Monday, February 22, 2010

MAAL HIJRAH TAMPIN

SAMBUTAN umat Islam terhadap program Maal Hijrah peringkat daerah Tampin malam jumat lalu di ITQAN begitu menggalakan sekali .

 Kira-kira 800 orang hadir dan semuanya terpegun mendengar Pegawai Daerah Tuan Razali Bakar menyampaikan ucapan dimajlis itu .

Penceramah dari PERKIM juga memuji ucapan Tuan Pegawai Daerah dan menyifatkannya sebagai ucapan yang amat memberansangkan .

Rupanya Tuan Razali bukan asing dengan bidang keagamaan kerana beliau memang mempunyai asas pendidikan formal dalam bidang itu .

Elok lah jika majlis saperti ini mendapat sambutan yang baik kerana ianya menggambarkan bahawa umat Islam sentiasa dahagakan majlis-majlis ilmu .

Tambahan lagi , tidak lama lagi ITQAN baik dinaik taraf kepada Kolej Universiti dan sudah tentunya sebuah lagi pusat pengajian tinggi akan wujud di Tampin .

Sama-sama kita doakan kejayaan ITQAN .

Amin .

NKRA JKKK

NATIONAL KEY RESULT AREA (NKRA)



KERAJAAN menetapkan 6 National Key Result Area (NKRA) atau Bidang Keberhasilan Utama Nasional yang perlu dicapai .

Semua JKKK mesti memahami kesemua 6 NKRA itu dan ditambah lagi dengan 3 State Key Result Area (SKRA) menjadi 9 bidang utama dan perlu menjadi teras dalam setiap aktibiti JKKK .

6 faktor NKRA itu ialah Mengurangkan kadar jenayah , memerangi rasuah , meningkatkan kualiti pendidikan , mempertingkatkan taraf hidup rakyat , meningkatkan pasarana luar bandar dan meningkatkan kemudahan pengangkutan awam .

Manakala tiga SKRA ialah mempertingkatkan bidang pertanian , mempertingkatkan produktibiti dan mempertingkatkan aktibiti belia .

Setiap perancangan pembangunan baik pembangun material mahupun insan , perlu merangkumi kesemua NKRA dan SKRA tersebut .

Tok Nal harap salepas ini tidak ada lagi JKKK yang memohon projek pembangunan di kampong masing-masing dari kerajaan mengikut sesedap rasa mereka sahaja tanpa mengambil kira kesembilan-sembilan faktor KRA diatas .

Kemudahan yang dipohon mesti dirancang sepenuhnya supaya ianya dapat memberikan manfaat kepada seberapa ramai penduduk dikawasan itu , bukan sekadar memenuhi tuntutan sasatengah pihak sahaja .

Untuk itu , adakan mesyuarat JKKK dan jadikan mesyuarat JKKK sebagai landasan yang betul untuk kepentingan penduduk setempat .

Mana-mana yang belum bermesyuarat atau bermesyuarat tidak mengikut jadual , peringatan telah diberikan dan perlu di patuhi .

Tok Nal harap , harapan kerajaan itu akan menjadi harapan kita semua tidak kira samada kita kakitangan kerajaan , pemimpin masyarakat atau masyarakat di kawasan itu .

Sunday, February 14, 2010

SELAMAT TAHUN BARU CINA

Atas semangat 1 Malaysia , Tok Nal nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua pembaca blog Tok Nal dari kalangan kaum cina .

Semoga gagasan 1 Malaysia akan menjadi pegangan abadi mereka semua dan tidak ada lagi isu-isu perkaumana yang dibangkitakan oleh sesiapa jua pun dan tidak kira bangsa apa pun .

Kong Hee Fat Choy .

Friday, February 12, 2010

MAULIDUR RASUL DUN GEMENCHEH

PENDUDUK Gemencheh patut keluar ramai-ramai jayakan perarakan Maulidur Rasul peringkat DUN Gemencheh dari Sekolah Kebangsaan Sungai Dua ke MRSM , Gemencheh  pada hari SABTU 6 MARCH 2010 bersamaan dengan 20 Rabiulawal 1431 H .

Pakai baju Melayu atau baju kebangsaan , kita ramai-ramai berselawat dan berarak dari sekolah ke MRSM .

Lepas tu , kita sama-sama dengar ceramah yang akan disampaikan di dewan MRSM untuk tambahkan ilmu di dada .

Yang belum ada perancangan hendak kemana hari itu , bila rancang sekarang untuk sama-sama ke majlis sambutan itu .

Mari sama-sama dengan Adun kita Dato Kamil , kita laungkan kemegahan kita berselawat keatas junjungan Nabi Muhamad saw , lambang kemegahan agama kita : Islam .

Insya-Allah , Tok Nal akan ikut sama .

Wednesday, February 10, 2010

ADUAN AWAM

JIKA ada sebarang aduan terutamanya yang berkaitan dengan kerajaan , sila lah salurkan aduan tersebut mengikut saluran yang betul dan tepat supaya mudah untuk diambil tindakan .

Mengadu kepada pihak yang tidak sepatutnya bukan sahaja menyukarkan aduan itu diselesaikan dengan segera tetapi juga boleh menimbulkan banyak masalah lain yang kadang kala tidak berkaitan lansung dengan aduan yang dibuat .

Telah ada kencenderungan pihak tertentu untuk mengambil kesempatan dengan mengemukakan aduan bagi pihakorang laindengan tujuan yang tidak sihat .

Bagi tindakan pejabat daerah , sila salurkan aduan tuan kepada Tok Nal sendiri , manakala bagi tindakan Pejabat Tanah , hubungi SO Zol Musa .

Jika di MDT , hubungi unit aduannya atau Encik Othman Menhart dan bagi jabatan-jabatan tertentu , sila mengadu terus kepada jabatan terbabit .

Setiap aduan akan dilayan dan tindakan menyelesaikannya akan diambil , dan penyelesaiaan bergantung kepada jenis dan bentuk aduan itu sendiri .

Sistem Pengaduan Awam Negeri Sembilan (SPANS) boleh juga diguna pakai untuk menyalurkan aduan tuan kerana sistem ini di pantau oleh Unit Aduan Awam Kerajaan Negeri .

Kepada JKKK , gunakan saluran mesyuarat JKKK masing-masing dalam mengemukan aduan tersebut .

Monday, February 8, 2010

ECHAH

Kucing kesayangan anak-anak Echah telah beranak baru-baru ini .

Beranak tiga ekor , saekor mati dan dua ekor lagi masih hidup , saekor jantan dan saekor betina .

Comel anak-anak Echah , asalnya Echah ini dari Istana Besar Seri Menanti , kucing kacukan siam dengan tempatan .

Anak Echah pulak , kacukan siam - tempatan dan tempatan .

Lihat lah comelnya anak-anak Echah .

Thursday, February 4, 2010

TEGURAN TOK DIN

TOK Din , Pengerusi Persatuan Ketua Kampung Tampin minta semua Pengerusi JKKK / Ketua Kampung termasuk kampung baru memberikan keutamaan kepada program yang dianjurkan oleh kerajaan .

Mereka patut hadir dalam aktibiti yang dianjurkan kerajaan bila mendapat jemputan dan sekiranya tidak dapat hadir , harus lah menghantar pengganti yang terdiri daripada setiausaha atau Ajk JKKK masing-masing .

Kata Tok Din , jika tidak , Pengerusi JKKK / Ketua kampung terbabit akan ketinggalan maklumat kerana program yang diadakan kerajaan bukan sekadar untuk suka-suka sebaliknya adalah sebagai salah cara kerajaan menyalurkan maklumat kepada pemimpin di peringkat akar umbi .

Walaupun ketidakhadiran Pengerusi JKKK / Ketua Kampung belum mencapai tahap serius , tetapi jika dibiarkan boleh menyebabkan usaha kerajaan menyalurkan maklumat melalui program yang diadakan , tidak akan tercapai .

Sebagai Pengerusi Ketua kampung Tampin , beliau bertanggungjawab menjaga tingkah laku Pengerusi JKKK / Ketua Kampung dalam daerah ini dan teguran ini wajar memandangkan Pengerusi JKKK / Ketua Kampung adalah pemimpin utama di peringkat kampung .

Tok Nal sokong penuh teguran Tok Din ini dan teguran itu wajar di berikan perhatian serius supaya peranan Pengerusi JKKK / Ketua Kampung sentiasa dipandang mulia oleh setiap anggota masyarakat  .

Pengerusi JKKK / Ketua Kampung Baru juga tertaklok kepada teguran Tok Din itu .

Wednesday, February 3, 2010

BELIA HARAPAN BANGSA

gambar hiasan

BUKAN nak masuk campur tapi kalau dah wujud kecelaruan , elok rasanya Tok Nal bagi pandangan sikit .

Belia adalah generasi pelapis masa depan , mereka lah bakal pemimpin yang akan menentukan hala tuju negara ini .

Kalau belianya rosak , atau tersalah arah , maknanya masa depan negara jadi gelap dan harapan untuk melihat kemajuan , akan jadi hancur .

Jadi jika ada masalah , macam di satu kampung di Gemencheh ( Tok Nal sengaja rahsiakan nama kampung ) , eloklah dicari jalan penyelesaianya .

Jangan berebut-rebut nak tubuh persatuan belia semata-mata kerana nak jadi pemimpin sebaliknya pimpinlah persatuan sedia ada dengan harapan untuk membentuk bakat kepimpinan bagi menerajui negara .

Elok jika satu kampung ada satu persatuan belia sahaja kerana jika dibiarkan terlalu banyak persatuan , boleh menimbulkan perpecahan dikalangan belia itu sendiri .

Minta pandangan pemimpin setempat , wakil rakyat dan JKKK termasuk mengadakan perbincangan secara menyeluruh , sebelum keputusan untuk menubuhkan lagi satu persatuan belia diambil .

Ini pandangan Tok Nal aje , kalau nak ikut , ikut lah , kalau tidak , tepuk dada tanya selera .

Jika nak minta  Tok Nal sama-sama tolong settlekan , call lah .

Monday, February 1, 2010

SIASATAN ADUAN AWAM

TOK Nal bersama dengan Penolong Pegawai Petempatan, Pejabat Tanah Tampin Encik Firdaus dan Ketua Kampung Batang Rokan Tok Din meninjau keadaan tanah yang di pohon oleh penduduk untuk dijadikan jalan kampong .

Permohonan pertama ialah membina satu jalan baru , bagi kemudahan pemilik tanah ke kebun mereka melalui estet dimana jalan ladang sedia ada yang dimiliki pihak estet , telah dipagar .

Dicadangkan supaya akta pengambilan balik tanah diguna pakai untuk tujuan itu dan kos sedang ditaksirkan oleh SO untuk pertimbangan kerajaan .

Jika bersesuaian dan kosnya tidak terlalu tinggi serta di persetujui Kerajaan Negeri , cadangan itu akan dilaksanakan dan jika tidak , jalan alternatif lain akan di pertimbangkan .

Begitu juga rezab jalan yang diguna pakai oleh pemilik tanah bersebelahan dengan rizab itu dan dipagar untuk tujuan keselamatan kebunnya .

Menurut Tok Din perbincangan dengan pemilik tanah sebelahan rizab itu telah diadakan dan pemilik itu bersetuju untuk membuka pintu pagar tersebut apabila di minta oleh penduduk kampong .

Tok Nal beranggapan bahawa isu itu selesai dan kerjasama JKKK Kg Batang Rokan dipohon bagi memaklumkan kepada orang ramai berhubung kedudukan dua isu dalam aduan awam tersebut .

Wednesday, January 27, 2010

PROGRAM BICARA SUFI

TOK Nal baru terima jemputan daripada Pejabat Mufti Negeri Sembilan berhubung dengan program Bicara Sufi yang akan diadakan pada 21 Safar 1431 H bersamaan 6 Februari 2010 di Balai Kediaman Rasmi , Tunku Besar Tampin bermula jam 7.00 petang .

Umat Islam disekitar daerah ini dijemput hadir sama dimana YTM Dato Undang juga dijangka akan hadir sama .

Jangan lepaskan peluang untuk hadir dalam majlis ilmu ini setidak-tidaknya dapat menambahkan ilmu keagamaan  di dada masing-masing .

Kehadiran orang ramai amat dialu-alukan dan di pohon supaya orang ramai memakai pakaian kebangsaan ke majlis tersebut .

Sila lah hadir .