Mengikut kiraan falak , hari raya aidilfitri tahun ini akan jatuh pada hari jumaat .
Maknanya , pada hari itu kita akan ada dua kali kutbah , pertama kutbah hari raya dan kemudiannya kutbah sembahyang jumaat .
Betapa indahnya raya tahun ini kerana ianya jatuh pada hari Jumaat , Penghulu segala hari .
Mudah-mudahan raya tahun ini memberikan banyak kebahagian dan kesejahtraan kepada Tok Nal dan keluarga .
Jika ada yang hendak berhari raya kerumah Tok Nal , sila lah datang salepas 4 hari raya di Taman Desa Melang , Kuala Pilah .
Amin .
No comments:
Post a Comment