baru ini dan Tok Nal rasa wajar untuk diberikan perhatian .

Tok Nal dengan bersama-sama rakan dari Pejabat Daerah Tampin telah masuk dan memeriksa balai itu dan Tok Nal dapati ianya masih baik dan boleh diguinakan dengan selamat .

Cuma ianya agak semak dan kotor sadikit .

Tok Nal akan bersihkan dan kemudian jadikan pejabat atau tempat pertemuan penduduk dengan Penghulu sekurang-kurangnya sebulan sekali atau dua kali .

Mudah-mudahan ini usaha ini mendapat keradhaan Allah jua .

Thursday, April 15, 2010

BUAH TANGAN DATO KUDIN



Mungkin tidak ramai yang tahu , pondok menunggu bas di Kampung Batang Rokan adalah salah satu pondok yang didirikan hasil kerjasama penduduk kampung dan bantuan penderma .

Dengan belanja tidak sampai RM 2,000 , satu pondok menunggi bas dan tempat berlindung ketika hujan yang dianggarkan tidak kurang RM 6,000 dapat dirikan hasil muafakat penduduk kampung dengan kerjasama JKKK .

Begitu lah indahnya jika JKKK memainkan peranan aktif membela rakyat dan disokong pulak oleh pemimpin setempat yang mengeluarkan belanja .

Tok Nal di beritahu , cadangan untuk memperbaiki pondok menunggu bas itu datangnya dari JKKK tetapi perbelajaan untuk membeli bahan asas bagi tujuan tersebut di sumbangkan oleh anak jati kampung itu sendiri , Dato Nasarudin Mahmud atau Tok Kudin .

Bagi Tok Nal , sikap sebegitu patut dicontohi dan menjadi ikutan kepada pemimpin lain terutamanya pemimpin yang berkemampuan dari segi kewangan .

Moga banyak lagi sumbangan Tok Kudin untuk penduduk Batang Rokan .

Amin ..

MAJLIS MENDENGAR PERMASALAHAN RAKYAT kG BATANG ROKAN

Gambar-gambar sekitar Majlis Mendengar Permasalahan Rakyat di Kg Batang Rokan Gemencheh .

Mudah-mudahan gambar ini mampu menerangkan segala-galanya .



Tuesday, April 13, 2010

BAIK PULIH RUMAH

TAHUN 2010 , Kerajaan Negeri melalui Projek Dana Khas Menteri Besar telah meluluskan sebanyak 26 projek bagi DUN Repah dan 40 projek membaiki rumah bag0i DUN Gemencheh yang keseluruhannya bernilai RM 562,027.53 .

Dari jumlah itu , RM 234 , 634.60 adalah peruntukan untuk Repah manakala bakinya sebanyak RM 327,392.93 adalah bagi  Gemencheh .

Jumlah peruntukan yang besar itu menunjukan keprihatinan Kerajaan Negeri kepada rakyat dengan memberikan bantuan membaiki rumah mereka terutamanya yang mengalami kerosakan teruk dibahagian atap , dinding dan lantai .

Selain itu , kelulusan itu juga memberi nikmat yng besar bukan sahaja kepada pemilik rumah yang dibaiki tetapi juga kepada kontraktor kelas F yang menjalankan kerja-kerja  tersebut .

Kontraktor terpilih adalah 100 peratus kontraktor Melayu dan tentunya kelulusan peruntukan itu memberikan banyak faedah kepada perkembangan ekonomi mereka dan juga daerah ini .

Boleh dikatakan , semua kampung dalam kedua-dua DUN itu mendapat peruntukan membaiki rumah dan sewajarnya mereka yang menerima peruntukan itu , berterima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri khususnya kepada MB dan Wakil Rakyat Kawasan .

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat kontraktor yang membina projek serta penerima bantuan membaiki rumah di kedua-dua DUN itu , boleh lah berhubung dengan Tok Nal untuk mendapatkan penjelasan .

Kerjasama semua pihak termasuk JKKK di perlukan bagi memantau perlaksanaan peruntukan itu supaya hasrat Kerajaan Negeri membaiki rumah rakyat tercapai sepenuhnya dan memuaskan hati semua pihak .

Mudah-mudahan lebih banyak lagi peruntukan untuk rakyat dapat disalurkan di kedua-dua DUN itu dan juga di DUN-DUN lain di negeri ini .