Wednesday, February 4, 2009

BOTA DALAM INGATAN


Mengimbau kenangan 30 tahun lalu di Bota Kanan , Perak , mengingatkan Tok nal kepada deretan kedai papan di pekan kecil itu .

Hujung minggu lalu Tok Nal singgah sekejap di pekan itu dan apa yang ada 30 tahun lalu masih sama dengan sekarang , dan kalau berubah pun bangunan kedainya yang dah dinaikan batu .

Lagi satu sudah wujud pusat pembiakan tuntung spesies yang seakan-akan labi-labi atau penyu , yang lain masih sama .

Tidak banyak pembangunan disitu , kilang getah Mardec yang terletak dijalan Parit masih macam tu juga .

Cuma sungai Perak yang pernah Tok Nal mandi manda satu ketika dulu terutamanya bila hostel ketiadaan bekalan air paip , sudah semakin cetek .

Mungkin kerana kerja-kerja mengorek pasir telah dihentikan .

Tahun 1978 bila Tok Nal belajar disana , Tok Nal dapat merasakan betapa dekatnya Bota dengan Tok Nal kerana seakan-akan sama dengan kampung Tok Nal di Jempol .

Sekarang Bota telah agak berubah tetapi perubahan itu masih dalam bentuk lama , entah bila penduduk Bota dapat menikmati pembangunan yang seimbang saperti pekan-pekan lain .

Walau pun begitu , Tok Nal masih merasakan hangatnya Bota di hati Tol Nal , satu pekan koboi yang menimbulkan berbagai kenangan pahit manis .


Tok Nal - berkata kepada anak-anak bahawa pembangunan tidak sepenting nostalgia .

Wednesday, January 21, 2009

SELAMAT HARI LAHIR


Anak sulong Tok Nal Mohamed Nadzeem menyambut hari lahir ke 22 pada 19 Januari lalu .

Tok Nal nak ucapkan selamat hari lahir , moga panjang umur , murah rezeki dan sentiasa dilindungi Allah jua .

Sekarang Nadzeem belajar ijazah sumber manusia di UUM dalam semester 4 dan insya-Allah lagi dua semetster tamat lah .

Belajar lah rajin-rajin demi keluarga , bangsa dan negara .

Tok Nal dan keluarga sentiasa mendoakan kejayaan Nadzeem .

Selamat berjuang anak ku .


Tok Nal - bangga dengan semua anak-anak .

Monday, January 19, 2009


KUALA TERENGGANU memberi banyak makna pada Tok Nal .

Nak kata tak membangun , KT memang membangun , banyak projek mega yang harganya berjuta-juta .

Kampus univeriti pun ada dua , tetapi kenapa disebalik tembok , masih banyak rumah yang macam tahun 80 an .

Perlukah projek mega macam masjid kristal yang akhirnya jadi produk perlancungan dari digunakan untuk aktibiti keagamaan dan kemasyarakatan .

Entah lah , Tok Nal pun tak tahu , yang Tok Nal tahu , di tempat Tok Nal , masjid digunakan sepenuhnya sebagai tempat ibadat dan aktibiti kemasyarakatan .

Tak ada yang kosong waktu sembahyang lima aktu biarpun jumlah semakin berkurangan tetapi dikawasan bandar , jumlahnya makin meningkat pula .

Indah masjid kristal tetapi indah lagi kalau ia macam masjid Putrajaya atau masjid Pakistan atau masjid India yang sentiasa penuh dengan jemaah .

Kalau memang itu kehendak orang Terangganu , biarlah .




Tok Nal - gembira dengan negeri sendiri .

Tuesday, January 13, 2009

KOMANDO REPUT


TOK Nal ada kawan , namanya Hanafiah , kerja di SWM Kuala Pilah , saorang anggota Rela yang aktif dan telah kenal sejak tahun 80 an lagi .

Masa ikut kursus asas Rela di Kem Tiang Dua , Melaka ( kem tu dah tutup dah ) Tok Nal jadi ketua platun satu dan Hanafiah atau Tok Nal panggil nama jenakanya Komando Reput ialah penolong Tok Nal .

Bila Tok Nal kemudiannya dipilih menjadi ketua kepada platun satu dan dua ( ketua kompeni) Komando Reput kemudiannya jadi ketua platun satu , gantikan tempat Tok Nal .

Lepas habis kursus dua minggu , Tok Nal putus hubungan tetapi kuasa Allah , Tok Nal betemu semula dengan Komando Reput sekitar tahun 1996 .

Hubungan kembali dibina dan menjadi rapat .

Komando reput baik orangnya , suka berjenaka walaupun kadang kala agak kasar sadikit tetapi komitmennya dengan Rela sangat tinggi .

Panggilah bila saja , baik siang atau malam , kalau tiada hal , pasti Komando Reput akan datang .

Begitu lah , kalau dah rajin dan pandai pulak sadikit-sadikit mengampu , Komando Reput khabarnya sedang meniti tangga ke pangkat baru .

Syabas lah ......


Tok Nal - saya dengan semua anggota Rela bukan dengan Komando Reput saja

Monday, January 5, 2009

OPERASI RELA .......




Hujung minggu lalu Tok Nal menyertai operasi Rela Kuala Pilah membantras PATI ( Pendatang Tanpa Izin ) .

Biarpun penat , letih dan hanya pulang kerumah kira-kira jam 5.00 pagi , Tok Nal rasa bangga kerana selaku rakyat yang prihatin dan ahli Rela , Tok Nal berpeluang menyumbang sadikit tenaga untuk menjamin kesejahteraan rakyat negara ini .

Operasi di ketuai oleh Pegawai rela Daerah Encik Hassan dan dimulakan dengan taklimat kepada semua anggota , diikuti arahan mengikut kumpulan dan tugas masing-masing dan akhir sekali bergerak ke tempat yang hanya diketahui oleh Encik Hassan sahaja .

Bermula jam 10.00 malam hingga 5.00 pagi , hampir seluruh kawasan yang telah ditentukan berjaya di periksa dan beberapa Pati yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah , diperiksa dan ditangkap .

Seterusnya mereka dihantar ke pusat tahanan di Lenggeng untuk tindakan selanjutnya .

Oleh kerana ini kali pertama Tok Nal menyertai operasi saperti ini , Tok Nal dapat merasakan betapa berbaktinya anggota Rela kepada negara ini .

Dengan imbuhan yang tidak seberapa , mereka menyelinap mengesan tempat kediaman Pati tanpa rasa penat dan jemu dan bertindak mengikut arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh Rela melalui Encik Hassan .

Secara keseluruhan Tok Nal dapat rasakan bahawa sumbangan anggota Rela dalam menjaga kedaulatan undang-undang wajar dihargai masyarakat dan tohmahan bahawa anggota Rela tidak berdisiplin sewaktu membuat pemeriksaan adalah tidak benar .

Komando Reput yang juga saorang anggota Rela nampaknya begitu gembira bila sumbangannya membantras Pati mendapat kejayaan biarpun diwaktu orang ramai tidur lena , mereka bergerak dalam gelap untuk membantu membersihkan negara ini dari pendatang tanpa izin .

Tok Nal merakamkan tahniah kepada semua anggota Rela Kuala Pilah atas komitmen berterusan mereka terutamanya kepada pegawai-pegawainya dan Encik Hassan .


Tok Nal – akan sertai lagi jika di ajak .

Tuesday, December 30, 2008

DIRGAHAYU TUANKU


Tok Nal merafak sembah KDYM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Mukriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir atas perlantikan Tuanku sebagai Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan ke 11 .

Perlantikan Tuanku adalah melambangkan kebijaksanaan seluruh rakyat Negeri Sembilan dan Tok Nal akan menumpahkan taat setia tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Tuanku .

Daulat Tuanku

Daulat Tuanku

Daulat Tuanku .


Tok Nal - berterima kasih dengan KDYMM Tuanku Jaafar atas anugerah pingat kebesaran

Thursday, December 4, 2008

BENGKEL PENCEGAHAN DADAH PEMIMPIN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN




Minggu lalu Tok nal bersama penghulu lain dari negeri ini dan pemimpin Ngo berbengkel di Hotel Grand Continental KL bagi membincangkan usaha pencegahan dadah diperingkat akar umbi .

Bengkel ini anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dengan kerjasama pejabat Setiasuaha Kerajaan Negeri , Negeri Sembilan .

Banyak maklumat yang disampaikan terutamanya oleh Pengarah AADK Negeri Abdul Rahman Hamid yang antara lain memberitahu bahawa 80 peratus penagih dadah dinegara ini adalah orang Melayu .

Begitu sekali penangan dadah kepada orang Melayu dan katanya dalam serbuan di sebuah daerah di negeri ini , dari 17 penagih yang ditangkap , 8 daripadanya adalah positif HIV .

Katanya daerah Jempol mendahului senarai bilangan penagih teramai diikuti Tampin , Seremban , Jelebu , Rembau , Kuala Pilah dan PD .

Kawasan yang dikenalpasti banyak penagih dadah ialah kawasan felda dan usaha mesti dijalankan bukan sahaja oleh AADK dan masyarakat umum tetapi juga oleh pengurusan Felda .

Tidak cukup jika taraf ekonomi mereka bertambah baik apabila masuk ke Felda tetapi kemudiannya hancur disebabkan dadah .

Begitu lah yang Tok Nal diberitahu , patut benar kerajaan amat bimbang dengan gejala penyalahgunaan dadah ini .

Marilah kita sama-sama berganding bahu mencegah dan membantras gejala ini supaya kehidupan kita bertambah baik dan aman .

Amin ...

Wednesday, November 19, 2008

HPPN NEGERI SEMBILAN MERIAH

Hari Peladang Penternak dan Nelayan (HPPN) peringkat Negeri Sembilan di tapak bekas kem Paroi mendapat sambutan yang menggalakan .

Kehadiran meningkat sekali ganda dari 30,000 kepada 60,000 dan menurut Menteri Pertanian Datuk Mustafa Muhamad , sambuatan HPPP peringkat negeri hampir menyamai MAHA peringkat kebangsaan .

Tahniah lah kepada Jabatan Pertanian Negeri termasuk exco kerajaan Datuk Yunus Rahmat yang berjaya menjadi HPPN sebagai daya tarikan ulung rakyat negeri ini .

Juga tahniah kepada Haji Nurashid kerana bijak mengatur program dan susun atur tapak expo , tahun hadapan biarlah Jabatan Pertanian lagi diberikan tanggungjawab ini .

Tahniah juga kepada Datuk Ibrahim Jahaya yang bijak menyampaikan ucapan walaupun dalam majlis penutup kerana orang lama ini memang pandai menyesuaikan diri .

Kalau dah semua diberikan tahniah , kita berikanlah tahniah terakhir kepada jabatan dan orang ramai yang mengambil bahagian .

Jika tidak kehadiran mereka , apa lah HPPN tahun ini .


Tok Nal - pandai MB memilih exco yang sesuai

Tuesday, November 11, 2008

MITC , MELAKA




Minggu minggulepas Tok Nal ke MITC Melaka kerana menjadi Pegawai Pengiring kepada usahawan SDSI bagi daerah Tampin .

Sempena hujung minggu , Tok Nal bawa anak-anak sekali , mungkin nak ajar mereka jadi usahawan satu masa nanti .

Kemudian anak-anak Tok Nal pun masuk melawat gerai pameran dan kagum dengan pencapaian usahawan kita walaupun masih kecil tetapi sangat kreatif dan bermutu tinggi .

Begitulah yang sepatutnya .

Tok Nal dan anak juga melawat pameran aliens , punyalah sempoi sampaikan tak terkata , rupanya selama ini yang keluar kat Tv tu semuanya hanya palstik sahaja .

Tak percaya , tengok anak Tok Nal langsung tak kagum .

Budaya nak tipu orang supaya percaya ia wujud dan boleh buat duit .

Begitu lah .


Tok Nal - ramai eliens yang duduk cuba perati nak tipu kita

Thursday, October 30, 2008

JAMUAN HARI RAYA RELA KP




Tahniah lah kepada Pegawai RELA Daerah Kuala Pilah Encik Hassan kerana berjaya buat jamuan hari raya untuk ahli-ahli Rela dengan sambutan yang begitu baik sekali .

Sampai tak cukup tempat duduk .

Pengarah Rela Negeri dan Pegawai Daerah Kuala Pilah turut hadir sama .

Meriah .

Komando Reput apa lagi , seronok sakan , asyik nak menabik sahaja sampaikan Tok Nal pun di tabiknya .

Tok Nal tahu lah Tok Nal ini Ketua Pergerakan Rela Mukim (KPRM) dan pakai 2 paku , tapi tak kan masa jamuan hari raya pun nak tabik juga .

Biar pun , Tok Nal ucapakan terima kasih kepada Komando Reput yang tak jemu-jemu berkaraoke untuk menghiburkan tetamu .

Bukan sedap sangat suara tetapi kerana Komando Reput biasa bertempik , jadi lagu nyanyiannya kira Ok lah .

Komando Reput ini sebenarnya bukan setakat rakan karib Tok Nal tetapi juga bodyguard Tok Nal bila diperlukan .

Upahnya murah dan perkhidmatannya baik , kalau ada yang nak pakai perkhidmatan Komando Reput , sila hubungi Tok Nal .


Tok Nal - harap ada lah cenderahati dari Pegawai Rela Daerah tahun ini .