Tok Nal dah ada 2 cucu .
Yang pertama Aqeef Zikri cucu kepada anak sulong .
Bapanya bernama Mohamed Nadzeem dan Ibunya pulak bernama Atirah
Yang kedua Mohamed Harraz Ayden .
Bapanya Mohamned Nadzir dengan Ibunya Mimi Asmidah .
Seronok bila ada cucu ni .
Yang paling suka isteri Tok Nal Mama Fid ...
Cucu-cucu panggil Uwan...
Gambar diatas Harraz dengan Atok dan Uwan dia .
Comel..
Tok Nal : nanti upload pulak gambar Aqeef , cucu yang handsome tapi kepoh dan bijak ..
TOK NAL
Ini blog peribadi , sekadar nak berkongsi maklumat aje ...
Monday, February 17, 2020
Thursday, February 13, 2020
BERSARA.....
LAGI beberapa hari Tok Nal akan mula bercuti rehat sebelum bersara . Cuti rehat banyak , gunakan lah..nanti 11 July.......bersara wajib lah .
Maknanya Tok Nal dah 60 tahun...
Dah tue...... hehehe
Isteri ada dua , sorang meninggal
anak ada lima
cucu ada dua
Alhamdulillah .... syukur kepda Tuhan Yang Maha Esa
Mudah-mudahan dapat pulak tengok cicit macam atok-atok yang lain ...
Kepada semua...Tok Nal sangat bersyukur atas anugerah Allah selama ini..pinta Tok Nal ..panjangkan umo , sihat , murah rezeki , kuatkan iman dana mati dalam husnul khatimah ..
Lama rehat menulis .... nak bersara ni .. nak tulih balik ....
buat renungan diri sendiri aje..
Tok Nal : Terima Kasih Mama Fid yang baik hati dan penyayang..mudadhan2an kita kekal hingga ke jannah...aminnnn
Maknanya Tok Nal dah 60 tahun...
Dah tue...... hehehe
Isteri ada dua , sorang meninggal
anak ada lima
cucu ada dua
Alhamdulillah .... syukur kepda Tuhan Yang Maha Esa
Mudah-mudahan dapat pulak tengok cicit macam atok-atok yang lain ...
Kepada semua...Tok Nal sangat bersyukur atas anugerah Allah selama ini..pinta Tok Nal ..panjangkan umo , sihat , murah rezeki , kuatkan iman dana mati dalam husnul khatimah ..
Lama rehat menulis .... nak bersara ni .. nak tulih balik ....
buat renungan diri sendiri aje..
Tok Nal : Terima Kasih Mama Fid yang baik hati dan penyayang..mudadhan2an kita kekal hingga ke jannah...aminnnn
Monday, December 28, 2015
KEMBALI SEMULA >>>>>
DUA tahun Tok Nal tak menulis dalam blog ini .
Bukan apa , banyak probelom yang nak di settlekan ..
2014 tahun yang duka ...
Isteri kesayangan Hajjah Sapura Haji Mokhtar meninggalkan kami semua pada jam 11.20 pagi 8 November 2014 di Hospital Tunku Ampuan Najihah Kuala Pilah kerana komplikasi jantung .
Sedih ... sayu .. tapi kami semua anak beranak redho ...
Mudah-mudahan , roh aruah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman ...
Amin...................
Sekarang Tok Nal dah ada isteri baru ..
Cikgu Rafidah Binti Haji Yahya ..
Orang Kampung Peraku , Senaling ....
Mudah-mudahan kami bahagia hingga keahir hayat..
Amin ...........
DUA tahun Tok Nal tak menulis dalam blog ini .
Bukan apa , banyak probelom yang nak di settlekan ..
2014 tahun yang duka ...
Isteri kesayangan Hajjah Sapura Haji Mokhtar meninggalkan kami semua pada jam 11.20 pagi 8 November 2014 di Hospital Tunku Ampuan Najihah Kuala Pilah kerana komplikasi jantung .
Sedih ... sayu .. tapi kami semua anak beranak redho ...
Mudah-mudahan , roh aruah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman ...
Amin...................
Sekarang Tok Nal dah ada isteri baru ..
Cikgu Rafidah Binti Haji Yahya ..
Orang Kampung Peraku , Senaling ....
Mudah-mudahan kami bahagia hingga keahir hayat..
Amin ...........
Wednesday, January 1, 2014
HARI PERTAMA KUDIN DI ASRAMA TMS
Kudin sendiri mengisi borang kemasukannya |
Bersama dengan anak sepupu Tok Nal Zul dari Palong |
Menikmati jamuan di dewan selera asrama TMS |
Kasih sayang Ibu dan Anak |
Mengemas tempat tidur dengan dibantu ibu dan kakak |
Langkah bergaya Kudin menuju asrama TMS |
Gaya salepas mendaftar masuk |
HARI INI , Kudin anak bongsu Tok Nal akan memulakan hidup baru diasrama putra Tunku Muhammad School (TMS) , semoga Kudin boleh menyesuaikan dirinya dengan cepat dengan kehidupan diasrama .
Tok Nal bersama Isteri dan kakak Kudin VV bersama-sama menghantar Kudin mendaftar memasuki asrama petang tadi .
Kudin kelihatan sadikit gementar tetapi gembira dengan suasana baru dan Tok Nal berharap , ianya satu permulaan untuk kejayaan masa depan Kudin .
Rasa rindu pasti ada tetapi kejayaan untuk masa depan lebih penting berbanding melayani rasa yang tentunya tidak ada penghujungnya itu .
Mudah-mudahan Kudin berjaya menjadi saorang yang berdisiplin dan bermotivasi tinggi hasil didikan asrama .
TOK NAL - teringat masa duduk di asrama IPM tahun 1987 dulu .
Thursday, December 26, 2013
BERSUKARIA DI MALACCA WONDERLAND
Makan burger dulu sebelum mandi |
Vv dan Kudin sdang main pelampong |
SEBAGAI hadiah kerana VV memperolihi 8 A dalam PMR , Kudin 3A 2 B dalam UPSR dan sempena ulang tahun kelahiran isteri Tok Nal pada 20 Disember semalam , Tok Nal mengajak ahli keluarga Tok Nal bertiga itu bergembira sehari suntuk di Malacca Wonderland .
Kopak juga sekupang dua tapi tak pa asalkan kesemua kesayangan Tok Nal itu gembira dan senang hati .
Mudah-mudahan sumbangan kecil Tok Nal itu akan dikenang selama-lamanya dan dijadikan peransanguntuk anak-anak Tok Nal supaya lebih berusaha lagi dalam bidang akedemik dan siasah diri .
Wang boleh dicari tapi kasih sayang tak dapat di jual belia .
TOK NAL - setia dengan keluarga
Thursday, December 19, 2013
TAHNIAH VV
VV menunjukan keputusan PMR nya pada Tok Nal |
Gambar VV sewaktu graduasi tingkatan 3 MRSM Serting |
Keputusan PMR VV |
TOK NAL mengucapkan syukur kehadrat Allah swt atas kurniannya , satu-satunya anak perempuan Tok Nal VV Asnita berjaya memperilihi pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan PMR nya .
VV yang bersekolah di MRSM Serting berjaya memperolihi 8 A dimana sebelum itu semasa bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tunku Kursiah , VV mendapat 5 A dalam peperiksaan UPSR .
Pada mulanya kecut juga perut Tok Nal bila ada yang beritahu keputusan anak mereka kurang baik tambahan lagi bila VV sendiri pun kelihatan risau sekali .
Alhamdulillah , berkat usahanya VV berjaya memperolihi kejayaan selain sentiasa berdoa supaya diberikan kebaikan kepadanya .
Abang VV sebelum ini mendapat 5 A dalam PMR dan ini keputusan terbaik buat keluarga Tok Nal .
Mudah-mudahan bintang VV akan sentiasa bersinar sahingga mencapai kejayaan .
TOK NAL - tumpang gembira
Thursday, December 12, 2013
TERIMA KASIH ORANG BANTING ....
Nadzeem dengan Pak Longnya Haji Ahmad Janor |
Cincin tanya yang juga cincin tanda .. |
Ibu Nadzeem menunjukan cincin yang dibawa |
Rombongan Tok Nal |
Keluarga Roza Athirah - Ibu dan Bapanya |
Kek hadiah dari keluaraga Roz Athirah |
Sebagai bapa , Tok Nal telah menjalankan tanggungjawab Tok Nal bagi menguruskan kerja merisik gadis yang diminatinya sahingga berlansunganya majlis pernikahan .
Perhubungan yang direstui keluarga kedua belah pihak bakal memudahkan perjalanan pasangan itu dalam melayari bahtera perkahwinan
Tok Nal bersyukur kepada Allah swt kerana memudahkan perjalanan dan urusan yang dilaksanakan dan berdoa mudah-mudahan jodol anak Tok Nal dengan pasangannya - ROZA ATHIRAH - kekal sepanjang hayat dan dikurniakan anak-anak yang soleh .
Kepada Encik Rosli dan keluarga , Tok Nal ucapkan terima kasih dan semoga kebaikan beliau akan dibalas ganjaran yang berlipat kali ganda .
Kalau tiada aral melintang , majlis pertunangan akan dijalankan bulan March tahun depan dan majlis akad nikahnya 6 bulan salepas itu .
Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar saperti yang dirancangkan .
Amin ....
TOK NAL - ini kali pertama Tok Nal nak menerima menantu , ada 4 lagi yang masih menunggu .
Saturday, December 7, 2013
EKSPEDISI SEMENANJUNG 11 DI SERI MENANTI
Perserta konvoi bergambar dengan Dato Samad dan Tok Nal didepan meseum diraja Seri Menanti |
Macam biasa tengok aje budak sorang ni ? |
Tok Nal berbual bersama Dato Samad dan presiden Encik Zul |
Deretan jeep suzuki vitara sedang park kenderaan |
Berlatarbelakangkan meseum diraja Seri Menanti |
Antara kenderaan yang mengambil bahagian |
Memasang banner |
TERIMA KASIH kepada peserta konvoi ekspedisi semenanjung 11 kerana singgah di Seri Menanti , Kuala Pilah .
Terima kasih juga kepada Adun Seri Menanti YB Dato A Samad Ibrahim yang sudi menjamu makan tengahari peserta-peserta konvoi .
Dan tak lupa juga Tok Nal nak ucapkan terima kasih kepada presiden kelab sdr. Zulnizam Shahrani , atas daya usaha beliau dan rakan-rakan dalam kelab suzuki vitara , semuanya dapat berjalan lancar .
Walaupun terpaksa mengubah laluan kerana banjir dan jalan rosak dan tidak boleh dilalui , Tok Nal mendoakan agar konvoi ini dapat bergerak lancar dan sentiasa dalam perlindungan Allah jua .
Motto " selamat pergi dan selamat balik " patut dijadikan intipati utama dalam konvoi ini .
Saorang peserta konvoi adalah rakan Penghulu , Tok Nal dari Kedah yang sanggup menyertai konvoi ini atas dasar ingin mencari pengelamat baru .
Selamat berjuang bro .....
TOK NAL - mungkin lain kali Tok Nal akan ikut sama
Wednesday, December 4, 2013
SELAMAT BERJUANG ....
TOK NAL dimaklumkan Kerajaan Negeri telah mengeluarkan arahan melalui Pejabat Daerah supaya semua wakil rakyat menghantar senarai nama calun Ketua Kampung / Pengerusi JKKK untuk kelulusan .
Ketua kampung baru atau diperbaharui semula dijangka akan memulakan khidmatnya awal januari 2014 dan calun-calun mestilah memenuhi beberapa kriteria yang telah ditetapkan .
Antaranya sihat tubuh badan , berpendidikan menengah , diterima masyarakat , masih dibawah 65 tahun dan mendapat sokongan YB kawasan masing-masing ( pastinya YB kerajaan yang memerintah ).
Beberapa nama baru bakal ketua kampung telah terdengar ditelinga Tok Nal bagi mukim Gemencheh yang mana Tok Nal menjadi Penghulunya sejak 9 tahun yang lalu , antaranya Kg Pulau Air Rawa , Ulu Rokan , FBR dan FBRU serta beberapa kampung lainnya .
Siapa pun yang di cadangkan dan dipilih oleh Kerajaan Negeri , Tok Nal menerima sahaja dan mengharapkan kerjasama erat daripada Tok-Tok Ketua ini terutaman nya dalam merancang , memantau dan memastikan setiap pembangunan membawa manfaat kepada penduduk setempat .
Tidak ada gunakan jika tumpuan hanya di berikan kepada projek pembangunan fizikal sahaja kerana espek pembangunan insan juga perlu dititik beratkan .
Sebagai Pengerusi JKKK ( tentu maknanya Jawatankuasa Kemajuaan dan Keselamatan Kampung ) maka soal keselamataan setempat juga perlu diberikan perhatian .
Pembangunan tetap berjalan tetapi jika espek keselamatan diabaikan , erti pembangunan itu tidak akan membawa kemana-mana .
Kepada yang tidak di calunkan semula , bersabarlah , masa kita menjadi ketua kampung dulu , kita bersorak gembira dan bila tidak dicalunkan semula , terimalah dengan redha .
Khabarnya juga , lebih separuh ketua-ketua kampung sedia ada akan diganti baru dan bersedialah menumpahkan taat sedia dan berkerja keras menjalankan tugas dengan ikhlas .
Jangan semata-mata hendakan jawatan ketua kampung untuk mendapatkan elaun dan kuasa sahaja kerana semua itu adalah amanah dari Allah jua .
Yang penting , mesyuarat 12 kali setahun , rapatkan saf dalam kampung dan sering-sering berhubung dengan Pejabat Daerah khususnya Penghulu Mukim bagi melicinkan pentadbiran di kampong , mukim dan daerah kita .
Mudah-mudahan .....
TOK NAL - berpengelaman sebagai Penghulu hampir 20 tahun
SELAMAT DATANG PESERTA KONVOI EKSPEDISI SEMENAJUNG 11 kelab suzuki vitara malaysia
ADUN SERI NENANTI , KRT SERI MENANTI dan TOK NAL menunggu tarikh 7 disember ini dengan hati berdebar-debar .
Berjaya ke majlis yang diuruskan dan baik kah sambutan yang diterima dan diberikan ?
Itu yang bermain di kepala otak Tok Nal , walau pun begitu , Tok Nal berserah kepada Allah , yang baik itu datangnya dari Allah jua .
Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar .
Kalau ada salah dan silap , sepuloh jari Tok Nal pohon , maafkan lah .......
TOK NAL - cuba buat yang terbaik
Subscribe to:
Posts (Atom)