
Minggu lalu Tok nal bersama penghulu lain dari negeri ini dan pemimpin Ngo berbengkel di Hotel Grand Continental KL bagi membincangkan usaha pencegahan dadah diperingkat akar umbi .
Bengkel ini anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dengan kerjasama pejabat Setiasuaha Kerajaan Negeri , Negeri Sembilan .
Banyak maklumat yang disampaikan terutamanya oleh Pengarah AADK Negeri Abdul Rahman Hamid yang antara lain memberitahu bahawa 80 peratus penagih dadah dinegara ini adalah orang Melayu .
Begitu sekali penangan dadah kepada orang Melayu dan katanya dalam serbuan di sebuah daerah di negeri ini , dari 17 penagih yang ditangkap , 8 daripadanya adalah positif HIV .
Katanya daerah Jempol mendahului senarai bilangan penagih teramai diikuti Tampin , Seremban , Jelebu , Rembau , Kuala Pilah dan PD .
Kawasan yang dikenalpasti banyak penagih dadah ialah kawasan felda dan usaha mesti dijalankan bukan sahaja oleh AADK dan masyarakat umum tetapi juga oleh pengurusan Felda .
Tidak cukup jika taraf ekonomi mereka bertambah baik apabila masuk ke Felda tetapi kemudiannya hancur disebabkan dadah .
Begitu lah yang Tok Nal diberitahu , patut benar kerajaan amat bimbang dengan gejala penyalahgunaan dadah ini .
Marilah kita sama-sama berganding bahu mencegah dan membantras gejala ini supaya kehidupan kita bertambah baik dan aman .
Amin ...