Friday, June 12, 2009

PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT




Baru-baru ini Tok Nal mengikuti rombongan wakil rakyat Gemencheh Dato Mohd Kamil A Aziz menyampaikan bantuan kepada saorang pesakit tua yang terlantar dirumah .

Pesakit tersebut Zainal Abidin Kayan , 74 , terlantar dirumahnya satelah mendapat rawatan di hospital .

Beliau dijaga oleh isterinya yang juga warga tua disebuah rumah di Kampung Sungai Kepong , Gemencheh .

Sebagai wakil rakyat yang prihatin , Dato Kamil menghulurkan sumbangan peribadi berupa susu tin , beras dan bahan makanan termasuk sadikit wang belanja .

Tersentuh hati Tok Nal melihat penderitaan pesakit tersebut yang sudah terlantar sejak dua bulan lalu dan juga sikap prihatin wakil rakyat Gemencheh .

Diharap tidak ada mana-mana lagi gulungan susah yang ketinggalan mendapat perhatian dan sumbangan wakil rakyat kerana apabila wakil rakyat dah turun ke lapangan mencari dan menjenguk mereka , tanggungjawab pimpinan di kampong atau kawasan itu pula untuk melapurkannya kepada wakil rakyat jika masih ada yang terlepas pandang .

Tok Nal sendiri akan memantau perkara ini dan jika Tok Nal mengetahuinya , Tok Nal akan hubungi wakil rakyat sendiri .

Banyak penyumbang yang sedia membantu , Arol contohnya sanggup membawakan sumbangan beras kepada Encik Zainal Abidin Kayan dirumahnya .

Thursday, June 11, 2009

PGORAM PEMBANGUNAN MINDA INSAN



Seramai kira 30 anak peserta PPRT daerah Tampin mengikuti kursus dibawah Program Pembangunan Minda Insan (PPMI) anjuran Pejabat Daerah Tampin , Pejabat Pembangunan Negeri dan sebuah syarikat konsultan .

Peserta mengikuti kursus 3 hari dua malam di Awana Genting Highland dan atur cara kursus di penuhi dengan pembangunan minda .

Diharapkan salepas balik daripada kursus , peserta akan dapat menggunakan apa yang dipelajari di kursus tersebut dalam mengubah sikap dan minda mereka .

Tok Nal berharap kursus ini memberikan impak yang besar kepada peserta ini dan tidak sia-sia kerajaan memberikan peruntukan untuk menjayakan nya .

Tok Nal juga berharap pegawai dan kakitangan yang sama-sama mengikutinya juga dapat impak walaupun bertindak sebagai urusetia .

Tok Nal tidak dapat turut serta kerana ada tugas lain yang perlu dilaksanakan .

Monday, June 8, 2009

KUMPULAN KOMPANG ANAK BERANAK TERHEBAT DI KP




KOMANDO Hanapiah Shahman atau Komando Reput memang terkenal di KP .

Sebutlah dimana jua , semua kenal komando yang menjadi anggota Rela sejak tahun 1980 an dan sangat aktif dalam pertubuhan itu malahan orang lebih kenal Komando dari Hanapiah sendiri .

Banyak kelebihan Pak Yeop ini antaranya beliau mempunyai satu pasukan kompang yang kebanyakan anggotanya ialah perempuan dan anak beranak beliau .

Dari isteri , anak hinggakan ke cucu , semuanya menjadi ahli pasukan kompang komando ini .

Punyalah hebat , sampaikan satu KP terkenal pasukan kompang ini .

Kadang kala pasukan ini main juga di luar KP dan bertambahlah koyoknya koemando dengan jemputan itu .

Upahnya pun alah kadar sahaja , asal cukup makan tetapi janganlah percuma kerana hasilnya dibagi dengan ahli-ahli yang lain .

Sesuai sebagai anggota Rela teraktif didaerah ini , komando juga sering menggunakan bakat kumpulannya di majlis-majlis anjuran pasukan Rela .

Cuma komando ini malu sikit , tapi kalau berhajat juga nak gunakan pasukan kompang ini dimajlis-majlis perkahwinan atau majlis rasmi , hubungi saja Tok Nal di talian 019 - 2711858 .


Tok Nal - sedia jadi orang tengah , harap dapat komisen , kah..kah .. kah

DERMA DARAH RELA KP


RELA bukan sahaja menjadi mata dan telinga kerajaan , malahan Rela adalah anggota terkuat kerajaan dalam memberikan sokongan kepada apa sahaja dasar kerajaan .

Buktinya jelas , tanpa bantuan , tanpa gaji , tanpa kemudahan yang mencukupi , anggota Rela setia dengan tugas , tanggungjawab dan komitmen mereka .

Hari minggu , cuti sekolah , musim kenduri kahwin , tidak jadi masaalah kepada anggota Rela , asalkan mereka diberikan sdikit penghargaan dan penghormatan , mereka rela hadir dan memberikan bantuan yang sewajarnya .

Baru-baru ini Rela KP menganjurkan kempen derma darah bagi mengisi tabung darah di Hospital KP .

Sambutan baik , biarpun tidak mencapai matalamat untuk mengumpulkan 150 pain darah , tetapi setidak-tidaknya , lebih tiga suku telah menghulurkan tangan mereka untuk diambil darah masing-masing .

Baik lelaki mahu pun wanita , baik Melayu , mahupun Cina atau India , semuanya Rela menyumbangkan darah mereka .

Tahniah lah , moga Rela dibawah pegawainya Tuan Hassan Yusof terus memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi menjaya kan apa sahaja dasar kerajaan .

Pihak-pihak yang berkepentingan patutlah memberikan bantuan terutamanya dalam menjayakan acara saperti ini .

Tok Nal - Rela berkorban apa saja .

Saturday, June 6, 2009

KELAB PIDATO PPU 1992







SEBELUM KJ UMUMKAN UNTUK TUBUHKAN KELAB PIDATO PPU , SUDAH ADA KELAB YANG SAMA YANG DITUBUHKAN OLEH DATUK ZAHID HAMIDI YANG PADA MASA ITU MENJAWAT JAWATAN KETUA PENERANGAN PEMUDA MALAYSIA .

DATUK SERI NAJIB IALAH KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA DAN BELIAU YANG TELAH MERASMIKANNYA DI BANGI SELANGOR .

SETIAP BAHAGIAN MENGHANTAR SAORANG WAKIL DAN KEBIASAANNYA MEREKA ADALAH KETUA PENERANGAN PPU BAHAGIAN .

MASA TU TOK NAL DALAM PPU BAHAGIAN PONTIAN JOHOR .

DAPAT LAH TOK NAL BELAJAR MENJADI PEMIDATO TERBAIK KERANA KUSUS ITU DIORGANISASIKAN OLEH BTN , UPM DAN UMNO SENDIRI .

ANTARA YANG MENGIKUTINYA IALAH SAIFUDIN NASUTION (PKR SEKARANG ) ZAHIDI ZAINUL ABIDIN
ISMAIL TAYIB DAN RAMAI LAGI TERMASUK AHMAD MASLAN YANG JADI KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA SEKARANG .

MALANGNYA KELAB INI TAK PANJANG LAMA ,LEPAS PILIHANRAYA , TERUS TAK AKTIF LAGI KERANA KEBANYKAANNYA DAH JADI YB , MULA LAH LUPA KAWAN .

APA MACAM KALAU KELAB INI DIAKTIFKAN SEMULA?

SEKURANG-KURANGNYA WUJUDKAN ALUMNI ...

DSN DAN ZAHID PATUT AMBIL PELUANG INI ..



TOK NAL - SEDIA BANTU KEBALIKAN ALUMNI INI

Thursday, June 4, 2009

PROGRAM JALINAN KASIH


Program Jalinan Kasih Rabbani anjuran Pejabat Daerah Tampin dan Pejabat Pembangunan Negeri , Negeri Sembilan telah diadakan di dewan Pejabat Agama Islam daerah Tampin , pagi tadi .

Kira-kira 80 peserta yang terdiri daripada peserta SPKR daerah dan keluarga mereka hadir dalam majlis itu yang dirasmikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah , khidmat pengurusan Anirwan Fauzi Mohd Ani .

Antara lain beliau berkata , budaya M iaitu malas menjadikan kita terhimpit oleh kemiskinan kerana mereka yang berjuang tanpa malas , pasti akan mencapai kejayaan .

Kerajaan banyak menyalurkan bantuan kepada keluarga termiskin didaerah ini tetapi kadang kala bantuan itu disalah gunakan dengan tidak memakainya , menjualkan atau membiarkan sahaja ditepi-tepi rumah .

Ini menjadikan kehidupan mereka sentiasa dihimpit kemiskinan sedangkan jika mereka rajin berusaha , sudah pasti nasib mereka akan berubah .

Beliau meminta setiap peserta menghayati setiap motivasi yang diberikan dan mengubah diri kerana hanya kita sahaja yang mampu mengubah kehidupan kita , bukan orang lain .

Adalah diharapkan , supaya mereka sedar bahawa kerajaan amat prihatin kepada nasib mereka dan terpulanglah kepada mereka untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mengubah kehidupan mereka .

Tok Nal mendoakan agar mereka dapat memahami mesej yang disampaikan dan membina kejayaan diri untuk kepentingan diri mereka dan keluarga .

Wednesday, June 3, 2009

KETUA KAMPUNG LAMA DAN BARU GEMENCHEH

TOK Nal nak ucapkan tahniah kepada semua Ketua kampung dalam mukim Gemencheh yang dilantik semula untuk penggal 2009 hingga 2011 .

Yang lama teruskan tugas saperti biasa dan yang baru , belajar dari yang lama .

Tok Nal tak mahu ada yang culas menjalankan tugas dan hanya beriya-iya nak dapatkan jawatan saja .

Yang penting sekarang , ialah buat kerja yang sesuai dengan tugas ketua kampung , kerana masyarakat akan menilai apa yang telah mereka dibuat .

Jika tak , bila nama digugurkan , jangan marah pulak .

Senarai penuh saperti berikut :

KAMPUNG SERI ASAHAN - MOHAMAD A MALEK ( BARU )
KAMPUNG GEMENCHEH LAMA - KAMALUDIN TULOK
KAMPUNG PULAU AIR RAWA - REJAB AMIN
KAMPUNG SUNGAI JERNIH - HAMZAH BIN PONDOT ( BARU )
KAMPUNG BATANG ROKAN - JAMALUDIN PIE
KAMPUNG ULU ROKAN / ROKAN - RASHID HASHIM ( BARU )
KAMPUNG TENGAH - JOHARI A MAJID
KAMPUNG GEDOK - PAHIM MAHMUD
KAMPUNG AIR GELUGOR / TENAI - BAHARUDIN RASHID
KAMPUNG SUNGAI DUA - HAJI ALI A HADI
KAMPUNG PARIT BULOH - MOHD DOM MOHD AMIN ( BARU )
KAMPUNG SERI GEMENECHEH - A RAZAK YASSIN ( BARU )
KAMPUNG JELAWAI - GHAZALI ARSHAD
FELDA BUKIT ROKAN - MOHD ZAIN A GHANI
FELDA BUKIT ROKAN UTARA - ABDUL TALIB AHMAD ( BARU )


Kepada Ketua kampung baru , jika ingin berhubung dengan Tok Nal sebagai Penghulu Mukim Gemencheh , sila talifon 4421229 / 4421205 atau 017-2711858 .

Friday, May 29, 2009

PROGRAM PELEPASAN BENIH IKAN DI KG GEDOK GEMENCHEH .


SEMALAM Tok Nal bersama-sama dengan Datuk Kamil Abd Aziz , ADUN Gemencheh dan Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Wan Muhamad Aznan Abdulah bersama-sama melepaskan beribu-ribu anak ikan kedalam Sungai Gemencheh di Kampung Gedok sempena perlancaran program pelepasan benih ikan di perairan umum bagi daerah Tampin .

Sebelum ini , majlis yang sama diadakan di Pasir Besar , Gemas dimana YB Adun Gemas merangkap exco kerajaan negeri YB Zainab Nasir telah melepaskan benih ikan yang sama ke dalam Sungai Pasir Besar .

Nampaknya tak lama lagi , beraya sakan lah peminat ikan sungai apabila benih ikan yang dilepaskan itu matang dan boleh ditangkap melalui cara biasa saperti pancing , jala dan sebagainya .

YB Datuk Kamil mengingatkan penggemar ikan sungai supaya menggunakan kaedah biasa untuk mengangkap dan bukan menggunakan tuba , racun makhlok perosak atau mengebom dan menggunakan arus eletrik bagi menangkap ikan-ikan itu semua kerana ia adalah cara jangka pendik yang merugikan kita semua .

Tok Nal sangat bersetuju dengan pandangan itu yang selari dengan pendangan Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan .


Pegawai Perikanan Daerah Encik Yeo juga berpendapat yang sama .

Sama-sama lah kita jaga ekosistem sungai disekitar kita supaya anak-anak ikan itu dapat membesar dan memberikan pulangan kepada orang ramai .

Lihatlah betapa mesranya YB Datuk Kamil dengan Pengarah dan bertapa indahnya bila anak-anak ikan dilepaskan .

Begitu juga lah indahnya , bila kita mengangkap anak ikan yang sudah matang melalui pancing atau jala yang tentunya amat bermakna sekali bukan sahaja kepada kita semua tetapi kepada kerajaan yang telah membelanjaan berjuta-juta ringgit bagi tujuan ini .



Tok Nal - harap Jabatan Perikanan dapat teruskan usaha ini .

Monday, April 13, 2009

AKOK DI GEMENCHEH

TOK Nal nak ucapkan tahniah kepada TV 9 dan Ketua kampung Kg Tengah Tok Jo yang berjaya mengadakan AKOK ( Apa khabar orang kampung ) dengan jayanya .

Tok Nal berada lama disitu .

Melihat sambutan yang baik , Tok Nal rasa bangga juga .

Kalau mengikut perancangan asal , menteri kemajuan luar bandar dan wilayah akan turut sama .

Tapi kerana ada perubahan kabinet , menteri lama dah jadi menteri lagi , terpaksalah Akok dibuat antara TV 9 dan JKKK saja .

Tak apa lah , yang penting , rakyat gembira dan suka .

Tahniah lah .


TOK NAL - kalau ada TV lain nak buat pengambaran di Gemencheh , Tok Nal sedia berikan kerjasama .

Sunday, March 22, 2009

SELAMAT BERSIDANG UMNO

Tok nal adalah ahli Umno dan menjadi ahli sejak tahun 1980 lagi .

Maknanya Umno Tok Nal dah 29 tahun .

Tak salah kalau Tok Nal katakan bahawa Tok Nal dah amat matang dalam Umno dan wajar kalau Tok Nal mengeluarkan pendapat berkaitan Umno .

Jadi ketua pemuda sudah , ketua cawangan sudah , pemeriksa kira-kira sudah , ajk bahagian sudah .

Kalah ketua cawangan dan pemuda juga sudah apalagi bila bertanding diperingkat bahagian , menang dan kalah juga sudah .

Cuma rezeki Tok Nal tak sampai keatas , setakat di bahagian saja .

Tak apalah , merasa juga , ada tu lansung tak merasa tapi kaya raya pulak .

Biar lah , rezeki Tuhan yang kasi , redha aje lah .

Kali ini , cuma satu Tok Nal nak pesan , bersidanglah dengan cemerlang .

Kembali Umno ke tampuknya .



Tok Nal – sedih jika Umno ruyup lagi .