Tuesday, March 23, 2010

GEMAS GOLD MEAT


Produk Gemas Gold Meat bukan sahaja akan memberikan pulangan yang baik kepada syarikat NFC tetapi tetapi bakal menjadi jenama pepulor sadikit masa lagi terutamanya di Gemas sendiri .

Ini kerana produk daging keluaran syarikat NFC itu akan memasuki pasaran terutamanya melalui pasaraya hypermarket dimana orang ramai dapat membeli daging lembu yang berkhasiat dan sihat yang dikeluarkan syarikat itu .

Tok Nal dah dua kali merasa makan daging di NFC dan Tok Nal dapat rasakan betapa enaknya menikmati makanan percuma di sulami masakan daging segar dari keluaran ladang disitu .

Pelancaran Gemas Gold Meat di laksanakan oleh MB Tok Mat Hassan dan dengan pelancaran itu , nama Gemas bakal terpahat dihati setiap rakyat .

Tok Nal berharap semoga syarikat NFC akan terus berjaya yang bukan sahaja dapat membekalkan daging segar yang bermutu kepada rakyat malahan sekali gus dapat menaikan nama Gemas itu sendiri .

5 comments:

kedaung said...

syabas!

tetapi apa manfaatnya kepada penduduk setempat terutama rakyat marhaen?
kalau nak makan daging lembu den rasa tiada masalah besar pun.
hari2 boleh dapat.
kenapa tak panggil jer pelabur besar yang dapat membina kilang2?
dapat jugak orang gemas dan sekitarnya kerja.
ini tak. yang kaya bertambah kayo dan yang miskin semacam tuuu lah jugak.
aduhhhaaai!

Anonymous said...

salam tok

dulu Dato Shaziman yang datang dan sekarang Dato Mat pulak.... Semua yang yang datang dijamu makan daging.... Sedar atau tidak industri ini tidak membawa sebarang nilai tambah atau faedah yang tinggi kepada penduduk Daerah Tampin. Boleh tak pemimpin seperti tok Nal atau Pemimpin Tertinggi Tampin mengariskan atau senarai apa yang meningkat kepada penduduk Tampin. Berapa ramai usahawan Tampin yang berjaya (jika diberi peluang) dan berapa banyak ruang kerja kepada penduduk.... Jangan orang makan daging kita makan HATI.. Harap tok Nal faham....

TOK NAL said...

Tuan Anonymous
Komen ini bukan nak menjawab persoalan tuan tetapi sekadar nak memberikan sadikit ulasan sahaja . Dari segi peluang pekerjaan , penduduk Gemas dapat bekerja kek situ , kemudian jenama Gemas Gold Meat , bakal menggegar di serata pelusok dunia , akan wujud ladang nukelius bagi membantu NFC dan ini perlu direbut oleh penternak tempatan . Dari segi pulangan secara individu mungkin tidak berapa jelas tetapi pulangana kepada penduduk Gemas , Tampin dan negeri Sembilan , amat bermakna sekali .
Maaf kalau komen Tok Nal tidak berapa tepat .

Anonymous said...

Salam tok nal @ Pejun

Terima kasih atas respond tuan.
Saya amat tertarik dengan istilah "Jenama Gemas Meat Gold" akan MENGEGAR seluruh pelosok dunia. tapi mohon pihak tuan detail kan berapa ramai usahawan MELAYU TAMPIN yang terlibat secara langsung dalam TKPM ini sebab setakat ini saya yang mengikuti secara dekat usaha memajukan kawasan Gemas ini (Tampin amnya) tidak nampak atau jelas walaupun sering bertanya tidak kira semasa sesi dialog dengan Pejabat Kerajaan atau dalam Mesyuarat UMNO sebab saya antara usahawan yang lahir dari kemajuan negara ini hasil ruang dan peluang yang diberikan dan saya berharap agar ramai lagi usahawan melayu diberi ruang dan peluang. Sebab cita2 saya dan Tok Nal mungkin sama tak mahu " Kera di Hutan Disusukan Anak Dirumah Dibuang diTepi Jalan". Mohon maaf Tok Nal sebab saya tak mampu Bersuara tinggi......

Terima kasih

Anonymous said...

Gemas Gold Meat nie bukan projek anugerah ke dari Najib kepada Shahrizat tapi menggunakan nama anak shahrizat sebagao proxy dlm syarikat.....

Setakat yg tahu projek nie belajanya melebihi suku billion. Lebih baik menolong 1,000 usahawan daripada lum semua money pd seorg. Syabas diucapkan kerana sekali lg kita diperdaya oleh permainan politik individu......